Friday, October 23, 2009

Nik Aziz buat hal lagi !! adakan EGM Pas


TIDAK dapat disangkal lagi Nik Aziz cuba 'menghapuskan' atau paling tidak 'mengcleankan' puak-puak dalam PAS yang berjiwa UMNO. Isu ini bertambah ribut apabila Sinar Harian Edisi Kelantan bertarikh 22 Oktober 2009 dan 'blogtokguru' memberitahu perkara yang sama. Bak kata, bangkai gajah ditutup dengan nyiru (daun kelapa) atau melindungi kurap di badan dengan memakai bedak, mesti akan terbongkar akhirnya.

Yang pasti, PAS kini dilanda masalah dan kini cuba menyelesaikan masalah ATAU Nik Aziz yang menimbulkan masalah pada PAS!

Menurut Nik Aziz (seperti yang ditulis oleh penulis upahan dalam blogtokguru),

1. ...sudah tiba masanya PAS membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan EXCO Selangor, Datuk hassan Mohamad Ali atau menyingkirnya terus.

2. ...ini tidak mudah kerana Hassan mewakili golongan yang pro UMNO dalam PAS termasuk juga Datuk Seri Haji Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.

3, Menggantikan Presiden PAS, Haji Hadi dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak. Lagipun Presiden PAS, Fadhil Noor berasal dari Kedah.

Jika diteliti maksud Nik Aziz, apa yang ditakutinya ialah, menyingkirkan Hassan Ali akan menyebabkan kemarahan oleh Presiden PAS dan Timbalan Presiden. Namun begitu, Nik Aziz mahu mencari kata sepakat dan mendapat pandangan daripada ahli serta penyokong PAS dengan mengadakan Muktamar Khas Luar Biasa atau dipanggil EGM.

Nik Aziz percaya, dengan cara inilah pemimpin PAS yang pro UMNO akan didisiplin atau disingkirkan. Lagipun parti MCA berjaya menyelesaikan masalah dengan cara mengadakan pungutan suara secara rahsia melalui EGM yang akan dilakukan oleh PAS untuk memilih pemimpin yang dikehendaki oleh ahli dan penyokong.

Kata Nik Aziz, Presiden PAS kini membawa imej seakan-akan Pak Lah- seorang pemimpin yang lemah, tidak menunaikan janji, tidak dihormati kawan dan tidak berkemampuan untuk membawa PAS ke arah kegemilangan.

Manakala Nasaruddin menyokong penuh tindakan Hassan Ali yang telah menimbulkan kemarahan orang Cina mengenai pengharaman penjualan arak dan pelbagai isu di Selangor; dan penyokong PAS juga berpaling tadah sehingga tidak memberi undi kepada calon PAS di Bagan Pinang baru-baru ini.

Buktinya, hanya 32 peratus pengundi (Bagan Pinang dan pilihan raya kecil yang lain) telah menunjukkan sokongan kepada Pakatan dan jika 'trend' ini berterusan dengan mengekalkan Presiden ini (merujuk pada Haji Hadi), Pakatan akan kehilangan undi untuk pilihan raya ke 13 akan datang.

Nik Aziz juga memuji Menteri Besar Kedah kerana menepis kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu, Azman Shapawi mengenai isu penjualan arak. Bagi PAS, arak boleh dijual di kawasan umat Islam asalkan mereka tidak meminumnya, sama seperti yang diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir, PAS mengharamkan memakan daging babi. Namun PAS tidak mengharamkan penjualan daging babi, memasak daging babi dan melakukan urusan jual beli daging babi.

PKR juga akan mengadakan EGM melalui Kongres Khas pada bulan hadapan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti sebagaimana dilakukan oleh MCA. PAS juga akan mengikut jejak yang sama, yang berbeza, PAS akan menukar Presiden jika diminta berbuat demikian oleh perwakilan.

Namun, begitu, jika mereka masih memberi sokongan kepada Presiden dan Hassan Ali serta Mustafa Ali yang mahu PAS bekerjasama dengan UMNO ke arah Kerajaan Perpaduan, akan menimbulkan persoalan (kepada pemimpin dan penyokong PAS dan Pakatan).

"Orang akan marah, apa ni?", kata Nik Aziz dalam blogtokguru.

(Maksudnya, penyokong Pakatan terutama dari DAP dan PKR akan tertanya-tanya, kenapa PAS menyokong UMNO sedangkan pemimpin Pakatan berjuang untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional)

Apa yang bermain di dalam kotak fikiran abe MIE, EGM PAS yang akan diadakan nanti bermatlamat;

1. Menjatuhkan Presiden PAS dan kuncu-kuncu yang pro UMNO.

2. Untuk AJAR Presiden, Hassan Ali dan Mustapa Ali supaya mengikut telunjuk Nik Aziz yang sanggup 'membalacikan' diri menjadi pengikut kepada Anwar Ibrahim, Hussam Musa, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng.

3. Kenapa Ibrahim Ali tidak menyokong PAS sedangkan semasa pilihan raya bukan main Ibrahim menjadi 'bodyguard' Nik Aziz. Kita jangan lupa kejadian di mana 'journalist' dari Utusan Malaysia dihalau dan' microfon' yang diguna oleh 'reporter' TV3 dibuang oleh Ibrahim Ali ketika diajukan soalan mengapa PAS menerima calon yang mengkianati UMNO.

Sebagai mengakhiri penulisan ini, abe MIE memetik 'luahan hati' Nik Aziz, "Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan".

Cuba kita berfikir sebagai orang berakal, adakah PAS berniat hendak melaksanakan hukum hudud dan DAP akan menyokong PAS melaksanakan hukum hudud? Namun, begitu, Nik Aziz memberitahu, Parlimen akan mengawal kerajaan sebagaimana dianjurkan oleh Dermokrasi.

Adakah Nik Aziz mengetahui yang Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan?

Cara pemikiran Nik Aziz menggambarkan Malaysia perlu berlandaskan Sistem Demokrasi Berpresiden yang mana Presiden, Perdana Menteri atau Canselor dilantik terus oleh rakyat tanpa perlu mendapat kelulusan dan perkenan dari Sultan, 'Gueen' (Britain), Raja atau di Malaysia dikenali sebagai Yang diPertua Agung (YDPA).

Nampaknya Nik Aziz sudah terpengaruh dengan pemikiran Anwar Ibrahim bukannya mengikut sistem politik Islam yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

Nik Aziz bimbang sekiranya PAS akan mengikut jejak Allahyarham Dato' Haji Mohamad Asri yang membawa PAS ke dalam BN. Menurut kenalan abe MIE yang merupakan salah seorang ahli dalam Dewan Ulama PAS, sekiranya PAS dan UMNO bersatu, keburukannya ialah PAS akan leka dengan kesenangan sehingga mengabaikan perjuangan untuk membela Islam.
abe MIE- Cuba fikir, kenapa Haji Hadi, Nasharuddin, Hassan Ali dan Mustapa Ali mahu bergabung dengan UMNO BUKANNYA dengan PKR dan DAP?


1. Petikan asal dari kenyataan Nik Aziz.
2. Sinar Harian mempunyai pendapat yang sama.

sumber : blog abe mie

No comments:

Post a Comment