Wednesday, February 10, 2010

Kerajaan diktator bohong menuduh UMNO menyuruh peniaga Melayu mendirikan gerai haram

BUTTERWORTH 2 Feb. – Sikap kerajaan negeri yang suka menuding jari terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) setiap kali berdepan masalah kini semakin menjadi-jadi.

Terbaru, kerajaan negeri menuduh UMNO sengaja menyuruh peniaga Melayu mendirikan gerai-gerai di kawasan larangan sehingga memaksa agensi penguat kuasa mengambil tindakan tegas merobohkannya.

Pemimpin UMNO dan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagaimanapun menyifatkannya sebagai ‘tuduhan gila’ kerana gerai-gerai yang dirobohkan kerajaan negeri sudah beroperasi selama bertahun-tahun.

Ketika menyampaikan ceramah sempena Karnival Penang Harmoni di sini malam tadi, Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman mendakwa UMNO sebagai dalang memburuk-burukkan imej kerajaan negeri dalam isu meroboh gerai-gerai haram di Pulau Pinang.

Malah, Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang itu mendakwa, pentadbiran BN sebelum ini patut dipersalahkan kerana gagal menyelesaikan isu peniaga tanpa lesen di negeri ini.

“Kita dapat tahu UMNO sengaja suruh peniaga-peniaga dirikan premis di tempat-tempat sekitar Balik Pulau supaya bila kita (kerajaan negeri) roboh nampak kita kejam,” katanya ketika berceramah sempena Karnival Penang Harmoni anjuran Pas di sini malam tadi.

No comments:

Post a Comment