Thursday, February 25, 2010

Pemuda Prihatin : Pemuda UMNO Bukit Mertajam bantu Hussain yang hidup sebatang kara


BUKIT MERTAJAM – Dugaan dan cabaran adalah lumrah kehidupan yang akan dilalui oleh setiap insan. Begitu jualah hakikatnya apabila masih ada insan yang menghadapi situasi yang memeritkan.

Hussain Ahmad, 51, hidup sebatang kara di rumah pusaka peninggalan orang tuanya yang usang.

Segala-galanya berubah apabila dirinya diserang penyakit gout pada 2005.

Menurutnya, episod malang yang menimpa diri menambahkan lagi keperitan hidup yang terpaksa dilaluinya setiap hari.

“Awal-awal penyakit dulu teruk juga sampai tidak boleh berjalan. Kaki saya mula membengkak hingga menyebabkan saya terpaksa merangkak untuk ke suatu tempat.

“Mujurlah ada kawan-kawan dan jiran tetangga prihatin akan nasib yang menimpa. Merekalah yang banyak membantu saya dalam mengharungi kehidupan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pelanduk Jatuh, di sini.

Hussain berkata, dia hanya berharap kepada bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM95 yang diterima sejak lebih setahun lalu untuk membeli segala keperluan.

“Alhamdulillah, keadaan saya semakin pulih selepas makan ubat yang dibeli di kedai ubat Cina. Saya sudah mampu untuk berjalan walaupun keadaan tidak seaktif dahulu,” katanya.

Tambahnya, dia tidak hanya bergantung kepada bantuan JKM semata-mata untuk meneruskan hidup kerana jumlah itu tidak mencukupi ekoran harga barang yang melambung tinggi kini.

Dia terpaksa melakukan kerja sambilan dengan menjual tin serta kotak terbuang yang dikutip dari kedai berhampiran untuk menambahkan pendapatan.

Dia yang masih bujang berkata, skim pencen Ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak dapat diperoleh berikutan surat yang dikeluarkan pihak hospital ketika menjalani rawatan hilang dari simpanan.

Dalam pada itu, penderitaan yang ditanggung Hussain mendapat perhatian Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam yang mengunjungi rumahnya melalui Program Pemuda Prihatin, kelmarin.

Ketuanya, Mohamad Fauzi Shariff berkata, lawatan pada hari itu bertujuan bagi meninjau keadaan Hussain untuk melihat jenis bantuan yang dapat diberikan.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan rumah baru melalui Projek Bantuan Rumah (PBR) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di atas tapak sedia ada.

“Pada hari ini juga kami ada memberikan sedikit sumbangan berupa wang tunai selain barangan keperluan harian.

“Kami berharap agar JKM dapat mempertimbangkan untuk menaikkan jumlah bantuan yang diberikan kepada Hussain memandangkan jumlah itu terlalu sedikit dan tidak cukup untuk menampung kehidupannya setiap hari.

“Selain itu, kami juga berharap agar Perkeso dapat mengkaji semula tentang keadaan Hussain bagi membolehkannya mendapatkan skim Pencen Ilat. Ia sekurang-kurangnya dapat meringankan beban selain membolehkan dia untuk mendapatkan rawatan yang lebih sempurna bagi merawat penyakit yang dihidapi,” katanya.

Hadir sama, Ketua UMNO Cawangan Seri Bukit, Mohd Edi Izwandi Mohd Idrus dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Seri Bukit, Ifan Zaini Md Tahar.

Wednesday, February 24, 2010

Selangor didahulukan , Permatang Pauh ditinggalkan

Pisau perhatikan sejak rakyat Permatang Pauh 'menghantar' Anwar ke Putrajaya mereka langsung tidak dipedulikan,malah hanya disajikan dengan politik basi oleh Anwar Ibrahim.Suara Anwar hanya untuk pertahankan dia tidak pernah menceroboh lubang kunyit anak muda,suara Anwar hanya untuk beliau menjadi PM,suara beliau hanya untuk politik kotor dan membangkitkan sentimen kacau di negara ini.

Beliau langsung tidak bersuara untuk rakyat Permatang Pauh,malah pengundi permatang pauh hanyalah sekadar menjadi pak sanggup demi merealisasikan kehendak nafsu buas Anwar Berahi.

Anwar lebih pentingkan rakyat Selangor dari membela nasib rakyat Permatang Pauh,mana pembelaan untuk orang yang mengundi beliau.Anwar menjanjikan bulan dan bintang ketika pilihanraya kecil permatang pauh,tetapi bulan dan bintang dinikmati oleh rakyat Selangor.


SuaraKeldaian

Semasa melancarkan Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai Negeri Selangor di perkarangan perumahan Taman Ukay Bistari di Hulu Klang hari ini Datuk Seri Anwar menegaskan sekiranya sijil layak menduduki (CF) gagal diperolehi sebagaimana yang dijadualkan beliau berjanji akan 'turun padang' bertemu pihak pemaju terbabit untuk menyelesaikannya.

"Kita janji satu perkara, kita pegang pada amanah dan ikrar. InsyaAllah kita akan pertahankan prinsip keadilan ini dan hak pembeli.

"Pada hari ini, saya datang hanya ada CF sementara, kalau Dr Nik Zamri Majid (Pengerusi Eksekutif RSS-PMC Sdn Bhd selaku perunding projek) boleh kemukakan semua dokumentasi berkaitan pada hari Isnin, saya akan maklumkan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya, minggu depan juga kita luluskan. Hari Isnin dapat surat, minggu itu juga lulus tetapi syaratnya semua hendaklah diisi lengkap.

"Kalau tak lulus setelah dikemukakan, saya jamin saya akan turun sendiri. Lagipun kes mahkamah saya tertangguh. Jadi saya ada masa. Ini soal rumah terbengkalai, soal hidup dan kebajikan rakyat. Bukannya perkara main-main. Kami tak mahu seksa penduduk lagi, walaupun tujuh hari. Ini pendekatan yang cuba kita buat," katanya kepada lebih 300 penghuni.


Inilah nasib buat orang permatang pauh,nak dikatakan terbela dibawah kerajaan sosialis tidak pula,nak dikata terbela oleh pengemar lubang kunyit tidak pula,akhirnya mereka dapat pembelaan parti yang mereka pernah caci dan fitnah :klik sini

Pisau mendapat maklumat yang membuat demo didepan sekolah tempoh hari rupanya anak pendemo turut berada didalam sekolah untuk menerima bantuan. 'maki tetap maki tapi depa bagi kami balun',itu lah kata kata munafik dan hipokrit yang tidak tahu malu.Namun tidak apalah,asalkan anak anak mereka dapat bantuan dan dapat mengurangkan sedikit beban sudah memadai,anak anak tidak harus terlibat dengan politik orang tua ,mereka layak menerima bantuan walaupun orang tua mereka menjadi baru dan balaci kepada parti yang merosakkan bangsa dan agama.



Pisau kata "Anwar tak tolong,biar Umno yang tolong,"


Ulasan

Anwar hanya balik Permatang Pauh untuk ceramah politik dan rumah terbuka sahaja .. itu sudah memadai tugas seorang Ahli Parlimen Prmtg Pauh .

Tuesday, February 23, 2010

Pemuda UMNO cabar Guan Eng



BUKIT MERTAJAM 22 Feb.-- Pemuda UMNO Pulau Pinang hanya akan melayan pelawaan pakatan pembangkang untuk berdebat mengenai isu nasib orang Melayu sekiranya Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri tampil menjadi panel dalam perdebatan itu.

Ketuanya, Norman Zahalan berkata, sebagai ketua kerajaan negeri, Guan Eng perlu berani tampil sendiri menjelaskan segala isu berbangkit membabitkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang.

''Kita tidak mahu membuang masa berdebat dengan orang-orang yang sekadar menjadi 'kuda tunggangan' dan tidak mempunyai kuasa dalam menentukan dasar dan polisi kerajaan negeri dalam isu ini.

''Kalau Guan Eng betul-betul ikhlas dalam menyelesaikan isu-isu orang Melayu, dia perlu berani berdepan dengan kita sebab dia lebih tahu sebagai Ketua Menteri," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pergerakan sayap Pemuda parti-parti pakatan pembangkang di negeri ini mempelawa Pemuda UMNO dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan orang Melayu untuk menyertai debat terbuka anjuran mereka pada 7 Mac ini.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri Yeoh Soon Hin dilaporkan berkata, debat bertemakan "Isu Melayu Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran" itu bertujuan memberi penjelasan mengenai pelbagai isu berkaitan orang Melayu dan umat Islam di negeri ini.

Selain Pemuda UMNO, turut dipelawa menyertai perdebatan itu ialah Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMM) dan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Mereka diminta menghantar surat jawapan selewat-lewatnya 3 Mac ini.

Norman bagaimanapun mendakwa, perdebatan itu tidak lebih daripada propaganda politik Guan Eng yang tertekan selepas gagal menjelaskan pelbagai isu berhubung kepimpinannya.

''Isu dan persoalan itu dibiarkan tanpa jawapan dan sekarang Guan Eng paksa pula orang-orang ini untuk berdebat. Kalau Guan Eng ikhlas, dia perlu tampil sendiri untuk beri penjelasan," tegasnya.

Malah katanya, pakatan pembangkang seharusnya lebih profesional dan ikhlas dengan turun padang menyelesaikan masalah rakyat bukannya menjaja cerita dan masalah di pentas- pentas ceramah.

Norman menambah, perdebatan sahaja tidak akan menyelesaikan sebarang masalah sebaliknya pemimpin pakatan pembangkang terutamanya Guan Eng perlu bekerja dan mengotakan segala janji-janji pilihan raya.

Monday, February 22, 2010

Suara Keadilan pembohong !! Bukan 500 orang tetapi sebenarnya 50,000 !!

Ramainya umattt.... penuh jalan tuuu...

Patutlah Umno lari punnn... Garang2 muka semua yg dok demo tuu...

Polis dok tengah belasah rakyat yg berdemo tuu.... zalim sungguh !

Uiiiii......., Wakil dari Ostolia pun adaaaa....

6 ribu FRU yang bertugas mengawal keadaan. Abang trafik tu letih jaga jalan yg jem giler..

Belasan ribu anggota FRU yang siap sedia untuk menggempur...



Petang tadi 500 penyokong Pakatan Rakyat terpaksa berdepan dengan puluhan anggota polis dan FRU di perkarangan Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Permatang Pauh kerana membantah penggunaan dewan sekolah untuk tujuan Program Bulan Kebajikan Umno Juara Rakyat.

Desakan kuat daripada Pakatan Rakyat menyebabkan Umno akhirnya akur dan terpaksa membatalkan program tersebut apabila penyokong melaungkan 'Umno bukan juara rakyat, Umno juara penipu".

Wartawan Suara Keadilan Qayum Rahman yang berada di lokasi kejadian melaporkan Pakatan Rakyat telah membuat laporan polis terhadap acara tersebut semalam tetapi Umno tidak menghiraukannya dan meneruskan program mereka.


Pembohong sungguh wartawan suara keldaian nih. Mana ada 500 orang pi gempur Umno juara rakyat di Sek Keb Bukit Indera Muda tu. Yang datang kelmarin tu sebenarnya mencecah 50'000 orang.

Trak FRU saja pun dah dekat dua tiga puluh biji. Polis dan FRU pulak dok ada dekat 13 ribu orang kawal pendemo depan sekolah tu.

Ishh..., tak ada etika kewartawanan sungguh la wartawan suara keldaian ni. Macam mana rakyat diluar kawasan nak dapat gambaran sebenar kejadian kalau dok malu-malu nak tulis jumlah sebenar yang hadir di demo tu.

Suara Keldaian ni tak adil sungguh didalam membuat liputan. Bukan senang masyarakat nak tahu betapa hebatnya perjuangan berpuluh ribu pendemo di depan sekolah tu hinggakan memaksa Umno membatalkan program Juara Rakyat mereka.

Bukan senang nak buat Umno lari tau. Nik Aziz pun tak boleh buat macam tu. Hanya atas didikan Khalifah Syeikh Lim saja yang membolehkan pengikutnya mencapai taraf gampang macam tu.

50'000 yang hadir berdemo didepan pintu gerbang sekolah tu adalah dikira berjihad jika mengikut maksud terjemahan surah aura, ayat ke 12 kitab Walharamu Walhalalku ajaran hamPAS.

Tambah pulak mereka telah berjaya mengusir Umno keluar dan membatalkan program di Permatang Pauh. Maka mereka berhak mendapat kepujian tertinggi daripada Khalifah agung Pas di P.Pinang iaitu Syeikh Lim Al kafirooonnn.

Wartawan Suara Keldaian juga lupa nak siarkan tentang puluhan ribu yang cedera parah akibat terbakar dek panas matahari. Yang terselamat hanya mereka yang pakai ketayap putih atas kepala saja. Macam manalah benda penting macam ni pun wartawan tu terlupa nak tulis.

Sepatutnya, Suara Keldaian ni kena ajar wartawannya tulis dengan betul. Ini penting kerana isu-isu macam ni lah yang akan membakar semangat pencacai-pencacai Pas/PKR. Barulah pencacai-pencacai ni akan menjadi semakin taksub dan juga menjadi penjilat tegar ala-ala RAMBO kepada kafir DAP di P.Pinang.

Walaupun dah lama dah orang ramai tahu dan sedar akan kedunguan pencacai-pencacai Pas/PKR ni, tapi diharapkan Suara Keldaian agak-agaklah nak bohong depa punn.

Sekurang-kurangnya, ayat tu mau power lah sikit. Ni ayat macam nak ngorat budah darjah enam saja. Buat malu cekgu Bard sajalah budak wartawan si qoyum ni. Kena ambik kursus intensif bab-bab ilmu "kencing" dengan cekgu Bard sekali lagi nampaknya budak wartawan nih.

sumber : che wan

Saturday, February 20, 2010

Program UMNO Juara Rakyat UMNO Bahagian Permatang Pauh


BULAN KEBAJIKAN

PERLANCARAN PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT PARLIMEN PERMATANG PAUH


Tarikh : 21 Februari 2010
Tempat : Sekolah Keb Bukit Indera Muda , Bukit Mertajam
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Anjura : UMNO Bahagian Permatang Pauh


** Orang ramai djemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini





Thursday, February 18, 2010

Bekas Ketua Pemuda PAS PP bidas Guan Eng cuba kelirukan umat Islam


GEORGETOWN - Jangan kelirukan umat Islam di Pulau Pinang dengan pelbagai muslihat kerana lambat laun ia akan terbongkar jua.

Pengerusi Badan Anti IFC (Badai), Mohd Hafiz Nordin berkata, pelbagai peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini sudah mula menunjukkan wajah sebenar Kerajaan Negeri yang kononnya berjiwa rakyat dan memperjuangkan hak sama rata tanpa membezakan agama dan bangsa.

Beliau berkata, tindak tanduk Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang melukai hati dan mengguris perasaan orang Islam di Pulau Pinang sejak kebelakangan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat itu.

Melabel gerai orang Melayu sebagai pub dan menarik balik pembatalan perarakan Maulidur Rasul adalah antara contoh bagaimanapun Kerajaan Negeri cuba memutarbelitkan fakta seolah-olah orang Islam mempunyai pemikiran yang begitu cetek.

“Sepatutnya, Kerajaan Negeri perlu mengakui kesilapan yang dilakukan serta meminta maaf bagi menyelesaikan masalah yang ditimbulkannya dan bukan dengan menuding jari kepada pihak lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas keresahan dan kemarahan umat Islam Pulau Pinang berikutan pelbagai insiden yang dicetuskan oleh Guan Eng dan agensi Kerajaan Negeri termasuk merobohkan gerai dan terkini menafi membatalkan perarakan Maulidur Rasul.

Mohd Hafiz berkata, amat memalukan apabila surat rasmi yang dikeluarkan oleh pegawai kanan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) boleh dipermain-mainkan begitu sahaja seolah-olah ia satu bahan jenaka atau mainan.

“Guan Eng perlu ingat bahawa mentadbir sebuah negeri bukanlah seperti mengendalikan sebuah persatuan yang boleh diubah mengikut kesesuaian sendiri. Adakah dengan berdolak dalik dalam pelbagai isu mencerminkan sikap dan peribadinya yang sebenar. “Jangan mempersendakan umat Islam dan ajaran yang murni ini dengan mengaku kononnya mahu mencontohi peribadi Saidina Umar Abdul Aziz tetapi tingkah lakunya tidak langsung mencerminkan keadaan sebenar.

Adakah bercakap bohong atau memutarbelitkan fakta mencerminkan pendekatannya ke arah mahu menegakkan Amar Makruf Nahi Mungkar. Jadi hentikan janji kosong itu dan jangan terus memperbodohkan umat Islam dengan slogan yang tidak membawa apa-apa makna,” katanya.

Wednesday, February 17, 2010

Orang Melayu PP perlu bersatu


SEBERANG JAYA – Orang Melayu di negeri ini perlu bersatu untuk membela nasib kaum mereka jika mahu selamat, bukan bertelagah yang akhirnya merosakkan bangsa itu sendiri.

Bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Azman Shah Omar Shah berkata, orang Melayu Pulau Pinang perlu sedar dan bangkit merapatkan saf dalam memperjuangkan hak mereka, bukan melihat masalah serta isu lapuk.

Menurutnya, sudah tiba masanya Melayu Pulau Pinang duduk semeja berbincang jalan penyelesaian yang boleh dicapai bagi memastikan nasib serta maruah bangsa mereka di negeri ini tidak terus dipertikaikan

Isu yang mereka bangkitkan pada hari ini sebenarnya sudah berulang kali diperkatakan iaitu isu 10 tahun lalu. Jadi, masalah tidak akan selesai selagi tidak ada satu permuafakatan dalam kalangan orang Melayu itu sendiri. Tiada siapa boleh menyelamatkan orang Melayu melainkan orang Melayu itu sendiri.

“Justeru, mereka yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang perlu duduk, berbincang serta mencari jalan penyelesaian untuk menyelamatkan orang Melayu. Apa yang penting adalah menstabilkan kembali ekonomi orang Melayu di Pulau Pinang. Ini kerana, ia merupakan perkara pokok dalam menyelamatkan nasib Melayu di sini,” katanya ketika ditemui di sebuah hotel, dekat sini.

Beliau berkata, jaringan serta keikhlasan penting mewujudkan kestabilan ekonomi selain perkongsian antara mereka yang mempunyai pengetahuan dalam pelbagai aspek.

Tambahnya, jika semua perkara dapat dilaksanakan, maka tidak mustahil nasib orang Melayu di negeri ini dapat dibela.

Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang berkata, beberapa perancangan sedang diatur atas tiket Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam merencanakan strategi untuk menyelamatkan Melayu negeri ini.

Katanya, ia akan dilaksanakan dalam sedikit masa lagi dan apa yang penting adalah Melayu perlu bersatu, ikhlas, sedar serta bantu-membantu antara satu sama lain bagi menangani permasalahan yang timbul, bukan menindas serta menyulitkan lagi keadaan.

PKR terdesak jual VCD isu liwat RM 3 di Pulau Pinang



BAYAN LEPAS - Pemuda UMNO negeri membuat laporan polis terhadap Pakatan Rakyat kerana mempromosi satu cakera padat video (VCD) mengandungi kes liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Laporan itu dibuat Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru, Muhammad Razil Abdul Rahim di Balai Polis Sungai Nibong di sini, jam 11.50 pagi kelmarin.

Muhammad Razil berkata, VCD selama 16 minit itu dijual pada harga RM3 ketika Ceramah Perdana Tolak Fitnah, Selamatkan Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, baru-baru ini.

Menurutnya, kulit VCD yang turut memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan juga dianggap ‘melampau’ kerana cuba mengaitkan Najib dan UMNO dengan kes liwat Saiful.

“Kita menonton VCD itu, terkejut kerana mengandungi kenyataan bahawa Anwar tidak bersalah dengan bukti pengakuan seorang doktor di Hospital Pusrawi.

“Ia tidak sepatutnya terjadi kerana boleh mendatangkan prasangka buruk masyarakat terhadap kes yang sedang didengar di mahkamah,” katanya.

Turut sama, Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan dan sekumpulan Pemuda UMNO Pulau Pinang.

Sementara itu, Norman mengingatkan pihak yang tidak bertanggungjawab supaya jangan membuat fitnah dan mempolitikkan kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Norman berkata, tindakan penganjur ceramah mempromosi serta menjual VCD itu secara terbuka adalah satu penghinaan kepada mahkamah.

“Mereka patut tahu, malah ahli mereka juga ramai dalam kalangan peguam. Saya berharap polis akan menjalankan siasatan terperinci terhadap laporan itu dan bertindak ke atas bukti yang kami sudah serahkan,” katanya.

Saturday, February 13, 2010

Yb Shahbudin diusir ala gestapo dari Pejabat Khidmatnya sendiri oleh kerajaan diktator DAP


Sidang Akhbar oleh YB Ustaz Shabudin Yahya (ADUN Permatang Berangan)



Adakah Kerajaan DAP Pulau Pinang ini prihatin atau penyayang???? Jawapannya, TIDAK, TIDAK, TIDAK!!! Setiap hari Kerajaan DAP ini main politik perpecahan, bilakah ia akan berhenti?

Di Pulau Pinang ada tanah yang tidak jelas statusnya sama ada tanah Kerajaan Negeri, tanah Kerajaan Persekutuan maupun tanah swasta; contoh isu Kg Buah Pala. Biasanya, dalam isu tanah, kerajaan negeri mempunyai kelebihan. Terkini, YB Shabudin akan diusir dari pusat khidmat ADUNnya....bagi Kerajaan DAP Pulau Pinang yang penting adalah kepentingan politiknya bukan kepentingan rakyat.....

Perpindahan adalah disebabkan arahan dari Pejabat Daerah SPU atas desakan TKM 1 Mansor Othman supaya mengosongkan sebelum 23 Feb 2010.Setelah 6 tahun bertapak di tempat tersebut dengan membaik pulih puluhan ribuan ringgit menukarkan bangunan tersebut yg usang kepada bangunan elok maka kerajaan negeri senang arahkan mengosongkan, untuk apa pon tidak tahu ?..tidak tahu maka selepas ini bgn ini akan terbiar tanpa jagaan......kita lihat nanti !

Inilah perasaan hasad dengki ingin balas dendam yang tersirat dalam hati mereka hampir 2 tahun selepas DAP memerintah Penang dan hari ni terbukti! jangan terkejut satu hari nanti orang melayu semua diusir dari Pulau Pinang!

sumber : anak seberang

Friday, February 12, 2010

MP Nibong Tebal cabar Jeff Oii dan Ramasamy



GEORGETOWN - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mencabar Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) ke atasnya jika mereka benar-benar mempunyai bukti kukuh mendakwa beliau menyalahgunakan kuasa sebagai Ahli Parlimen.

Tee Beng turut menyatakan kesanggupan untuk menunggu Jeff Ooi dan Ramasamy di ibu pejabat SPRM cawangan Pulau Pinang selama sejam, bermula jam 4 petang hari ini untuk bersemuka secara terus dengan mereka bagi mendapatkan penjelasan dua wakil Kerajaan Negeri itu atas tindakan mereka.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu menyatakan demikian bagi menjawab dakwaan Jeff Ooi, beliau pernah cuba menggunakan kuasa sebagai Ahli Parlimen untuk mendapatkan sebuah lot perniagaan milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Daerah Timur Laut bagi pihak bapa saudaranya sebelum dihalang oleh Lembaga Pengarah PDC dipengerusikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Selang beberapa hari kemudian, Ramasamy pula mendakwa Tee Beng pernah beberapa kali cuba membida tender projek daripada PDC di kawasan Nibong Tebal secara ‘jalan belakang’ dengan pengurusan PDC, dan tidak melalui tender terbuka yang diamalkan Kerajaan Negeri selama ini.

Tee Beng menyifatkan kenyataan Jeff Ooi dan Ramasamy sebelum ini, yang mendakwa beliau menyalahgunakan kuasa sebagai Ahli Parlimen untuk mencampuri urusan pengagihan tender PDC adalah tidak benar dan berniat jahat untuk memburukkan reputasinya di mata rakyat.

“Jika Jeff Ooi dan Ramasamy benar-benar ada bukti saya salah guna kuasa sebagai Ahli Parlimen, saya cabar mereka segera lapor pada SPRM esok (hari ini).

“Saya juga sanggup tunggu dan bersemuka dengan mereka di ibu pejabat SPRM negeri sekiranya mereka benar-benar anak jantan,”katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Tee Beng mendakwa tujuan Jeff Ooi dan Ramasamy membuat pelbagai tohmahan dan fitnah ke atas dirinya adalah untuk menjatuhkan air mukanya setelah beliau secara terang-terangan mengkritik pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan kepimpinan DAP di Pulau Pinang.

Menurutnya, beliau benar-benar bersedia menghadapi segala kemungkinan pada hari ini dan menjelaskan, cabaran itu dilontarkan semata-mata untuk mendapatkan kebenaran bagi pihak dirinya.

“Apabila ahli politik yang licik seperti Jeff Ooi dan Ramasamy cuba memperalatkan media untuk menjatuhkan reputasi saya, saya tidak akan berdiam diri dan bersedia untuk berjuang habis-habisan demi menjaga nama baik saya dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya turut cabar mereka untuk berjumpa dengan saya esok (hari ini) kerana pertemuan itu perlu untuk membuktikan kebenaran,”katanya.

Sementara itu, Tee Beng turut mengesahkan menerima satu emel daripada Lembaga Tatatertib PKR yang diketuai Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail kira-kira 3 petang semalam yang meminta beliau bekerjasama dengan pihak lembaga sewaktu proses tindakan disiplin dijalankan.

Bagaimanapun katanya, emel itu tidak menyatakan tindakan atau waktu tindakan yang akan diambil kerana arahannya tidak jelas.

“Arahan yang dinyatakan dalam emel itu adalah tidak jelas memandangkan saya hanya diminta bekerjasama dengan Lembaga Tatatertib PKR sahaja, dan tiada sebarang bentuk atau tempoh tindakan yang dinyatakan.

“Bagaimanapun, saya serah kepada parti untuk tentukan kedudukan saya selepas ini,”katanya.

Thursday, February 11, 2010

Juara Rakyat : UMNO Nibong Tebal bantu masyarakat Cina



ZAINAL Abidin Osman (kanan) menyampaikan sumbangan sempena sambutan Tahun Baru Cina kepada Lau Khiang Yak sambil diperhatikan Mahmud Zakaria (kiri) di Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.













NIBONG TEBAL 9 Feb. - Sempena kedatangan Tahun Baru Cina pada Ahad ini, nasib golongan masyarakat berketurunan Tionghoa yang kurang bernasib baik tidak akan dilupakan oleh mereka yang berkemampuan.

Untuk itu, UMNO Bahagian Nibong Tebal mengambil inisiatif untuk menziarahi 25 buah rumah yang didiami penduduk kurang berkemampuan di sekitar kawasan Jawi dan Sungai Bakap di sini.

Ketuanya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, selari dengan gagasan 1Malaysia, pihaknya turut sama meraikan perayaan masyarakat lain dengan menghulurkan sumbangan wang tunai dan hamper kepada mereka yang tidak bernasib baik.

"Kami memilih 25 rumah yang didiami oleh mereka yang benar-benar daif untuk menerima sumbangan ini bagi meringankan beban mereka menjelang Tahun Baru Cina.

"Malah kami juga mengubah tradisi di mana selama ini diadakan di dewan dengan datang sendiri ke rumah penduduk bagi mendalami sendiri keperitan hidup mereka," katanya kepada pemberita hari ini.

Lawatan itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria.

Tambahnya, sumbangan yang diberikan itu adalah sebagai tanda ingatan UMNO kepada penduduk Cina di kawasan tersebut selain mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.

"Kami juga turut melakukan perkara serupa pada musim perayaan lain seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta Deepavali," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Menurut salah seorang penerima, Lau Khiang Yak, 70, beliau terharu dengan kesudian UMNO menghulurkan sumbangan.

"Saya tidak sangka orang Melayu boleh datang beri hamper kerana saya tak mampu menyediakan persiapan untuk raya nanti.

"Kandungan hamper ini bolehlah dihidangkan kepada tetamu yang datang pada Tahun Baru Cina nanti," katanya yang mencari pendapatan dengan mengutip bahan terbuang untuk dikitar semula.

Sementara itu, Teoh Teik Choon, 86, yang menghidap gout memberitahu, beliau mengucapkan terima kasih kepada UMNO Bahagian Nibong Tebal kerana sudi menziarahinya.

"Saya tak mampu nak bekerja jadi sumbangan yang diberi ini bolehlah meringankan sikit beban saya," jelasnya.

Wednesday, February 10, 2010

Kerajaan diktator bohong menuduh UMNO menyuruh peniaga Melayu mendirikan gerai haram

BUTTERWORTH 2 Feb. – Sikap kerajaan negeri yang suka menuding jari terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) setiap kali berdepan masalah kini semakin menjadi-jadi.

Terbaru, kerajaan negeri menuduh UMNO sengaja menyuruh peniaga Melayu mendirikan gerai-gerai di kawasan larangan sehingga memaksa agensi penguat kuasa mengambil tindakan tegas merobohkannya.

Pemimpin UMNO dan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagaimanapun menyifatkannya sebagai ‘tuduhan gila’ kerana gerai-gerai yang dirobohkan kerajaan negeri sudah beroperasi selama bertahun-tahun.

Ketika menyampaikan ceramah sempena Karnival Penang Harmoni di sini malam tadi, Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman mendakwa UMNO sebagai dalang memburuk-burukkan imej kerajaan negeri dalam isu meroboh gerai-gerai haram di Pulau Pinang.

Malah, Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang itu mendakwa, pentadbiran BN sebelum ini patut dipersalahkan kerana gagal menyelesaikan isu peniaga tanpa lesen di negeri ini.

“Kita dapat tahu UMNO sengaja suruh peniaga-peniaga dirikan premis di tempat-tempat sekitar Balik Pulau supaya bila kita (kerajaan negeri) roboh nampak kita kejam,” katanya ketika berceramah sempena Karnival Penang Harmoni anjuran Pas di sini malam tadi.

Sunday, February 7, 2010

Penduduk Pulau Pinang kaji sokongan terhadap PR



SIK - UMNO Pulau Pinang mencadangkan penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji kepincangan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri itu yang diterajui DAP.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhannya bersesuaian dengan parti itu yang sering mendesak ditubuhkan suruhanjaya siasatan bagi menyiasat kelemahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pembangkang (DAP) mudah melempar tuduhan terhadap kerajaan, meminta suruhanjaya siasatan ditubuhkan dan dikeluarkan kertas putih.

“Sekarang kita minta satu kertas putih dikeluarkan atau suruhanjaya diraja mengkaji kelemahan mereka,” katanya kepada pemberita mengulas kemelut antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang sekarang.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO ditemui selepas membuat lawatan kerja di Kem Rimba Taqwa, Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, apabila PKR menyingkap sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng ia sudah jelas menggambarkan masalah dalaman parti itu tetapi Guan Eng sedaya upaya enggan mengaku.

“BN tidak akan campur tangan tetapi membiarkan rakyat membuat perubahan. Selama dua tahun DAP perintah, tiada satu pun kemajuan dicapai, tiada pelaburan baru masuk malah hak sesuatu kaum diketepikan walaupun ia tidak dibuat atas nama kaum tetapi tindakan mereka memperlihatkan sikap prejudis DAP.

“Walaupun melaungkan Malaysian Malaysia tetapi amalan DAP tidak pernah mempraktikkan slogan mereka,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, penduduk Pulau Pinang perlu mengkaji semula pendirian mereka mulai sekarang untuk menyokong PR atau kembali menyokong BN.

Jika mahukan perubahan, pembangunan dan peruntukan semua kaum dipenuhi, eloklah tukar selera mulai sekarang kerana pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. Malahan BN tidak seperti PR yang menindas sesuatu kaum,” katanya. - Bernama

Friday, February 5, 2010

10,000 bakal sertai Perhimpunan Sedaq hari ini

PULAU PINANG 4 Feb. - Lebih 10,000 orang dijangka menyertai Perhimpunan Sedaq esok, yang diadakan bagi menyedarkan orang Melayu bahayanya 'penjajahan' parti pembangkang khususnya DAP.

Perhimpunan itu juga bertujuan memberi ingatan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kerajaan negeri supaya tidak terus menindas orang Melayu.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, sebanyak 50,000 risalah mengenai perhimpunan berkenaan diedarkan secara serentak di seluruh negeri sejak semalam oleh kira-kira 100 ahli GPMS.

Menurutnya, pihak penganjur juga menyediakan kira-kira 50 buah bas bagi kegunaan orang ramai dari beberapa negeri yang ingin menyertai perhimpunan tersebut.

''Kita buat demonstrasi ini secara aman, berdisiplin untuk memberitahu pentadbiran Guan Eng bahawa orang Melayu telah sedar.

''Kalau dia masih menidakkan suara orang Melayu, kita akan lancarkan demonstrasi kedua, Perhimpunan Bangkit dan janganlah memaksa kita sampai perlu mengadakan demonstrasi ketiga Perhimpunan Amuk dan jika ini terjadi, ia sudah terlambat.

''Kita cuba berunding dan berjumpa dengannya (Guan Eng) untuk menyatakan suara orang Melayu, namun, semuanya ditolak dan dia terus dengan agendanya sendiri tanpa mempedulikan nasib orang Melayu yang tertindas, tersepit dan melarat,'' katanya selaku jurucakap utama perhimpunan itu.


Perhimpunan anjuran 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuk dari Perak, Perlis dan Kedah itu akan diadakan di hadapan Masjid Simpang Enam dan tempat letak kereta berhadapan Komtar bermula pukul 12 tengah hari.

Menurut Jais, pelbagai acara diatur antaranya pidato, khutbah dan solat Jumaat sebelum berarak secara aman ke Komtar dan diakhiri dengan penyerahan memorandum bantahan kepada Guan Eng.

Thursday, February 4, 2010

Uniknya Pulau Pinang



Gambar di sebelah kiri ini adalah kempen yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat sekian lama. Kempen itu, hari ini terus menjadi tali nilon yang menjerut leher mereka hingga genting kepala setiap seekor ayam-ayam laga mereka terutamanya ayam laga import yang kini mengetuai ayam-ayam laga di Pulau Pinang.

Maka tahniah kepada Utusan Malaysia apabila terus bertahan untuk memberitahu puak lagisatu bahawa mempertahankan sesuatu yang dirampas bukanlah sebagai pencetus kekacauan. Si perampas lah yang mencetus kekacauan dan dengan izin Tuhan, kini telah terserlah sikap perkaumannya.

Kini sudah bertepek-tepek air liur Guan Eng jatuh ke mukanya sendiri, dan juka ke muka-muka penyokong DAP di seluruh negara. Aspirasi bawaan DAP tidak relevan, bersifat dendam dan tidak ubah seperti perjuangan komunis yang penuh dendam.

Mujurlah UMNO yang mengepalai Barisan Nasional selama ini tidak bersifat pendendam, malah memberi pengampunan kepada penjahat-penjahat komunis satu ketika dulu dan dibenarkan untuk terus hidup dikalangan masyarakat.

Hari ini, mungkinkah pembanterasan ideologi dendam ala komunis ini perlu digerakkan semula? Malulah kepada penyokong DAP yang sentiasa menuduh pihak lain sebagai perkauman kerana ianya ibarat sehelai kain yang tak mampu menutup segunung najis yang mereka teran.


Satu demi satu premis di Tanjung Tokong sedang atau dalam rancangan untuk diruntuhkan. Gerai-gerai tersebut terletak di atas tanah, tanpa gangguan lalulintas dan lebih menyedihkan, ianya terhambat menceruk di celah-celah pembangunan Tanjung Tokong yang dibangunkan dengan projek-projek hartanah bernilai tinggi. Mungkin sebab itulah mereka mahu dihalau dari situ.

Tak mengapa, jika keadaan daif gerai tersebut mengganggu lanskap Pulau Pinang, (adakah jeti-jeti "clan" di sisi pulau sebelah sana itu indah sangat?) , bantulah mereka dengan menyediakan kemudahan menaiktaraf tempat mereka berniaga.

Nampaknya Kerajaan Guan Eng mengamalkan konsep hapus rata binasa dan pindahkan ke tempat lain mengikut sedap hati. Mungkin mendiang Francis Light itu moyang bapanya. Jika Kerajaan Guan Eng tergamak meruntuhkan premis yang mungkin cabuk tetapi bukan terletak atas jalan, bagaimana pula gerai-gerai yang menjaja segala mak nenek makanan halal haram yang berleluasa atas jalan.


Tak ada gazet untuk jalan tersebut ditukar kepada kawasan melonggok bangku meja gerai segala pun? Ataupun MUNGKINKAH premis yang diruntuhkan itu adalah premis tak seberapa yang TAK MAMPU untuk MENYUAP pegawai-pegawai Majlis? Bukankah suap menyuap itu amalan yang kukuh dipelihara oleh puak-puak tertentu di negara ini? "Pun intended"

Atau mungkinkah Guan Eng sendiri tidak tahu apa yang dilakukan oleh angkatan robohnya? Mungkinkah angkatan robohnya itu mendapat restu dari Guan Eng? Nama pun Kerajaan Guan Eng ! Lalu Guan Eng pun berpakat meroboh. Jadilah Pakatan Roboh yang kini memerintah di Pulau Pinang.

Kata sesetengah orang, jika daerah Dinding boleh dipulangkan British kepada negeri Perak, kalau beginilah AMALAN PERKAUMAN yang diamalkan Kerajaan Guan Eng di Pulau Pinang, adalah harapan untuk Pulau Pinang dipulangkan ke negeri Kedah.

Manakan tidak, apabila kini, wujud pula "geng atap buruk bermata sepet" yang berlonggok di jeti menghadap Selat Selatan sedang gembira apabila "geng atap buruk berkulit gelap" selonggok yang menghadap Selat Utara, semakin terhapus dek campurtangan pemerintah kuku besi yang memihak kepada mereka.

Alasan kekal sebagai alasan. Kerana jika mahu disebut sebagai sebab, jeti-jeti keluarga Cina yang memenuhi selatan jeti feri itulah yang patut dipindah ke Pulau Jerejak bagi membolehkan kawasan tersbut ditebusguna dan dibangunkan dengan sebuah taman riadah yang indah, menarik pelancong dan memulihara pinggir pantai di situ.
Kan indah jika kawasan tersebut berdiri sebuah kawasan waterfront yang tidak mencemarkan perairan?

Jangan sembrono mencontohi Singapura dengan langkah yang semua orang tahu, adalah HIPOKRIT, dengan meruntuh kampung-kampung Melayu tepi laut kerana di Singapura, kampung-kampung Cina yang buruk seperti di jeti itu pun sudah dihapuskan. Kalau mahu bertegas, JANGAN HANYA BERANI KEPADA KAUM MINORITI YANG MISKIN. Jika mahu runtuhkan, runtuhkan semua pemandangan yang menyakitkan mata termasuk quay-quay buruk yang kotor, tempat sampah hanyut berlonggok.

Jadi mengapa menafikan yang Kerajaan Guan Eng yang memerintah Pulau Pinang itu adalah kerajaan negeri yang bersifat perkauman, yang pertama sekali wujud di Malaysia.

Lebih memalukan, ia dipimpin dan disokong oleh mangkuk-mangkuk yang menuduh UMNO sebagai parti perkauman.

Guan Eng layan PKR standard seperti anjing

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang diminta berhenti mengkritik Lim Guan Eng, hari ini mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang itu melayan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti anjing.

Menurutnya, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP hanya berkelakuan sopan dan menunjukkan sikap bertanggungjawab apabila berhadapan dengan media.

"Sebenarnya beliau tidak endahkan wakil rakyat PKR langsung dan terlalu berlagak dengan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Tee Beng, ramai wakil rakyat PKR dan Ketua Bahagian PKR di Pulau Pinang yang semakin kecewa dengan pentadbiran Guan Eng.

"Sehubungan itu, saya meminta rakyat Pulau Pinang bersikap lebih terbuka dengan memilih calon yang benar-benar sesuai pada pilihan raya akan datang bagi menggantikan Ketua Menteri itu.

"Sudah tiba masanya untuk Guan Eng melepaskan jawatan Ketua Menteri kerana kepimpinannya tidak lagi diperlukan rakyat Pulau Pinang," katanya.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu diminta Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Hussein Ali supaya berhenti mengkritik Guan Eng kerana ia hanya menjejaskan imej parti.

Bagaimanapun semalam Utusan Malaysia melaporkan, Tee Beng tidak akan berhenti daripada terus mendedahkan kepincangan kepimpinan Guan Eng sekalipun berdepan risiko dipecat.

Tee Beng yang merupakan bekas Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang berkata, beliau bersedia membongkar semua rahsia dan cara pentadbiran Guan Eng pada bila-bila masa sahaja.

Tambah beliau, hampir semua wakil rakyat di negeri itu sudah muak dan bosan dengan janji-janji Guan Eng yang kononnya akan memperjuangkan nasib rakyat.

"Bayangkan setiap kali mesyuarat dalam negeri atau perjumpaan biro diadakan, Guan Eng tidak pernah mengambil tindakan susulan daripada perkara berbangkit sebaliknya hanya cakap kosong.

"Sehubungan itu, saya sebagai wakil akar umbi bertindak menegur beberapa perkara berbangkit kepada Guan Eng namun beliau menuduh saya telah mengkritik kepimpinannya," katanya.

Tee Beng turut mencabar Guan Eng menafikan dakwaannya itu jika ia salah.

"Saya tahu beliau tidak akan berani berbuat demikian kerana selama ini jika ada isu-isu berbangkit, beliau akan meminta pihak-pihak tertentu menjawab bagi pihaknya," jelas beliau.

Ditanya sama ada beliau berhasrat menyertai parti lain, jelasnya, setakat ini Jawatankuasa Disiplin parti belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

"Pada masa ini tiada orang yang mempelawa saya menyertai mana-mana parti, biasanya kalau mereka nak pecat, saya akan dikenakan tindakan tatatertib dahulu," ujarnya

Wednesday, February 3, 2010

Rakyat PP sudah bengang dengan kerajaan diktator Guan Eng



PULAU PINANG 2 Feb. – Setelah dua tahun mentadbir, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa gagal melaksanakan ‘misinya’ terutama dalam membangunkan ekonomi, menghapuskan kemiskinan tegar dan membela nasib orang Melayu.

Orang ramai yang ditemui berpendapat sudah tiba masanya mereka melakukan sesuatu kerana janji-janji yang ditabur dulu tidak pernah ditunaikan malah nasib mereka menjadi lebih buruk akibat pentadbiran kerajaan negeri yang berat sebelah.

Suri rumah, Halimah Mat Jelani, 55, berkata, tempoh masa hampir dua tahun sudah cukup untuk kerajaan negeri membuktikan kewibawaan mentadbir termasuk memberi hak sama rata kepada semua kaum.

Namun, katanya, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila orang Melayu terus ditindas serta semakin tersepit dan ada antaranya terpaksa menganggur kerana hilang sumber pendapatan akibat gerai dan kedai mereka diroboh.

“Kerajaan negeri kata mahu bangunkan ekonomi Melayu, beri hak yang sama tapi mana buktinya.

“Gerai dan kedai orang Melayu semuanya dirobohkan satu persatu tapi gerai kaum lain saya tengok macam cendawan tumbuh lepas hujan.

Saya harap rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu sedar dan sama-sama bertindak sebelum terlambat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kakitangan kerajaan, Donalfian Yaacob, 50, memberitahu, kerajaan negeri seakan-akan lupa janji sendiri untuk menghapuskan miskin tegar di negeri ini sebaliknya berlumba-lumba ‘menambahkan’ lagi jumlah golongan berkenaan.

Saya tidak nampak kerajaan negeri di bawah pentadbiran Guan Eng menjalankan banyak projek untuk membantu orang Melayu.

“Adakah dia mahu orang Melayu merempat?” tanya beliau.

Sementara itu, pekerja swasta, Wong Ah Chai, 34, berkata, pelbagai isu yang melanda Pulau Pinang sekarang ini menunjukkan rakyat sudah tidak percaya kepada kepimpinan kerajaan negeri.

Jelasnya, ia bukan sahaja menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan rakyat bahkan wakil-wakil rakyat.

“Kita mahu orang melabur, kita mahu tarik pelancong. Tetapi jika keadaan rakyat dan negeri sendiri diperlihatkan menerusi imej buruk, macam mana mereka mahu datang.

“Yang paling utama adalah mewujudkan keharmonian dan keamanan yang dimulai dengan kejayaan menyatupadukan rakyat, bukannya meresahkan mereka,” katanya.

Tuesday, February 2, 2010

Penang Bangkit : Ramai pemimpin dan penyokong DAP bakal keluar parti sertai PCM


BUTTERWORTH 1 Feb. - Parti Cinta Malaysia (PCM) mendakwa lebih ramai pemimpin dan ahli DAP di Pulau Pinang menyatakan minat menyertai parti itu ekoran kekecewaan terhadap sikap dan cara kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan berkata, rasa tidak puas hati pemimpin serta penyokong DAP terhadap kepimpinan Guan Eng semakin ketara apabila terdapat pemimpin kanannya yang bertindak keluar parti.

Menurutnya, tidak kurang 1,000 penyokong DAP di Pulau Pinang sudah menyatakan minat menyertai PCM tetapi sebagai parti yang baru ditubuhkan enam bulan lalu, PCM memerlukan masa untuk memproses keahlian baru.

''Rata-rata mereka mendakwa sudah mengenali 'wajah sebenar' Guan Eng dan jelas mereka sangat kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri yang dilihat sebagai kerajaan monopoli.

''Lihat sahaja bagaimana pemimpin lama DAP seperti Ketua Pasukan Bertindak DAP Negeri, Tham Weng Fatt yang berjuang selama 22 tahun untuk DAP tetapi akhirnya bertindak keluar parti. Ini mesej yang jelas kepada Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, kritikan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap kepimpinan Guan Eng menggambarkan sikap Setiausaha Agung DAP itu yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan pandangan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

Selain itu, kepimpinan akar umbi DAP di Pulau Pinang tidak menyenangi kepimpinan Guan Eng yang bersifat monopoli sedangkan beliau hanya 'orang luar' yang membina kerjaya politik di Pulau Pinang.

''Sehingga ada penyokong DAP sendiri yang tidak senang dengan Guan Eng yang seolah-olah datang ke Pulau Pinang untuk 'cari makan' tanpa menghiraukan pandangan ahli akar umbi yang berjuang untuk DAP sejak begitu lama.

''Mungkin sudah tiba masanya DAP meminda perlembagaan mereka sendiri untuk membolehkan hanya anak jati negeri sahaja yang boleh memegang jawatan sebagai Ketua Menteri," katanya.

Zahrain yang juga bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang baru-baru ini secara terbuka mengkritik Guan Eng dengan melabelkannya sebagai cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya.

Ekoran tindakannya itu, Jawatankuasa Disiplin PKR semalam menetapkan tempoh sebulan untuk meneliti tindakan ke atas Zahrain.

Monday, February 1, 2010

PKR adalah boneka DAP


PULAU PINANG 31 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) diselar kerana sanggup membiarkan parti itu menjadi boneka dan 'pak turut' kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sepanjang lebih dua tahun mentadbir, tindak tanduk Setiausaha Agung DAP itu jelas menunjukkan beliau mahu memimpin negeri mengikut caranya sendiri.

Malah, katanya, Guan Eng juga sanggup menyingkirkan siapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya seperti berlaku kepada bekas Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin yang 'terpaksa' melepaskan jawatan.

''Perkara sama juga menimpa Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang selama ini lantang mengkritik Guan Eng dan akhirnya 'terpaksa' melepaskan jawatan Pengerusi PKR negeri.

''Jika perkara ini berterusan tidak mustahil rakyat akan melabelkan PKR sebagai boneka dan 'pak turut' kepada Guan Eng," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perkara seumpama itu juga tidak pernah terjadi sepanjang lebih 34 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah Pulau Pinang kerana parti itu mengamalkan konsep permuafakatan.

Tambahnya, dalam tempoh itu juga, semua parti komponen BN di negeri ini iaitu UMNO, Gerakan, MCA, MIC dan PPP tidak pernah membuat keputusan yang mementingkan sebahagian pihak sahaja.

''Semasa BN perintah, apa jua keputusan akan dibuat secara permuafakatan dan ia dilakukan demi kepentingan rakyat negeri ini dan tidak seperti kerajaan sekarang yang hanya mementingkan kelompok tertentu," ujarnya.