GEORGETOWN - Krisis yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin rumit apabila beberapa pemimpinnya di negeri ini dihebohkan dikatakan akan meninggalkan parti itu.
Tanpa memberi alasan khusus mengenai punca khabar angin itu, beberapa sumber yang ditemui mengakui mendengar desas desus berkenaan sejak beberapa minggu lalu.
Mereka mendakwa, pemimpin yang terlibat termasuk beberapa wakil rakyat.
Ketika diminta mengulas perkara itu, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Law Choo Kiang mendakwa, itu mungkin satu lagi 'projek' Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR).
"Saya tak pernah dengar khabar angin ini. Ini mungkin satu lagi projek Barisan Nasional. Perang saraf untuk menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat di saat-saat kes mahkamah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim).... that is my comment (itu komen saya). Tq (terima kasih).”
Itulah jawapan Choo Kiang yang juga Exco Kerajaan Negeri menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) setelah beberapa kali panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab.
Menurut sumber, ada dalam kalangan pemimpin PKR negeri terasa kecewa kerana dipinggirkan daripada arus perdana parti walaupun banyak berkorban dan mencurahkan keringat untuk kemajuan dan kekukuhan parti selama ini.
“Saya tidaklah berani mengesahkan perkara itu tetapi berdasarkan cerita dari dalam parti memang ada perkembangan yang menarik dalam PKR. Kita hanya perlu tunggu sedikit masa lagi.
“Dalam politik macam-macam boleh berlaku. Hari ini jadi kawan, esok jadi lawan. Hari ini dalam parti, esok dah keluar parti. Semalam jadi ahli biasa, hari ini dah jadi pemimpin atasan.
Dalam politik semuanya mungkin. Jadi saya tidak hairan dengan apa yang dijangka berlaku. Dengar-dengar semuanya boleh dilihat menjelang Tahun Baru Cina iaitu kira-kira dua minggu lagi,” kata sumber itu ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.
Usaha menghubungi beberapa pemimpin PKR yang disebut-sebut akan meninggalkan parti itu melalui telefon tidak berjaya. Ada yang mematikan ter:us telefon bimbit meskipun mereka sebelum ini amat mudah dan pantas menjawab panggilan telefon. Tidak kurang juga yang membiark:an telefon berdering tanpa dijawab.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, antara yang mematikan telefon bimbitnya menyebabkan usaha untuk mendapatkan komen beliau sejak pagi semalam, gagal.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pula membiarkan telefonnya berdering tanpa berjawab.
Turut tidak menjawab panggilan, Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang.
Friday, January 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment