Wednesday, December 30, 2009
Adun Datuk Keramat malas turun padang jumpa rakyat
JALAN P RAMLEE – Isu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh yang dikatakan penduduk tidak turun padang masih :berterusan.
Terdahulu Sinar Harian menemui ADUN berkenaan bagi meminta penjelasan, namun penjelasan yang terpampang di akhbar masih belum memuaskan hati penduduk.
Kemungkinan geram dengan sikap Jagdeep yang masih tidak mahu turun padang, penduduk Jalan P Ramlee bersama Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah (Pekida) Daerah Timur Laut, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) bekerjasama mengadakan gotong-royong.
Pengerusinya, Sophian Mohd Zain berkata, gotong-royong yang melibatkan kira-kira lima hingga enam kilometer sepanjang kawasan P Ramlee itu sebagai langkah mengindahkan semula kawasan itu.
Menurutnya, penduduk bukan sengaja mahu mendesak Jagdeep namun mahu ADUN berkenaan sendiri mendalami masalah penduduk.
“Dalam laporan yang telah dibalas Jagdeep, semua penduduk yang memberikan penjelasan itu bukannya penduduk Jalan P Ramlee, dan sekali lagi kami tegaskan, ini adalah masalah Jalan P Ramlee dan bukannya Kebun Lama ataupun Kampung Masjid.
“Kami mahu ADUN ke sini, tetapi beliau hanya menuduh kami pula tidak turun padang bergotong-royong, tetapi kenapa apabila kami lakukan hari ini ramai yang turun tambahan lagi perbelanjaan yang digunakan adalah peruntukan dari kami sendiri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas mengadakan majlis gotong-royong itu.
Gotong-royong pertama kali yang dianjurkan penduduk Jalan P Ramlee itu disertai lebih 100 peserta dengan memfokuskan kawasan semak samun dan jalan persekitaran Sungai Pinang dan Jalan P Ramlee.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan penduduk Jalan P Ramlee mendesak supaya Jagdeep segera turun padang membantu masalah penduduk dan beliau didakwa tidak dikenali penduduk Jalan P Ramlee.
Namun seterusnya ADUN berkenaan membuat :lapo�ran kembali dalam akhbar ini bahawa beliau bersama Pas kawasan dan penduduk Datok Keramat menafikan dakwaan penduduk yang mengaitkan dirinya tidak pernah turun padang.
Malah beberapa ahli jawatankuasa lain juga turut menafikan dakwaan penduduk Jalan P Ramlee berkenaan.
Sementara itu, Mohd Ismail Hashim berkata, tugas Pekida tidak perlu dipertikaikan dalam menangani masalah penduduk.
Ini kerana Pekida meliputi seluruh kawasan Daerah Timur Laut termasuk Jalan P Ramlee.
“ADUN dan masyarakat setempat itu tidak perlu mempertikaikan kewibawaan saya dalam turut campur mengenai masalah di sini kerana saya adalah Pengerusi Pekida DTL,” katanya.
sumber : sinar harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment