Thursday, December 3, 2009

27 lawatan Exco PP dari Jan - Sept 2009 !! Ini pergi honeymoon ka ??



GEORGETOWN - ADUN Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamad mendakwa Ketua Menteri, Lim Guan Eng berbohong lagi apabila memberi jawapan yang tidak betul kepada pertanyaannya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, jawapannya yang diberi menyebut Timbalan Ketua Menteri 2, P Ramasamy membuat tiga lawatan keluar negara iaitu Jakarta, India dan Acheh.

“Ini adalah jawapan yang diberikan oleh Ketua Menteri. Sepatutnya, beliau kena memohon maaf kepada saya dan Dewan kerana memberi maklumat salah.

“Kenapa saya pula yang kena minta maaf kepada Ramasamy,” katanya ketika ditemui di luar Dewan ketika diminta mengulas permintaan Ramasamy yang mahunya berbuat demikian kerana mengeluarkan kenyataan salah.

Ramasamy kemudian bangun dan menjelaskan bahawa hanya pergi ke Jakarta dan India dan membatalkan lawatan ke Acheh.

Sehubungan itu, beliau mahu Jasmin menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepadanya kerana memberi maklumat dan gambaran yang salah kepada Dewan.

Jasmin kemudian menjelaskan bahawa maklumat itu dipetik daripada kertas jawapan yang diberikan oleh Ketua Menteri.

Sambil menyalahkan Ketua Menteri kerana memberi jawapan salah kepadanya, beliau menegaskan bahawa ADUN Air Putih itulah yang sepatutnya meminta maaf, bukan dirinya.

Sebelum itu, ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2010, Jasmin berkata sebanyak 27 lawatan dilakukan oleh Ahli Exco bermula dari Januari hingga September tahun ini membabitkan perbelanjaan hampir RM500,000.
Ia meliputi tiga lawatan oleh Ramasamy dan lapan lawatan Exco Pelancongan, Law Heng Kiang.

Menurutnya, lawatan itu tidak termasuk yang dilakukan oleh Guan Eng.

link
Guan Eng, Boon Poh perlu minta maaf

No comments:

Post a Comment