Tuesday, December 1, 2009

Amar Maaruf Nahi Mungkar tidak layak untuk Pulau Pinang


PULAU PINANG: Slogan 'Amar Maaruf Nahi Mungkar' tidak sesuai digunakan kerajaan negeri Pulau Pinang kerana pentadbiran negeri itu termasuk Ketua Menterinya Lim Guan Eng mempamerkan perilaku yang bertentangan dengan slogan itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan dari Barisan Nasional (BN) Shabudin Yahaya mendesak kerajaan negeri supaya tidak lagi menggunakan slogan itu.

"Lim tidak mencerminkan satu kelakuan yang bermoral apabila beliau membenarkan delegasi DAP di Perak untuk memijak gambar bekas pemimpin Pakatan Pembangkang...tindakan itu tidak beretika, tidak berbudaya dan seperti orang tidak beradat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perbuatan Ketua Menteri itu bukan sesuatu yang patut dicontohi rakyat dan tidak sepatutnya seorang pemimpin yang dipilih rakyat berbuat demikian, tegasnya.

Terdahulu, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2010 pada sidang Dewan Undangan Negeri, Shabudin telah meminta kerajaan negeri menarik balik slogan tersebut dan tidak menggunakannya lagi di masa hadapan.BERNAMA



No comments:

Post a Comment