MAK MANDIN - Kira-kira 70 baki penghuni di kawasan Rumah Hijau yang enggan menerima tawaran rumah di Ampang Jajar, protes di kawasan perumahan asal mereka bagi menuntut janji yang ditaburkan oleh Kerajaan Negeri sekarang.
Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Hijau Mak Mandin, A Tamil Salvan berkata, penduduk di kawasan itu bertegas untuk tidak berpindah dari kawasan petempatan asal dan hanya ingin Kerajaan Negeri menunaikan janji mereka untuk menempatkan mereka semula di kawasan itu.
Menurutnya, Kerajaan Negeri tidak sepatutnya melupakan janji mereka itu dan lepas tangan dalam isu ini kerana terdapat ramai penduduk yang kurang kemampuan di kawasan itu yang tidak mampu untuk berpindah ke rumah baru itu.
“Dalam perbualan telefon bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng, sebulan yang lalu mengenai perkara ini, Hock Seng memaklumkan sekiranya Kerajaan Negeri ingin membina perumahan kos rendah di kawasan asal, mereka perlu membayar RM6 juta.“Ia merupakan alasan baru, kini untuk mengelak dari menunaikan janji mereka, sebagai Kerajaan Negeri, mereka tidak patut mengelak lagi dengan memberi pelbagai alasan baru sebaliknya menyelesaikan isu ini dengan segera,” katanya ketika ditemui di kawasan perumahan itu selepas membuat protes bersama kira-kira 50 penghuni bagi menuntut janji kerajaan negeri itu, di sini, semalam.
Tamil berkata, hasil makluman dari penduduk yang telah menerima tawaran rumah oleh Kerajaan Negeri itu, mereka perlu berpindah keluar dari kawasan petempatan asal menjelang 31 Disember depan.
“Penduduk yang telah menerima tawaran rumah telah diminta untuk berpindah keluar pada 31 Disember ini, bagaimana pula dengan nasib penghuni yang belum dan enggan menerima tawaran rumah itu.“Adakah kami juga akan diusir keluar seperti penduduk Kampung Buah Pala? Penduduk yang menerima tawaran rumah itu juga menerima tawaran itu bukan secara rela tetapi selepas takut melihat keadaan penduduk Kampung Buah Pala yang diusir keluar dari petempatan asal mereka yang didiami sejak berpuluh tahun itu,” katanya.
Menurutnya, dengan tujuan menakutkan penduduk di kawasan itu, mereka telah menghantar surat tawaran untuk rumah atau pampasan pada hari yang sama Kampung Buah Pala dirobohkan.
“
Mereka menggunakan taktik psikologi, menakutkan rakyat dengan gambaran Kampung Buah Pala , bagi membolehkan penduduk di sini berpindah keluar secara aman.“Sekiranya, kami ingin berpindah dari sini, sudah tentu dari dulu lagi kami tidak menyokong Pakatan Rakyat (PR) yang hanya menabur janji palsu mereka untuk menempatkan semula kami di kawasan ini ,” katanya.Tamil berkata, sehingga sekarang, Kerajaan Negeri meminta mereka untuk datang berbincang tetapi apabila berbincang, tiada jalan penyelesaian yang memberi kebaikan kepada penduduk yang diputuskan sebaliknya keputusan yang berpihak kepada pemaju yang diputuskan.
“
Mereka hanya memberi pilihan kepada kami bukannya berbincang dengan kami untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak.Beliau berkata, penduduk yang belum menerima tawaran itu tekad dengan keputusan untuk kekal di kawasan itu meskipun apa juga yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri dan pemaju.
Sementara itu, seorang penduduk di kawasan itu, V Rathnama , 43, berkata, beliau yang menanggung suami dan tiga orang anak yang dua daripadanya masih lagi bersekolah tidak mampu untuk berpindah ke kawasan perumahan baru itu.
“Saya sendiri menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sering berulang alik ke hospital untuk menerima rawatan .
“Kami sekeluarga hanya bergantung harap pada wang ehsan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM300 dan pendapatan yang tidak seberapa hasil pekerjaan saya seorang tidak mencukupi untuk kami berpindah ke rumah baru itu, biar kami kekal di sini sahaja,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Rathnama berkata, suaminya, A Pannir Selvam, 48, pula menghidap penyakit HIV dan Aids serta tidak mampu bekerja, bagaimana kami sekeluarga mampu berpindah ke rumah baru.
“Anak saya masing-masing berusia 18, 16 dan 15 tahun pula bersekolah di kawasan Mak Mandin dan sekiranya kami berpindah ke Ampang Jajar, mereka perlu ke sekolah dengan menaiki bas sekolah, saya tidak mampu untuk membayar tambang bas sekolah.
“
Saya berharap Kerajaan Negeri prihatin kepada nasib malang kami dan membina perumahan kos rendah di kawasan ini seperti yang dijanjikan,” katanya.Dalam menyatakan sokongan kepada penduduk Rumah Hijau,
Ketua Pemuda MCA Bahagian Bagan, David Chua berkata, pihaknya kini hanya meminta Kerajaan Negeri menunaikan janji kepada penduduk di kawasan itu.
“Sekiranya mereka tidak pernah menabur janji, sudah tentu penduduk tidak akan sampai sehingga ke tahap protes untuk menuntut janji mereka itu.“Kerajaan Barisan Nasional pernah mengusahakan dahulu untuk tanah dengan tujuan membina perumahan kos rendah di kawasan asal ini bagi penduduk di kawasan, kenapa usaha itu tidak diteruskan oleh kerajaan sekarang,” katanya ketika ditemui di kawasan perumahan itu.
David berkata, sekiranya Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan persendirian dalam isu ini yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk menunaikan janji mereka kepada penduduk , mereka sepatutnya mengaku kepada khalayak umum.
“
Sekiranya, mereka tidak mampu untuk menunaikan janji, baik mereka mengaku , dan kita akan cuba untuk mengusahakan bantuan daripada Kerajaan Pusat demi penduduk di kawasan ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment