













PULAU PINANG: Polis Pulau Pinang hari Sabtu menafikan telah mengeluarkan kenyataan yang "membersihkan" nama kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung isu penyampaian bantuan kepada golongan fakir Islam di sebuah tokong Cina baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC II Wan Abdullah Tunku Said berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu kepada media semalam.
"Saya hanya menerangkan setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Negeri Phee Boon Poh berhubung isu penyebaran Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berkaitan penyampaian bantuan di tokong itu.
"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang membersihkan nama kerajaan negeri daripada melakukan kesalahan berhubung isu tersebut," katanya dalam kenyataan ringkas yang dihantar melalui SMS kepada media di sini.
Beliau mengulas untuk menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini kononnya polis telah "membersihkan" nama kerajaan negeri.
Sementara itu di BUTTERWORTH kerajaan Negeri perlu mengemukakan bukti atau memberi penjelasan kepada orang ramai jika tidak terlibat dengan urusan pemberian bantuan kepada fakir miskin di sebuah tokong Cina baru-baru ini.
Pengerusi Biro Tugas-Tugas Khas Pergerakan Pemuda Umno Tasek Gelugor, Wan Shakizar Wan Mohd Noor berkata, Kerajaan Negeri atau Exco Kebajikan, Phee Boon Poh perlu tampil dan tidak berselindung dengan kenyataan yang mengelirukan.
Beliau berkata bagaimana Kerajaan Negeri boleh menafikan tidak terlibat sedangkan pihaknya mendapati surat jemputan kepada penerima bantuan menggunakan kapala surat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Utara (SPU).
Menurutnya, surat itu juga menyebut sesiapa yang mempunyai masalah boleh menghubungi Phee Booh Poh untuk mendapat maklumat lanjut.
"JKM adalah sebuah agensi kerajaan dan pegawainya hanya menjalankan tugas dengan arahan Kerajaan Negeri. Saya yakin mereka tidak akan bertindak mengikut sesuka hati.
"Atau mungkin Kerajaan Negeri menganggap JKM adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Janganlah cuba mengelirukan orang ramai di sebalik agenda tertentu," katanya kepada media di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Boon Poh yang menyebut Kerajaan Negeri tidak terlibat dengan urusan pemberian bantuan itu sebaliknya dikendalikan oleh Pertubuhan Penganut Dewa Ling Hean Kong Hwa Kong Tai Te.
Wan Shakizar berkata kejadian itu bukanlah kali pertama berlaku di daerah SPU tetapi beberapa kali termasuk di Jalan Raja Uda.
"Kami kesal kerana mereka tidak pernah mengambil kira sensitiviti umat Islam dengan mengadakan pemberian sumbangan di tokong.
"Pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu tidak pernah berbuat demikian. Jika ada penerima bantuan terdiri daripada orang bukan Islam, majlis akan diadakan di dewan orang ramai dan bukan di surau," katanya.
Menurutnya, ramai penerima bantuan yang terdiri daripada orang Melayu melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu dan menganggap mereka terpedaya kerana Kerajaan Negeri menggunakan kapela surat JKM SPU.
"Berdasarkan maklumat, penerima terpaksa menunggu dari jam 9 pagi hingga 1 petang sebelum dapat bantuan kerana menunggu ketibaan Boon Poh.
"Mereka rasa tertipu kerana setelah menunggu lebih empat jam tetapi hanya menerima wang tunai RM10 dan sekampit beras," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta penerima bantuan JKM atau pertubuhan lain agar merujuk dengan pemimpin tempatan terlebih dahulu untuk mendapat kepastian dan mengelak daripada tertipu. BERNAMA
![]() |
Azhar Ibrahim menunjukkan salinan soalan dan jawapan yang dikemukakan oleh Lim Guan Eng pada Sidang DUN pada Ogos lalu sambil diperhatikan oleh semua 11 ADUN Barisan Nasional pada sidang akhbar di pejabat Perda, di Butterworth, semalam. |
BUKIT MERTAJAM 10 Nov. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng digesa memberi penjelasan berhubung status pemilikan tanah Lot 408 bersebelahan Hotel Eastern & Oriental di Georgetown yang didakwa telah ditukar oleh kerajaan negeri.
Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, sebagai orang nombor satu di Pulau Pinang, Guan Eng perlu tampil bercakap benar dan jujur selaras dengan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang kerap dilaungkan.
Tegasnya, semua wakil rakyat UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri ingin mengetahui kedudukan sebenar isu tersebut.
"Ia bukan satu perkara yang sukar, kalau ya kata ya, kalau tidak katakan tidak. Bukannya buat tak faham sahaja sedangkan isu ini telah dibangkitkan sebanyak dua kali.
"Semua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN bersedia untuk membahaskan perkara ini pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula tidak lama lagi, kita semua nak tahu perkara sebenar.
"Isu ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana rakyat telah diberi fakta yang tidak tepat pada sidang DUN lalu dan ia sepatutnya tidak berlaku di dalam dewan yang mulia itu, jangan sembunyikan apa-apa maklumat,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi menggesa Guan Eng menjelaskan perkara sebenar berhubung isu tanah itu di pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di sini hari ini.
Semalam ADUN Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, Ketua Menteri boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan DUN pada sesi dewan akan datang sekiranya didapati berbohong.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada 1 November lalu melaporkan, ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mendakwa Guan Eng menipu apabila menyatakan tiada pertukaran syarat guna tanah berlaku di antara April tahun lalu hingga Jun tahun ini.
Bagaimanapun, difahamkan, pentadbiran beliau telah meluluskan permohonan PDC Heritage Hotel Sdn. Bhd. untuk menukar jenis pegangan tanah di Lot 408, Georgetown daripada pegangan pajakan kepada pegangan kekal pada 3 Jun lalu.
Akhbar itu pada Khamis lalu juga melaporkan syarikat tersebut dengan kerjasama YTL Corporation Bhd. akan membina kondominium mewah dan restoran makanan laut di atas tanah tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, Ketua Menteri atau mana-mana wakil rakyat sekali pun perlu bertanggungjawab terhadap jawapan yang diberikan di dalam DUN.
Katanya, DUN sangat mulia dan merupakan tempat dasar-dasar kerajaan negeri digubal sekali gus maklumat yang diberi perlu tepat dan betul.
"Kalau sudah tahu ada kesilapan dibuat, maka adalah wajar bagi seseorang itu tidak kiralah siapa pun perlu bertanggungjawab, beritahu dan minta maaf.
"Kalau sengaja dilakukan dan enggan pula minta maaf ia adalah satu kesilapan, individu itu boleh dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan dan terpulanglah tindakan selepas itu,'' ujarnyaJawapan Guan Eng pula ialah kerajaan negeri bersetuju memperkenalkan satu dasar berkaitan status pegangan tanah iaitu membenarkan tanah-tanah milik yang berstatus pajakan dipanjangkan tempoh pegangan seperti berikut:-
Tanah-tanah industri kepada 99 tahun, tanah-tanah komersial kepada 99 tahun dan tanah-tanah kediaman kepada pegangan kekal.
Bagaimanapun, difahamkan, pentadbiran di bawah Guan Eng telah meluluskan permohonan PDC Heritage Hotel Sdn. Bhd. untuk menukar jenis pegangan tanah di Lot 408, Seksyen 19, Georgetown daripada pegangan pajakan kepada pegangan kekal pada 3 Jun lalu.
Ruangan bisnes akhbar Inggeris tempatan itu pada Khamis lalu juga melaporkan bahawa syarikat PDC Heritage Hotel Sdn. Bhd. dengan kerjasama YTL Corporation Bhd. akan membina kondominium mewah dan restoran makanan laut menghadap laut di tanah bersebelahan Hotel E&O di Lebuh Farquhar di sini.
Apa maksudnya? Tanah-tanah kediaman kepada pegangan kekal? Kondominium mewah? Bagusnya khalifah ini, melayu cuma dibagi beras sekampit dan tambahan wang elaun guru kafa RM 50 tetapi siapa yang beli rumah di penang akan dapat status pegangan kekal. Agak-agaklah siapa yang beli tanah di PULAU PINANG? Melayu ke yang ramai beli? atau Melayu tak beli langsung. Bijak-bijak........sumber : pemuda padang rengas
PULAU PINANG 7 Nov. - Kerajaan Persekutuan kecewa dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang yang enggan bekerjasama dengan agensi pusat di negeri itu terutamanya dalam urusan memberikan kelulusan terhadap sesuatu projek yang telah dirancang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pihaknya menerima aduan daripada beberapa agensi mengenai sikap kerajaan negeri yang tidak bekerjasama terutamanya apabila ia melibatkan pembangunan tanah di negeri itu.
"Mesyuarat Majlis Tindakan Kerajaan Persekutuan bagi Pulau Pinang sering mendengar aduan daripada agensi persekutuan terutamanya berkaitan dengan proses mendapatkan kelulusan tanah dan ini amat tidak baik kerana ia boleh menjejaskan pembangunan yang dirancang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat berkenaan di sini.
Katanya, antara agensi yang menghadapi masalah sedemikian ialah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang mengadu permohonannya untuk menukar syarat guna tanah milik agensi itu tidak mendapat sebarang maklum balas daripada kerajaan negeri walaupun ia sudah lama dikemukakan.
"Perda telah membuat permohonan untuk memajukan beberapa bidang tanah tetapi tidak mendapat maklum balas dari kerajaan negeri dan perkara ini dikatakan menjadi halangan kepada pembangunan yang dirancang untuk manfaat rakyat di kawasan luar bandar," katanya.
Nor Mohamed berkata, seharusnya kerajaan negeri memberikan layanan yang sama dan adil kepada semua agensi tanpa mengira sama ada ia agensi pusat, negeri mahupun swasta.
Katanya, kelewatan memberikan kelulusan akan menimbulkan pelbagai kesan antaranya merencatkan pembangunan yang dirancang untuk golongan sasar dan kos projek meningkat.
Menurutnya, beliau sendiri telah berjumpa dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung perkara ini dan menyerahkan salinan dokumen berkaitan tetapi masih tiada perkembangan sehingga kini.
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Pulau Pinang dapat memberikan pertimbangan segera terhadap permohonan agensi terbabit termasuk Perda.
"Mereka (kerajaan negeri) kena cepat buat keputusan dan tak bolehlah buat seperti (tidak layan permohonan) hanya kerana ia adalah agensi pusat. Saya sedih dan kecewa dengan keadaan ini dan nampak mereka tidak adil.
"Kalau kerajaan negeri tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan persekutuan, mungkin dalam hal-hal lain kerajaan persekutuan pula tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri dan ini akan merugikan kedua-dua pihak," katanya.
Pada perkembangan lain, Nor Mohamed berkata, peranan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri telah diberi nafas baru untuk memastikan semua perancangan projek pembangunan berjalan mengikut jadual.
"Suatu masa dahulu, ICU hanya bertindak sebagai penyelesai masalah bagi mana-mana projek yang tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan tetapi kemudiannya peranan itu dikurangkan kepada pemantau kerana banyak agensi lain terlibat.
"Bagaimanapun, baru-baru ini Perdana Menteri mengumumkan ICU perlu memainkan peranan lamanya semula termasuk membuat keputusan segera bagi projek-projek yang bermasalah. Kita (ICU) perlu selesaikan masalah, buat keputusan dan pastikan projek berjalan," katanya. - Bernama
Komen Pb
Sebagai rakyat PP , jika beginilah sikap kerajaan sosialis DAP PP terhadap pembangunan yang hendak dilakukan oleh kerajaan persekutuan , maka elok lah selepas ini tak payah buat projek pembangunan lagi di sini .
Kalau PERDA sebuah agensi kerajaan yang diwujudkan untuk membantu Bumiputra di PP nak buat projek pembangunan untuk faedah Melayu PP pun dihalang oleh Guan Eng, memang nampak sangat kerajaan sosialis DAP PP ini mempunyai agenda untuk biarkan Melayu terus dipinggirkan dan jadikan bangsa ini mundur seperti berlaku di Singapura.
Kalau dulu zaman BN , Perda dan agensi kerajaan lain mudah untuk membuat projek pembangunan untuk Melayu PP tetapi kini habuk pun tarak . Semua projek nak buat kena lalu Si Kafir harbi Lim Guan Eng ini !!! Celaka betul dia ni , nak perjahanamkan orang Melayu PP .Sudah lah tanah wakaf nak dibangunkan MAIPP disekat , kini projek pembangunan oleh kerajaan persekutuan juga turut disekat !!!
Orang Melayu PP harus sedar ,
Lim Guan Eng kini cuba sekat bantuan untuk orang Melayu oleh kerajaan Pusat ..
Guan Eng dilihat cuba balas dendam kepada orang MELAYU yang majoriti menyokong BN yang menguasai 11 kerusi DUN PP
Ini lah Nasib Melayu PP ..Semakin dipinggirkan !!
sumber : Pejuang bangsa
NIBONG TEBAL 31 Okt — Dua anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang cedera selepas seorang pembonceng motosikal membaling batu ke arah kereta pacuan empat roda mereka di Jalan Sungai Bakap di sini hari ini.
Ketua Polis Seberang Perai Selatan (SPS) ACP Supt Shafien Mamat berkata pemandu kereta peronda JPJ Nur Suhaimi Kamarudin, 27, mengalami kecedaran parah di muka akibat terkena batu dan serpihan kaca manakala rakannya Ruzaizul Ahmad, 29, cedera ringan.
"Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu kedua-dua anggota JPJ berkenaan sedang melakukan rondaan dari Simpang Ampat ke Sungai Bakap sebelum di serang oleh dua lelaki menaiki motosikal.
"Dua lelaki dari arah bertentangan itu tiba-tiba bertindak membaling batu menyerupai saiz batu bata ke arah cermin hadapan pacuan empat roda berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Shafien berkata ekoran balingan itu, Nur Suhaimi gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan berkenaan.
Katanya pembonceng motosikal itu kemudian bertindak membaling batu sebelum memecut laju ke arah laluan Simpang Ampat.
Shafien berkata berdasarkan maklumat awal, kedua-dua lelaki itu berusia dalam lingkungan 20an dan berkulit gelap.
Katanya Nur Suhaimi menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya dan keadaannya kini dilaporkan stabil manakala Ruzaizul dirawat di Hospital Sungai Bakap.
Katanya polis masih menyiasat motif sebenar kejadian berkenaan dan tidak menolak kemungkinan ia didalangi tonto atau pihak yang tidak berpuas hati dengan aktiviti penguatkuasaan JPJ.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah SPS di talian 04-58244222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
— BERNAMA
Ulasan
Ini mesti kerja tonto yang diupah oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan operasi JPJ di sekitar Seberang Perai selama sebulan lebih ini . Operasi JPJ ini kebanyakkan menahan lori -lori yang membawa lebih muatan dan ini mungkin menjejaskan pendapatan mereka .
Kita kalau nampak kenderaan JPJ mesti akan lihat 2 motorsikal LC atau RXZ akan mengikuti mereka dibelakang sambil membawa walkie talkie . Harap polis dapat menangkap mereka yang bertanggujawab dalam hal ini ke muka pengadilan .