Friday, May 28, 2010

Inisiatif Pulau Pinang Bersih tidak peduli keselamatan pekerja - CAP


PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alu usaha kerajaan negeri Pulau Pinang melancarkan Inisiatif Pulau Pinang Bersih dan Hijau.

Inisiatif ini walaupun sudah lama terlewat memandangkan alam sekitar Pulau Pinang semakin merosot, ia merupakan langkah positif ke arah untuk mengembalikan semula keindahan Pulau Pinang yang telah hilang.

Bagaimanapun, seperti mana yang disiarkan dalam akhbar The Star, 24 Mei 2010, kerajaan negeri dilihat mengorbankan nilai asas manusia dalam usaha untuk menghasilkan alam sekitar yang lebih baik bagi rakyatnya.

Gambar itu turut disertakan bersama dengan artikel Get involved in cleanliness campaign, urges CM, menunjukkan dua lelaki dikelilingi oleh sisa hitam tebal separas dada dengan segala macam sampah yang reput dan terapung dalam usaha mereka untuk membersihkan saliran Prangin.

Kami mempersoalkan bagaimana dua pekerja ini dibenarkan melakukan tugas yang amat teruk ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Lalu Lintas dan Kerajaan Tempatan Negeri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, yang mengetuai inisiatif itu. Kami amat terkejut dengan sikap yang tidak mempedulikan sepenuhnya kesihatan atau keselamatan pekerja ini.

Sebagai ganti menggunakan jentera yang sesuai untuk membersihkan sisa buangan daripada saliran itu, dua pekerja itu melakukan kerja secara biasa dalam keadaan kotor dan busuk serta sebahagian badan ditenggelami oleh sisa yang busuk sehingga ke paras dada.

Ini jelas menunjukkan tiadanya kepekaan dan keprihatinan terhadap keselamatan, nyawa dan kesihatan mereka.

Malah mereka tidak disediakan dengan sebarang bentuk peralatan perlindungan diri bagi memastikan mereka selamat daripada potensi jangkitan daripada mikroorganisme berbahaya yang amat banyak yang biasanya ditemui dalam keadaan yang kotor seperti itu.

Sisa buangan itu juga turut dipenuhi dengan pelbagai pencemaran bukan organik seperti logam berat dan bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka panjang, di mana mereka juga tidak dilindungi terhadapnya.

Keadaan seperti itu juga sesuai bagi membebaskan gas toksik dan mudah terbakar seperti metana dan karbon dioksida oleh mikroorganisme melalui cara proses penghadaman anaerobik.

Tidak diragui lagi bahawa pekerja ini akan menyedut gas ini ketika bekerja memandangkan mereka tidak dilindungi oleh peralatan perlindungan pernafasan.

Prosedur kesihatan dan keselamatan pekerjaan paling asas tidak diawasi oleh kerajaan negeri.

Bagaimana majikan lain akan melayan pekerja mereka di Pulau Pinang apabila modal manusia merupakan nadi utama kita?

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan negeri untuk menunjukkan kepada sektor pengeluaran dan pekerja lain bagaimana pekerja perlu dilayan dengan bermaruah dan mengamalkan serta mendukung amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk mereka.

CAP menggesa kerajaan negeri melaksanakan nilai asas manusia dalam sikapnya terhadap pekerja mereka dan melaksanakan tugas mempromosikan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Rakyat Pulau Pinang mahukan Pulau Pinang yang hijau dan bersih tetapi bukan dengan membelakangkan kesihatan dan keselamatan pekerja kita.

SM MOHAMED IDRIS

Presiden

Wednesday, May 26, 2010

Jadikan kafe Do Re Mi iktibar , ahli PKR sendiri ppun ditindas Guan Eng



Johar Ismail (dua kanan) bersama pelancong asing, Sarah Mullins (kiri), Jesus Montelengo Harrero dan Mohd. Salleh Yahaya berdiri di kafe atas pokok tanda bantahan usaha meroboh kafe tersebut di Tanjung Bungah, semalam.











PULAU PINANG 25 Mei - Pemilik kafe Do Re Mi, Johar Ismail, 34, menasihatkan para pengundi khususnya golongan muda menjadikan nasib yang menimpa dirinya sebagai pedoman untuk membuat pilihan yang tepat dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, dia tidak mahu disebabkan terpedaya dengan 'mulut manis' pemimpin parti politik, pengundi muda membuat keputusan yang boleh menyebabkan mereka kesal dan kecewa di kemudian hari.

Ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menambah, kepincangan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang dalam menyelesaikan masalah peniaga kecil Melayu sepertinya boleh dijadikan contoh untuk menilai parti politik yang benar-benar ikhlas dan mampu membela nasib rakyat.

Menurutnya, para pemimpin Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sendiri tidak mampu membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya walaupun kecil disebabkan DAP menguasai sepenuhnya pemerintahan kerajaan negeri.

"Para pemimpin PKR dan Pas sendiri mengakui sukar untuk mencampuri urusan bagi menyelesaikan masalah saya kerana DAP menguasai pentadbiran kerajaan negeri.

"Ini kerajaan pakatan pembangkang tetapi jelas dapat dilihat DAP mendominasi pemerintahan.

"Saya harap para pengundi muda fikirlah banyak kali sebelum membuat pilihan parti yang mahu disokong," katanya pada sidang akhbar di depan kedainya di Tanjung Bungah di sini hari ini.

Januari lalu, anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bertindak merobohkan kafe Do Re Mi yang telah diusahakan selama lapan tahun atas alasan menceroboh tanah rizab pantai.

Bagaimanapun, hanya sebahagian daripada premis tersebut berjaya dirobohkan selepas campur tangan pelbagai pihak dan kerja-kerja tersebut ditangguhkan sementara waktu.

Johar kerugian kira-kira RM50,000 akibat perobohan tersebut dan sejak lebih empat bulan lalu dia masih tidak mempunyai sumber mata pencarian mencukupi bagi menampung keluarganya.

Terbaru, jelas Johar, dia menerima notis daripada Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut bertarikh 20 Mei lalu supaya mengosongkan premis berkenaan selewat-lewatnya esok.

Pada sidang akhbar berasingan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP), Syed Hassan Syed Ali Aidid berkata, satu pertemuan telah diatur pada Khamis ini antara pihak-pihak terbabit bagi mencari jalan penyelesaian terakhir.

"DPMMPP telah memohon dan mengesyorkan agar perobohan ke atas kafe Do Re Mi yang dijadualkan esok ditangguhkan buat kali terakhir bagi memberi ruang supaya satu perbincangan dapat diadakan.

"Perbincangan tersebut melibatkan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman; DPMMPP dan pemilik kafe Do Re Mi untuk mencari satu penyelesaian muktamad terhadap masalah ini," ujarnya.

Thursday, May 20, 2010

Guan Eng lepas tangan tuduh Perda punca berlaku banjir


PULAU PINANG 19 Mei - Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Datuk Azhar Ibrahim membidas sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana menyalahkan badan tersebut berikutan banjir kilat yang berlaku di sebuah taman perumahan di Balik Pulau semalam.

Menurut Azhar, Guan Eng sepatutnya menghulurkan bantuan kepada penduduk terlibat dan bukannya menuduh pihak lain sebagai punca berlaku bencana tersebut.

Beliau menambah, arahan kerajaan negeri supaya Perda menghentikan projek berdekatan taman berkenaan sehingga sistem perparitan diperbaiki hanya akan merencatkan pembinaan rumah untuk rakyat termiskin.

"Bila dihentikan kerja pembinaan 216 buah kediaman kos rendah ini, bermakna ia menyusahkan rakyat untuk memiliki rumah mengikut jadual. Ini menunjukkan dia (Guan Eng) tidak prihatin dengan golongan miskin khususnya orang Melayu, ini kerajaan zalim yang menindas rakyat.

"Sepatutnya dia membantu rakyat dan memudahkan kerja-kerja Perda, sekarang ini dia menyusahkan rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Guan Eng bahawa projek perumahan Perda yang sedang dalam pembinaan berdekatan Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang menjadi punca berlaku banjir kilat di kawasan perumahan itu semalam.

Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah mengeluarkan arahan supaya Perda memberhentikan kerja-kerja berkenaan sehingga sistem perparitan dibaiki.

MPPP mendakwa saiz sistem perparitan tersebut telah ditukar kepada yang lebih kecil oleh Perda.

Azhar menafikan sistem perparitan di tapak projek berkenaan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Beliau berkata, banjir tersebut berlaku disebabkan projek milik Perda belum siap sepenuhnya.

"Taman ini terletak bersebelahan projek Perda yang masih dalam pembinaan, parit pun belum sempurna dan banyak sisa binaan serta sampah sarap.

"Kebetulan pula hujan lebat luar biasa, tidak mustahil boleh berlaku banjir," tegasnya.

Jelasnya, buat masa ini Perda masih meneruskan kerja-kerja pembinaan kerana belum menerima sebarang notis bertulis daripada MPPP.

habis.

Sunday, May 16, 2010

Guan Eng takut kebenaran diketahui rakyat, halang UMNO guna dewan untuk ceramah

Guan Eng takut Zahrain dedahkan kebenaran
siapa sebenar beliau kepada rakyat

PULAU PINANG 15 Mei - Mungkin takut kebenaran diketahui rakyat, kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan kebenaran menggunakan Dewan Kongsi di Balik Pulau di sini bagi program Pentas Pemuda UMNO yang sepatutnya berlangsung malam ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam adalah antara pemimpin yang menyampaikan ceramah pada program tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau, Aziaan Ariffin berkata, beliau amat terkejut apabila dimaklumkan oleh pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya bahawa kebenaran yang diberikan telah dibatalkan.

Katanya, pegawai tersebut menjelaskan bahawa tindakan itu dibuat atas arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan dua pemimpin lain yang meminta pihaknya membatalkan kebenaran menggunakan dewan tersebut untuk program Pentas Pemuda yang telah diberikan, semalam.

''Saya amat kecewa apabila dihubungi pegawai tersebut pukul 9 pagi tadi. Dia kata telah diarahkan Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri, Abdul Malik Kassim untuk membatalkan kebenaran menggunakan dewan tersebut.

''Adakah ini yang dinamakan kebebasan bersuara yang mereka laungkan sebagai dasar kerajaan negeri? Saya rasa ia amat bertentangan. Matlamat untuk menyatakan kebenaran disekat hanya kerana amalan dwi standard," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Peniaga Melayu kecewa penindasan Guan Eng

PULAU PINANG 14 Mei - Badan Bertindak Rakyat Tertindas Pulau Pinang menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan wakil rakyat pakatan pembangkang seperti kacang lupakan kulit.

Pengerusinya, Mohd. Rashidi Salim berkata, ini apabila kerajaan negeri pimpinan Guan Eng berterusan mengabaikan nasib rakyat terutama orang Melayu yang telah membantu mereka menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, sehingga hari ini, permintaan golongan peniaga Melayu seperti pemilik kafe Do Re Mi untuk bertemu dengan kerajaan negeri bagi membincangkan masalah yang dihadapi mereka langsung tidak diendahkan.

''Mengapa kafe yang diusahakan dan tidak mengganggu lalu lintas hendak dirobohkan sedangkan pada masa sama gerai yang didirikan di tepi-tepi jalan contohnya di sekitar Batu Feringghi langsung tidak dikenakan tindakan.

''Majoriti kami merupakan penyokong pakatan pembangkang dan kami jugalah yang bantu menjatuhkan kerajaan BN, namun selepas menang pilihan raya umum lalu mereka langsung tidak pedulikan masalah kami.

''Jika permintaan kami untuk berbincang tidak dipenuhi dan tidak dapat diselesaikan, sebagai rakyat yang mempunyai kuasa serta suara keramat, kita akan selesaikan di peti undi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama 20 orang dengan melekatkan kertas berbentuk hati yang tertulis 'Broken heart with CM' di baju, menyerahkan watikah rakyat tertindas kepada Guan Eng dan diterima Pembantu Khasnya, Ong Beng Huat.

Tambahnya, dalam isu kafe Do Re Mi, kerajaan negeri sepatutnya menyokong usaha pemiliknya kerana pada masa sama ia turut mempromosikan seniman agung kelahiran negeri ini, Tan Sri P. Ramlee kepada pelancong.

Dalam pada itu, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Jaffar Osman mendakwa, Ketua Menteri seorang yang mengamalkan perkauman kerana sehingga hari ini enggan bertemu dengan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

''Sudah banyak kali minta untuk jumpa dan bincang masalah yang dihadapi pengusaha Melayu, saya bukan hendak ugut tapi sekadar memberi peringatan bahawa kesabaran kami ada hadnya, jangan sampai ia melebihi had itu.

''Ketua Menteri semasa pilihan raya umum lalu berkempen sampai ke rumah saya minta kita sokong beliau, namun apabila sokongan itu sudah diberi Guan Eng pula buat-buat tidak kenal pula," ujarny

Saturday, May 8, 2010

Peniaga Melayu tidak puas hati Guan Eng hina peniaga

PULAU PINANG 7 Mei - Berang dengan tindakan kejam kerajaan negeri kepada peniaga Melayu di negeri ini, sekumpulan peniaga hari ini mengadakan perhimpunan secara aman berhampiran Masjid Simpang Enam di sini bagi melahirkan perasaan tidak puas hati mereka.

Selain membawa sepanduk mengutuk perbuatan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, enam peniaga yang menyertai perhimpunan itu turut membawa replika manusia yang diibaratkan seperti 'Guan Eng'.

Seorang daripada mereka kemudiannya 'menyebat' patung tersebut sebagai simbolik hukuman yang dikenakan terhadap ketua menteri itu terhadap tindakan yang dilakukan kepada peniaga Melayu.

"Hukuman orang yang membuat fitnah dan zalim kepada rakyat adalah sebat menurut hukum Islam.

"Mana janji-janji yang dia (Guan Eng) taburkan semasa pilihan raya lalu? Yang dilakukannya hanya penindasan dan kekejaman," kata lelaki tersebut sambil menyebat patung tersebut beberapa kali.

Pihak polis yang berada di kawasan tersebut kemudiannya menghampiri kumpulan berkenaan dan meminta mereka beredar kerana ia diadakan tanpa permit.

Kumpulan tersebut akur dan beredar dari kawasan itu hanya lima minit selepas ia dimulakan.

Sementara itu, wakil peniaga-peniaga Melayu itu, Ramli Ismail, 57, berkata, beliau dan beberapa kawannya sudah tidak mampu lagi menahan perasaan mereka apabila melihat tindakan Guan Eng yang secara berterusan menindas peniaga Melayu.

Beliau mendakwa, tindakan yang dilakukan Guan Eng juga telah memecahbelahkan rakyat di negeri ini sehingga timbulnya perasaan kurang senang rakyat terhadap kaum yang lain.

Katanya, perkara itu jika dibiarkan berterusan boleh mengganggu dan merosakkan keharmonian kaum yang terjalin sejak sekian lama di kalangan rakyat negeri ini.

"Dulu kami dapat hidup aman damai tanpa berlaku sebarang pertelingkahan tetapi ia semakin berubah sejak di bawah pemerintahan Guan Eng.

"Dia telah menjadikan isu roboh ini isu perkauman sehingga kehidupan kami tidak tenteram lagi," kata Ramli lagi.

Friday, May 7, 2010

Kerajaan negeri DAP sokong Mak Nyah di PP


Mulai Isnin minggu depan, Penulis akan membuat audit di Pulau Mutiara selama dua minggu. Apabila membaca keratan akhbar di atas, hati menjadi risau dan gundah gulana. Penulis akan ke satu tempat di mana ADUNnya adalah penyokong dan pembela 10,000 golongan Mak Nyah di sana. Wow! hebat betul ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Tak salahlah selama ini apabila Penulis berpendapat golongan Pakatan Haram adalah penyokong tegar golongan peliwat.

Oh ya! Kita jangan lupa. ADUN DAP ini juga yang merupakan MPPP Councillor telah meminta di dalam mesyuarat MPPP supaya diambil tindakan segera merobohkan gerai-gerai Melayu di Tanjung Tokong tidak berapa lama dulu. Kebanyakan golongan Mak Nyah (bukan semua) terlibat di dalam aktiviti kurang bermoral di rumah-rumah urut. Adakah ADUN berkenaan benar-benar prihatin dengan nasib golongan tersebut atau sekadar melindungi satu aktiviti perniagaan dan pelaburan yang memberikan pendapatan lumayan kepada pihak-pihak tertentu di Pulau Pinang? Fikir-fikirkanlah.

Apabila seorang Ahli Parlimen Australia, Micheal Danby menyokong secara terbuka Anwar Ibrahim, juak-juak PAS begitu gembira dan melalak di ruangan-ruangan maya walaupun mereka sedari Ahli Parlimen Australia yang menyokong Anwar adalah seorang GAY yang memperjuangkan Golongan GAY Australia. Malah dengan lebih teruk lagi apabila Michael Danby ini merupakan ketua Yahudi Australia. Apabila ADUN Tanjung Bungah, Teh Yeh Chew, prihatin dengan nasib Mak Nyah di Pulau Pinang, apa pulak kata pengikut-pengikut Pakatan Haram? Yang pasti ... Takebeer!

sumber :cucu tok selampit

Thursday, May 6, 2010

Guan Eng gagal tarik pelaburan ke PP !!




Ketua Menteri Pulau Pinang didesak agar membentangkan perolehan dan perbelajaan suku pertama 2010 memandangkan pelaburan luar ke Pulau Pinang menyusut dari RM10.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM2.2 bilion pada tahun 2009. Malah misi pelaburan kerajaan negeri ke luar negara yang sangat kerap iaitu sebanyak 15 kali terutama ke Singapura berbanding tempoh Guan Eng menjawat jawatan Ketua Menteri juga tidak mendatangkan banyak hasil kepada pelaburan negeri .

Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata di sidang DUN semalam , walaupun pelaburan sebanyak RM10.2 bilion diperoleh pada 2008, iaitu ketika pakatan pembangkang memerintah negeri, pelaburan berkenaan sebenarnya telah dibawa masuk oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Mereka juga kata akan bawa masuk pelaburan berjuta ringgit ke negeri ini melalui beberapa perjanjian yang telah dimeterai dengan beberapa negara "

"Betulkah pelaburan itu dapat dibawa masuk atau semata-mata perjanjian atas kertas kerana dari segi pengalaman saya, tidak semua perjanjian itu mampu membawa pelaburan, ada yang gagal," katanya.

Selain itu, Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim juga mendakwa berdasarkan kepada data yang diperoleh iaitu pelaburan negeri PP menurun cukup banyak sehingga 80 peratus tahun lalu.Menurutnya, jumlah yang dicatatkan itu lebih rendah berbanding dua negeri lain yang berada di bawah pemerintahan pembangkang iaitu Kedah yang mencatatkan penurunan pelaburan sebanyak 50 peratus dan Selangor 42 peratus tahun sama.


'Kita sedar bahawa kemelesetan ekonomi yang berlaku tahun lalu dialami oleh semua negara, namun, apa usaha yang dilakukan kerajaan negeri untuk memujuk syarikat-syarikat yang ingin keluar dari negeri ini supaya mereka tidak berbuat demikian?

''Mereka perlu pergi berjumpa kilang-kilang ini, ambil tahu masalah mereka dan cuba beri insentif yang lebih baik supaya kilang-kilang ini terus berada di Pulau Pinang. Inilah yang perlu diambil berat dan bukannya berlumba-lumba pergi ke luar negara cari pelaburan yang belum tentu ada hasil.



Kegagalan Guan Eng menarik pelaburan ke PP semakin menarik bila Penolong Setiausaha GERAKAN Pulau Pinang, Goh Kheng Sneah menggesa Lim Guan Eng melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Bagan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran negeri.



Penurunan pelaburan menurut Goh jelas menunjukkan beliau tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai ketua menteri kerana mengikut sumber yang saya ada, sejak Guan Eng menjadi ketua menteri, 15 kali beliau ke luar negara atas alasan ingin mencari pelabur luar masuk ke Pulau Pinang.

“Kalau betul beliau ke luar negara untuk tujuan itu, kenapa pelaburan di sini menurun? Saya juga dapat maklumat beliau ke luar negara dengan membawa isteri dan keluarganya, kalau betul pergi atas tujuan untuk mencari pelabur luar, apa gunanya bawa keluarga dan isterinya sekali?,” katanya kepada media, semalam.


Menurutnya, penurunan itu adalah penanda rakyat Pulau Pinang berada dalam zon bahaya dan 2010 dijangka menyaksikan penurunan yang lebih ketara berikutan penolakan Kerajaan Negeri terhadap pelaburan RM10 bilion atas alasan kekurangan tenaga mahir.

Tindakan menolak pelaburan itu adalah tidak wajar dan kurang bijak kerana menolak pelaburan bernilai RM10 bilion yang dilihat mampu memulihkan keadaan pelaburan di negeri ini dengan alasan yang tidak munasabah.

“Beliau tidak sepatutnya memberi alasan bahawa Pulau Pinang kekurangan tenaga mahir untuk tidak menerima RM10 bilion kerana ia dilihat tidak adil kepada rakyat di Pulau Pinang sedangkan ketika perindustrian mula memasuki Pulau Pinang pada awal tahun 70-an, masa itu juga kita tiada tenaga mahir,” katanya.

Kheng Sneah turut mencabar Guan Eng untuk mengeluarkan jumlah pelaburan terbaru iaitu pada tahun 2010 berikutan jumlah pelaburan terkini iaitu bagi bulan Januari dan Februari 2010 adalah RM100 juta.

“Jangan tanya saya di mana saya dapat jumlah ini kerana apa yang lebih penting, saya cabar Guan Eng memberikan berapa jumlah pelaburan sebenar untuk tahun ini dan kalau betul beliau berkata pelaburan di Pulau Pinang stabil, buktikan kepada saya.

“Saya juga cabar beliau buktikan bahawa jumlah yang saya berikan ini adalah salah dan beliau mestilah memberikan jumlah yang sebenar kerana rakyat perlu tahu bagaimana keadaan pelaburan di sini,” katanya.



Nampaknya Guan Eng diktator yang dikatakan pemimpin bijak , integriti , khalifah Umar Abd Aziz la dan segala macam gelaran sebenarnya gagal membawa pelaburan ke negeri antara yang termaju di Malaysia . Dahulu selepas menang sahaja bukan main lagi cakap besar yang " kita kerajaan Pakatan Rakyat akan menarik banyak pelabur-pelabur ke PP " tetapi sekarang habuk pun tarak . Guan Eng dok pi luar negara itu semua sign MOU kosong saja ..


Persoalannya di sini , kalau negeri Kedah yang ditadbir oleh Ustaz Azizan PAS pun mencatat penurunan 50 % pun, ini negeri hebat dan maju seperti PP malah ditadbir pulak Khalifah kesayangan PAS nampak lagi teruk penurunanya . Ini bermakna pentadbiran Guan Eng adalah 50 kali teruk la daripada kerajaan PAS kedah .

PB yakin penurunan teruk peratusan pelaburan ini adalah disebabkan dasar-dasar kerajaan negeri Pakatan yang mengantikan dasar-dasar kerajaan BN duilu itu sendiri menyebabkan pelabur tidak berminat melabur . Kita lihat sudah 2 tahun Guan Eng memerintah PP tetapi mereka gagal membawa kemakmuran ekonomi lebih baik kepada rakyat .

Ini baru memerintah sebuah negeri pun sudah gagal , macamana mahu perintah negara . Itu pun ada angan-angan mahu tawan Putrajaya .

Saturday, May 1, 2010

Sudah lah nak roboh kedai melayu , Guan Eng fitnah lagi kafe Do Re Mi adalah Beach Bar !!


PULAU PINANG 30 April - Pemilik kedai makan atas pokok yang diberi nama Kafe Do Re Mi, Johar Ismail hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana didakwa memfitnahnya dengan menyatakan premisnya itu merupakan sebuah bar.

Johar, 34, yang ditemani beberapa rakannya membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Jalan Patani di sini kira-kira pukul 3 petang.

Dalam laporan itu, Johar mendakwa Guan Eng telah memfitnahnya menerusi kenyataan kepada akhbar Konsep Era Pakatan bertarikh 19 Mac hingga 4 April lalu dengan menyatakan bahawa kafe miliknya itu adalah sebuah bar iaitu Do Re Mi Beach Bar.

Ketika ditemui di luar balai polis tersebut kata Johar, kenyataan Guan Eng bukan sahaja menjatuhkan maruahnya dan keluarga, malah merupakan satu fitnah besar yang akan menimbulkan syak wasangka dan was-was seluruh umat Islam terhadap kafe yang diusahakannya selama ini.

''Sebagai seorang pemimpin di negeri yang kecil seperti Pulau Pinang, beliau boleh datang dan melihat sendiri apa yang saya lakukan di Kafe Do Re Mi dan bukannya mengeluarkan kenyataan palsu yang berunsur fitnah seperti itu.

''Saya rasa isu ini dikeluarkan bertujuan mengurangkan rasa simpati rakyat Malaysia beragama Islam terhadap saya. Ia supaya bila kerajaan negeri merobohkan Kafe Do Re Mi, mereka tidak lagi bersimpati dan merasakan tindakan Guan Eng wajar kerana saya membuka bar di tepi pantai.

''Demi maruah saya dan keluarga, saya membuat laporan hari ini untuk menyangkal dakwaan tersebut. Saya juga meminta dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia apabila membaca sesuatu berita, sila semak kesahihannya terlebih dahulu. Jangan mempercayainya bulat-bulat," katanya.

Johar merupakan satu-satunya pemilik kedai makan atas pokok yang terletak di kawasan pantai Tanjung Bungah di sini.

Menurut Johar, beliau akan sedaya upaya mempertahankan kafe miliknya itu walaupun arahan untuk merobohkannya telah dikeluarkan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman baru-baru ini.

Dalam arahannya, Mansor turut mengesahkan antara gerai yang akan dirobohkan bermula esok adalah Kafe Do Re Mi di Tanjung Bungah dan Three N Ikan Bakar di Bukit Dumbar yang kedua-duanya dimiliki pengusaha Melayu.

Kata Johar, dalam usaha mempertahan premisnya, beliau telah berjumpa Mansor di pejabatnya di Komtar, Isnin lalu meminta supaya tindakan merobohkan kafenya itu ditangguhkan sehingga satu jalan penyelesaian terbaik dapat dicapai antara kedua-dua pihak.

''Saya minta beliau tangguh dahulu arahan itu. Tapi kalau tak boleh tangguh dan mahu saya keluar, saya minta diberikan kebenaran berniaga di kawasan Pulau Tikus dan bukannya kawasan Bayu Senja di Batu Feringghi.

''Beliau (Mansor) kata akan berbincang perkara ini dengan Guan Eng. Tapi ini mungkin politik atau janji-janji kosong beliau sahaja kerana sehingga kini tiada sebarang keputusan atau surat mengenainya saya terima," katanya.

Justeru, Johar meminta semua pihak yang boleh membantunya supaya tampil ke hadapan mencari jalan penyelesaian mengenai isu berkenaan.

Katanya, tindakan kerajaan negeri yang tetap bertegas ingin merobohkan kedai dan gerai milik orang Melayu di negeri ini merupakan satu tindakan kurang bijak yang hanya akan membuatkan rakyat golongan bawahan terus tertindas dan tidak mendapat pembelaan.

''Kami telah sokong dia (Guan Eng) sehingga boleh menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Sepatutnya dia membalas budi kami dengan memberi sokongan dan bantuan, tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila kerajaan negeri bertindak rakus dan zalim sebegini.

''Mereka (pemimpin negeri) juga seolah-olah tidak tahu langsung bagaimana mahu menyelesaikan masalah seperti ini. Jadi, bantulah kami supaya nasib kami terbela," katany