MENGKUANG TITI – Seorang ibu tunggal yang tinggal di Kampung Mengkuang :Titi, merayu kepada pihak berkenaan membaiki lantai rumahnya yang rosak teruk akibat sering di:masuki air ketika hujan lebat.
Hasnah Ali, 46, berkata, lantai yang diperbuat daripada kayu itu semakin mengembang sebab se�ring terkena banjir hingga menyebabkannya berlubang serta membahayakan keselamatan dia dan keluarga.
Menurutnya, antara bahagian lantai yang teruk ialah di ruang tamu dan dua bilik tidur.
“Dulu lagi teruk kerana lantai ini dibuat daripada kayu biasa sahaja dan selepas itu saya menukarkannya kepada papan yang keras sedikit. Akan tetapi, akibat terlalu kerap terkena air, ia menjadi kembang dan reput kembali hingga lantai rumah berlubang.
“Lantai rumah ini memang sudah tidak kukuh lagi. Dalam bilik umpamanya, kami terpaksa letakkan barang di tempat berlubang bagi mengelak anak dan cucu bermain di situ, risau nanti sesuatu yang buruk berlaku,” katanya.
Menurutnya, dia tidak mampu membaiki sendiri lantai itu kerana wang yang diperoleh hasil bekerja di kilang memproses getah berdekatan rumahnya tidak seberapa, hanya RM600 yang digunakan untuk mengisi perut sembilan lagi anggota keluarga lain termasuk ibu, adik, empat anak dan tiga cucu yang ditinggalkan anak sulungnya tanpa sebarang nafkah.
Walaupun mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan dan membuat kerja sambilan dengan mengambil upah membuat kek, tetapi ia masih belum mencukupi kerana perlu menampung perbelanjaan dapur dan persekolahan anak serta cucu.
Hasnah berkata, dia sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri jika kos membaiki lantai itu boleh dibayar secara ansuran. Namun begitu, katanya, mana hendak dicari orang yang boleh memberikan perkhidmatan begitu.
“Saya sudah tidak tahu saluran mana yang harus saya pergi kerana masing-masing mahu lepas tangan dan menolak saya ke sana ke: mari seperti bola.
“Oleh itu, saya amat berharap agar lantai rumah saya ini dapat dibaiki bagi menjamin keselamatan kami sekeluarga kerana lantai sedia ada kini hanya menanti masa untuk rebah ke bumi,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment