Dengan pengisytiharan keluar dari PKR, Mohamad Fairus Khairuddin yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 P.Pinang telah membuatkan PR di negeri itu kini berhadapan dengan krisis terburuk mereka sepanjang pemerintahan sejak PRU12.
Penyertaan Fairus kedalam Umno/Barisan Nasional telah memberikan kesan besar kepada PR P.Pinang dan juga tekanan buat Anwar Ibrahim yang kini sedang bergelumang dengan kes liwatnya didalam mahkamah.
Sumber dalaman dari P.Pinang telah memberitahu, penyertaan Fairus kedalam Umno/Barisan Nasional akan disusuli oleh beberapa pemimpin PR di negeri itu tak beberapa lama lagi.
Ini disebabkan rasa tidak puas hati mereka terhadap corak pemerintahan Lim GE dan DAP negeri yang meminggirkan kepentingan melayu P.Pinang dan juga cubaan DAP menghapuskan hak-hak melayu di negeri itu.
Pemimpin-pemimpin melayu PR di P.Pinang juga semakin sedar bahawa Anwar tidak dapat membela bangsa melayu dan juga Anwar tak mampu bersuara mengenai kepentingan melayu P.Pinang.
Anwar pada pandangan mereka hanya menurut apa yang dicaturkan oleh DAP dan juga Lim GE semata-mata hanya ingin mengekalkan sokongan DAP kepadanya.
Polisi pemerintahan DAP dan Lim GE sejak dari PRU12 berkenaan hak dan kepentingan melayu negeri juga bukanlah rahsia lagi. Gaya pemerintahan khalifah Umar rupanya hanya retorik dan umpan kepada bangsa melayu/islam di negeri P.Pinang.
DAP negeri P.Pinang dilihat semakin rasis, cauvinist dan juga berorientasikan komunis bertepatan dengan kata-kata Zahrin yang keluar dari PR tak lama dulu.
Dikala hak dan kepentingan bangsa melayu dipinggirkan. Lim GE dan gerombolannya begitu sibuk mengaut segala harta perbendaharaan negeri dan juga semakin rakus membolot kemewahan bagi mereka dan juga kroni.
Ini lah realiti yang terpaksa dihadapi oleh pemimpin-pemimpin melayu PR P.Pinang hingga mereka tak sanggup lagi bersekongkol menjadi pengkhianat pada bangsa dan agama mereka sendiri.
Pengunduran Zahrin dan Fairus dari PKR dan Pakatan Rakyat P.Pinang telah membuktikan bahawa Lim GE dan juga DAP negeri P.Pinang sememangnya menganak tirikan hak bangsa melayu di negeri itu.
InsyaAllah, kita nantikan banyak lagi episod yang akan timbul di P.Pinang selepas ini. Fairus juga telah bersedia untuk mendedahkan segala konspirasi didalam Pakatan negeri. Nampaknya ada yang bakal meroyan selepas ini.
Anwar, Lim GE dan juga DAP kini semakin panas punggung di P.Pinang. Sokongan dari bangsa melayu sendiri kepada mereka semakin mengecil manakala sokongan kaum lain pula semakin goyang untuk PR P.Pinang.
Kemusnahan PR P.Pinang telah terbayang didepan mata. Kes liwat bolehlah ditangguhkan tetapi adakah Anwar dapat menangguhkan malapetaka yang bakal menerjah partinya kali ini?
sumber : mykmu.net
sumber : mykmu.net
No comments:
Post a Comment