Tuesday, March 2, 2010

Fairus mahu saman PKR kerana tuduhan fitnah mereka ?

KUALA LUMPUR 1 Mac - Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana memfitnahnya.

Menurut Mohammad Fairus, beliau akan menimbangkan semasak-masaknya kemungkinan itu selepas mendapatkan pandangan beberapa pihak lain bagi melaksanakan tindakan susulan.

"Saya akan pertimbangkan tindakan lanjut (undang-undang), kerana yang paling penting ialah mempertahankan prinsip perjuangan agama, bangsa, tanah air dan kepentingan rakyat bukannya melayan kenyataan remeh-temeh itu.

"Semua tuduhan itu tidak tepat, ia sengaja diperbesar-besarkan bagi mengalih tumpuan rakyat terhadap masalah dalaman PKR," katanya.

Malam tadi, Mohammad Fairus mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO.

Pengumuman itu dibuat semasa berucap di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perjumpaan kepimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia (PSSGM).

Ekoran tindakan itu, Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali melalui kenyataan dalam laman web rasmi parti itu, www.keadilanrakyat.org hari ini di bawah tajuk "Syukur Fairus Keluar Keadilan", mendedahkan beberapa salah laku Mohammad Fairus.

Syed Husin dilaporkan mengatakan parti itu bersyukur kerana akhirnya Mohammad Fairus yang menjadi liabiliti telah bertindak keluar parti.

No comments:

Post a Comment