Tuesday, March 30, 2010

Demi Datuk Ahmad Ismail , AJK UMNO Bkt Bendera lepaskan jawatan



GEORGETOWN - Sementara ramai yang: bermati-matian mahu merebut jawatan dan kuasa, ahli-ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Bendera membuktikan kesetiaan kepada ketua masih menebal dalam parti pemerintah itu.

Untuk membolehkan pemilihan semula diadakan dan bekas ketua mereka, Datuk Ahmad Ismail, menyandang kembali jawatan itu, semua 36 AJK semalam menandatangani surat peletakan jawatan.

“Bukannya kami taksub, tetapi ti:ndakan ini adalah bagi mengenang jasa dan ketokohannya sebagai seorang pemimpin yang tegas dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa,” katanya.

Katanya, mereka tidak dapat melupakan jasa Ahmad kepada rakyat, terutama orang Melayu di Bukit Bendera.

“Kepimpinannya tiada tolok banding. Beliau seoran:g pemimpin yang mempunyai misi dan visi dalam memperjuangkan dasar parti,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Abdul Jalil berkata, atas sikap Ahmad yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap rakyat, mereka sepakat mahu beliau menerajui semula Bahagian itu.

Mereka kini berusaha mengadakan mesyuarat perwakilan khas bahagian untuk membolehkan pelantikan semula diadakan, dengan Ahmad dilantik menerajui bahagian itu.

“Pada kami, tiada siapa lagi yang layak memegang jawatan ini, kecuali beliau kerana kami yakin dengan kredibiliti dan komitmennya,” katanya.

Surat peletakan jawatan akan dihantar kepada Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada minggu ketiga bulan depan sebelum diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, untuk tindakan lanjut.

Ketika dihubungi mengenai perkara itu, Ahmad melahirkan rasa terharu dengan kesanggupan semua ahli jawatankuasa bahagian itu meletakkan jawatan semata-mata untuk memberi tempat kepadanya memimpin mereka kembali.

“Saya sangat berterima kasih kepada mereka dan semua yang menyokong saya selama ini,” katanya.

Ahmad berkata, walaupun tidak menjadi ketua bahagian sekarang, beliau masih memainkan peranan untuk kepentingan parti dan rakyat serta selalu menyertai program yang dianjurkan Bahagian itu.

No comments:

Post a Comment