PULAU PINANG 29 April - Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim) hari ini menyelar tindakan kerajaan negeri yang ingin meneruskan tindakan meroboh gerai penjaja kecil tanpa terlebih dahulu berbincang dengan mereka.
Tindakan itu amat kejam dan tidak bertimbang rasa terhadap orang Melayu serta bertentangan dengan janji-janji kerajaan negeri untuk membantu rakyat bawahan serta menyamaratakan agihan ekonomi semua kaum seperti yang diuar-uarkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Dalam keadaan ekonomi orang Melayu yang semakin tercicir, sepatutnya kerajaan negeri menangguhkan hasrat mereka untuk merobohkan gerai-gerai berkenaan supaya satu jalan penyelesaian yang adil dapat dicapai setelah mengambil kira pendapat peniaga terlibat.
Dulu Guan Eng kata, "pemerintahannya mahu mencegah kemungkaran, membantu golongan bawahan dan lemah seperti yang dilakukan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz."
Penguat kuasa MPPP menjalankan operasi meroboh Kafe Do Re Mi atau lebih dikenali sebagai rumah pokok yang dibina secara haram di atas tanah kerajaan di pesisir pantai Tanjong Bungah Pulau Pinang, semalam.
No comments:
Post a Comment