Friday, April 30, 2010

Kerajaan PP diselar teruksan tindakan meroboh gerai penjaja kecil

PULAU PINANG 29 April - Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim) hari ini menyelar tindakan kerajaan negeri yang ingin meneruskan tindakan meroboh gerai penjaja kecil tanpa terlebih dahulu berbincang dengan mereka.

Tindakan itu amat kejam dan tidak bertimbang rasa terhadap orang Melayu serta bertentangan dengan janji-janji kerajaan negeri untuk membantu rakyat bawahan serta menyamaratakan agihan ekonomi semua kaum seperti yang diuar-uarkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dalam keadaan ekonomi orang Melayu yang semakin tercicir, sepatutnya kerajaan negeri menangguhkan hasrat mereka untuk merobohkan gerai-gerai berkenaan supaya satu jalan penyelesaian yang adil dapat dicapai setelah mengambil kira pendapat peniaga terlibat.

Dulu Guan Eng kata, "pemerintahannya mahu mencegah kemungkaran, membantu golongan bawahan dan lemah seperti yang dilakukan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz."

Penguat kuasa MPPP menjalankan operasi meroboh Kafe Do Re Mi atau lebih dikenali sebagai rumah pokok yang dibina secara haram di atas tanah kerajaan di pesisir pantai Tanjong Bungah Pulau Pinang, semalam.

PM ke PP rasmi konvensyen ekonomi 8 Mei

PULAU PINANG 29 April - Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan Konvensyen Ekonomi Melayu Pulau Pinang anjuran Badan Perhubungan UMNO negeri pada 8 Mei ini.

Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucaptama sempena konvensyen berkenaan yang diadakan di Politeknik Seberang Perai, dekat sini pada pukul 2.30 petang.

Pengerusi Sekretariat Ekonomi UMNO Pulau Pinang, Datuk Dr. Norraesah Mohamad berkata, konvensyen dua hari itu akan mengupas isu kedudukan sosioekonomi serta cabaran-cabaran semasa yang dihadapi orang Melayu di negeri ini.

Menurutnya, resolusi yang dicapai pada konvensyen itu diharap dapat diberi perhatian khusus oleh kerajaan dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang akan dibentangkan Jun ini.

''Konvensyen ini diharap menjadi platform untuk menyedarkan orang Melayu Pulau Pinang terutamanya generasi muda mengenai realiti kedudukan mereka khususnya daripada aspek ekonomi.

''Diharap ia dapat membantu mereka dalam mendepani cabaran tetapi pada masa sama mampu merebut peluang untuk meningkatkan keupayaan diri dalam pelbagai bidang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dengan tema 'Menggarap Peluang Dalam Cabaran', hari pertama konvensyen itu mengetengahkan tiga kertas kerja yang menyentuh secara holistik permasalahan orang Melayu Pulau Pinang meliputi aspek ekonomi, politik dan sosial.

Antara yang akan membentangkan kertas kerja itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafique dan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus.

Selain itu, enam bengkel akan diadakan pada hari kedua konvensyen tersebut yang dijangka menarik 4,000 penyertaan termasuk golongan belia dan usahawan Melayu di Pulau Pinang

Thursday, April 22, 2010

Pengerusi PUZ PP : YDPA perkenan Elias Zakaria bukannya Mansor Othman

Ellias kekal Pengerusi PUZ

BUKIT MERTAJAM 21 April - Cadangan kerajaan negeri untuk melantik Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) gagal mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tuanku Mizan sebaliknya memperkenankan supaya Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria memegang jawatan tersebut.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MAIPP yang turut dihadiri wakil Istana Negara di sini baru-baru ini.

Ellias yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.

''Ia (cadangan melantik Mansor) sudah diputuskan dan Yang di-Pertuan Agong perkenan jawatan (Pengerusi PUZ) disandang Yang Dipertua MAIPP sehinggalah watikah pelantikan tamat," katanya.

Ellias yang juga bekas Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) dilantik sebagai Yang Dipertua MAIPP berkuat kuasa 1 Januari lalu selepas mendapat perkenan Tuanku Mizan.

Mansor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti sebelum ini mengesahkan cadangan kerajaan negeri untuk melantiknya sebagai Pengerusi PUZ - jawatan yang secara tradisinya disandang oleh Yang Dipertua MAIPP.

Cadangan itu kemudiannya dibantah pelbagai pihak termasuk Badan Perhubungan UMNO negeri yang menyifatkannya bertentangan dengan amalan tadbir urus yang baik.

Malah, Ahli Lembaga Pengarah MAIPP yang bermesyuarat beberapa kali sebelum ini turut menolak cadangan tersebut kerana berpendapat PUZ sepatutnya diuruskan sendiri oleh MAIPP.

Cadangan itu juga tidak dipersetujui penyokong Pas yang turut menganggotai jawatankuasa MAIPP sebaliknya mahu jawatan itu diberikan kepada Ellias atau Timbalannya, Salleh Man yang juga Pesuruhjaya Pas negeri.

PUZ yang ditubuhkan pada 1994 merupakan syarikat milik penuh MAIPP dan dianggarkan memungut kutipan zakat mencecah RM40 juta setahun.

Saturday, April 17, 2010

Kerajaan negeri DAP pentingkan diri mereka dulu bukannya rakyat


PULAU PINANG, 17 April (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 bagi membolehkan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk Ketua Menteri dan Speaker Dewan Undangan Negeri dilindungi faedah saraan kewangan jika mereka meninggal dunia semasa memegang jawatan masing-masing.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan di sini pada hari Sabtu berkata persidangan Dewan Undangan Negeri Isnin ini akan membuat pindaan kepada Enakmen itu bagi menambah faedah kepada anggota keluarga Adun sekiranya Adun meninggal dunia atau hilang upaya dalam tempoh memegang jawatan.

Beliau berkata pindaan itu adalah bagi memasukkan perkataan 'atau kematian' selain dari faedah kemalangan dalam enakmen tersebut, namun kematian yang dimaksudkan tidak termasuk dengan cara bunuh diri.

Katanya berdasarkan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 sedia ada, faedah itu hanya terhad kepada 'Faedah Kemalangan' sahaja, dan menurutnya pindaan itu adalah selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.

Lim berkata berdasarkan pindaan enakmen itu, jika Ketua Menteri meninggal dunia dengan cara biasa ataupun akibat bencana atau kemalangan, waris beliau akan menerima faedah berjumlah RM750,000.

Menurutnya bagi Speaker Dewan Undangan Negeri dan Anggota-anggota Exco Kerajaan negeri yang meninggal dunia secara biasa ataupun akibat kemalangan pula, waris mereka akan menerima faedah sebanyak RM500,000.

Lim berkata bagi Adun biasa yang meninggal dunia, waris mereka akan menerima faedah RM120,000.

Antara faedah lain dalam enakmen itu ialah jika Ketua Menteri ditimpa bencana yang mengakibatkan beliau hilang upaya kekal yang tidak dapat dipulihkan termasuk hilang penglihatan, beliau akan diberi faedah RM1.5 juta.

Bagi Speaker DUN dan Anggota Exco yang ditimpa bencana seumpama itu pula, mereka akan menerima faedah RM1 juta manakala bagi ADUN biasa pula akan menerima faedah RM240,000.

-- BERNAMA

Tuesday, April 13, 2010

Pentas Pemuda gegarkan Tasek Gelugor











Penceramah Ustaz Wan Hizam






KP UMNO Tasek Gelugor Sdr Hazbul Hazani





Siri road-show ceramah dan pidato Pentas Pemuda terus menjelajah ke seluruh pelusuk negeri Khalifah Lim Guan Eng .Kali ini Ceramah Pentas Pemuda ini dianjurkan semalam oleh Pemuda UMNO Tasek Gelugor di Kg Pengkalan Batu, Jalan Pokok Tampang.

Penceramah untuk Pentas Pemuda ini adalah Ust Wan Hizam daripada UMNO Bahagian Sg Petani dan seorang lagi penceramah terkenal UMNO iaitu Ust Kamal Saidin.

Sunday, April 11, 2010

RM100 Untuk Makan bersama Khalifah Umar Abd Aziz ...


RM100! Itulah harga yang perlu dibayar untuk makan malam bersama pemimpin Pakatan "memiskin" Rakyat. Begitu mahal sekali harga yang perlu dibayar untuk makan-makan bersama pemimpin. Beralasan "untuk mengutip dana guaman", majlis makan-makan ini diadakan. Benarkah Pakatan Rakyat begitu terdesak, kering kontang kantung koceknya sehingga menagih sumbangan derma dari penyokong-penyokongnya sendiri?

Tidak menghairankan. Konsep "derma", "sedekah", "jariah", "sumbangan" dan banyak lagi "terms" yang digunapakai oleh Pakatan Rakyat untuk meraih "duit rakyat" untuk kepentingan parti mereka. Kononnya, itulah "jihad perjuangan"! "Peluh keringat" rakyat ditagih, duit ringgit rakyat diperoleh. Tanpa penyokong Pakatan Rakyat sedari, kocek mereka menjadi "tirihhh"!


Sedarkah rakyat semua bahawa Pakatan Rakyat memiliki dana yang banyak? Tahukah mereka bahawa "dewa" Anwar mampu "menarik wang" dari "langit barat"? Tidak terfikirkah mereka tentang dana ratusan juta yang dilabur oleh Pakatan Rakyat pada PRU12 yang lalu? Takkanlah gaji seorang "pensyarah jemputan" itu boleh mengumpul beratus juta dalam masa beberapa tahun? Ini memungkinkan adanya saluran "gelap" yang kaya raya membiayai perbelanjaan Pakatan Rakyat. Siapakah "penyumbang dana" tersebut? Pandai-pandailah cari sendiri...

Berapa banyak sangatlah yang dapat dikutip dari penyertaan majlis tersebut jika dibandingkan dengan keupayaan "dana sebenar" Pakatan Rakyat? Jika dihitung secara kasar, Kelab Cinta Sayang menyediakan sebanyak 100 meja maksimum dan setiap meja menghimpunkan 10 orang peserta majlis. Jika penyertaan majlis itu penuh, ianya bakal mengutip sebanyak RM100 ribu. Apalah sangat RM100 ribu dipandangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat? Cuba lihat rumah mereka, kereta mereka, gaya hidup mereka yang senang lenang, melancong ke sana sini, membeli belah sesuka hati. Lihatlah saja harga "katil & tilam" Azmin Ali yang dikhabarkan "papagomo" bernilai RM77 ribu dan RM24 ribu. Jumlahnya lebih dari RM100 ribu! Itupun jika penyertaan penuh, jika tidak penuh, mugnkin hasilnya kurang dari sasaran "penyangak-penyangak" itu. Masih lagi "meminta-minta" wang rakyat yang tidak seberapa itu??? Baik punya "wayang"...

Hakikatnya, Pakatan Rakyat terus bermain dengan "emosi". Pakatan "menipu" Rakyat ini terus memainkan minda emosi rakyat hinggakan ramai yang tertipu dengan permainan "psychology" mereka. Ramai yang sudah tersedar dari "pukauan" Pakatan Rakyat ini, namun tidak dinafikan bahawa masih ada lagi yang "membenarkan" diri mereka tertipu dek puak-puak opportunis ini. Kononnya merekalah pejuang rakyat, hakikatnya selayaknya mereka digelar "perosak rakyat"!

Biarlah! Semoga ramai lagi yang akan "celik" dengan "topeng palsu" Pembohong Rakyat ini. Kita hanya mengingatkan diri dan rakyat yang masih rasional berfikir. Dengan hanya satu malam, senang-senang saja wang hasil titik peluh rakyat "dikapur" pemimpin-pemimpin Perosak Rakyat. Kita doakanlah semoga "permainan kotor" Pakatan "pembinasa" Rakyat ini akan berakhir selepas PRU13 akan datang. InsyaAllah!

sumber : mykmu

Friday, April 9, 2010

Kerajaan PP tetap benarkan pembinaan kuil di Taman Pantai Intan


BUTTERWORTH - Kegelisahan penduduk sekitar Taman Pantai Intan, dekat sini, berikutan cadangan pembinaan sebuah kuil di kawasan kejiranan mereka yang didakwa tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mendapat perhatian Timbalan Ketua Menteri 2, P Ramasamy.

Beliau yang turun padang lewat petang, semalam, terpaksa campur tangan dalam kes bantahan secara aman oleh penduduk yang diadakan Selasa lalu itu bagi meredakan keadaan.

Menurutnya, pembinaan kuil itu mendapat restu kepimpinan tertinggi negeri yang berasakan kuil sementara yang kini berada di Taman Bintang, perlu diubah lokasinya berikutan kawasan itu sesak dengan penduduk.

“Kita telah menghantar permohonan kepada MPSP untuk membina bangunan di atas tanah milik kerajaan.

“Kita akan menuruti semua prosedur yang ditetapkan tanpa membelakangkan kebajikan dan keselesaan penduduk tetapi dalam masa sama berharap penduduk akan dapat memahami kedudukan kita yang ingin memberikan keselesaan kepada pihak lain juga,” katanya.

Menurutnya, sepatutnya penduduk yang membuat bantahan itu menerima bahawa tindakan Kerajaan Negeri memberikan tapak baru kepada jawatankuasa kuil berkenaan adalah sebagai satu alternatif selepas mereka diarah berpindah sebaik Projek Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dimulakan beberapa tahun lalu.

“Kita mengambil kira yang kuil ini dahulunya terletak di kawasan ini, tetapi dibina sementara di Taman Bintang kerana ketiadaan tapak yang sesuai pada masa itu selepas mereka diarah berpindah.

“Kini selepas Kerajaan Negeri mengenal pasti tapak yang sesuai, kuil itu akan dibina secara tetap di sini,” katanya.

Lawatan selama hampir sejam ke lokasi pembinaan kuil itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bagan Dalam, A Tanasekharan dan ADUN Bagan Jermal, Lim Hock Seng.

Menurutnya, pihaknya akan memantau dan mengambil langkah mengatasi keluhan penduduk seperti kesesakan lalu lintas dan kebisingan.

Selasa lalu, lebih 500 penduduk mengadakan demonstrasi aman membantah pembinaan kuil di tapak yang dulunya pernah menjadi medan selera berikutan ragu tentang kelulusan pembinaannya kerana tanah itu adalah milik kerajaan.

sinar harian

Wednesday, April 7, 2010

Ingat RM 100 ..ingat Guan Eng




ni bab Kawan kena puji habis Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng walaupun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil angin betoi bila diminta ulas mengenainya.

Memang hebat otak anak orang kuat DAP Lim Kit Siang ni.

Sebabnya tak payah pakai modal besar. RM8.33 sebulan saja dah boleh buat satu Penang riuh dok cakap bab tu.

Kawan sendiri asalnya ingat ini bab kecik saja…sapalah nak ambil pot sangat RM100 setahun bahagi 12 bulan jatuh RM8.33 saja sebulan.

Itulah jumlah wang Program Penghargaan Warga Emas yang dah mula dibagi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pada yang berusia 60 tahun keatas di negeri itu.

Masa balik kampong di Penang hujung minggu lepas,seorang kawan lama bisik tanya Kawan tak sedar ke ramai anak pinak saudara mara cucu cicit warga emas yang layak dapat RM100 setahun tu bukan main punya seronok dok bercerita bab tu.

“ Hang tau dak ada anak yang sibuk nak mengatur mak atau pak depa macam mana nak pi ambik duit tu macam dapat durian runtuh beribu ringgit,” katanya.

Kawan check dengan beberapa orang kawan lain.Itu juga feedback yang dapat.Benda ni jadi meriah tak tentu pasal.

“Depa boleh lupa kerajaan pusat dok buat macam-macam tolong orang miskin,bagi biasiswa kat anak-anak,bantuan Jabatan Kebajikan….semua dok syok semacam dengan RM100 setahun tu.

“Hang jangan dok cerita bab Jambatan Pulau Pinang yang kerajaan buat ke,beratus kilang yang kerajaan BN dulu bawa masuk bagi kerja berpuluh ribu orang di Penang atau apa ke….depa dok tengah terbeliak biji mata kat RM100 tu,” kata seorang kawan.

Kawan kita yang geram sangat tu garu kepala punya heran.

“RM8...apa yang anak beranak tu dok riuh sangat pasal tu macam depa sendiri tak boleh hulur sikit tu pun sebulan kat emak bapa depa yang dah tua ,”katanya.

Nak percaya ke tak percaya tapi ini kisah benar.

Kalau setakat cakap orang belum tentu boleh pakai tapi Kawan tengok seorang saudara sendiri yang syok dok tayang surat dia dapat duit tu.

Sorry Kak Jat…Kawan tau kementerian Kak Jat dan kementerian-kementerian lain memang banyak dok tolong orang segala macam tapi nak buat macam mana Guan Eng lagi terror ‘ mencelah’.

Pakai RM8.33 sebulan bayang wajah Datuk Najib dan Kak Jat pun depa dah jadi pening lalat berpinau tak berapa nak ingat.

Ramai kawan-kawan cukup setuju dengan apa yang Kak Jat kata pada orang suratkhabar di Seremban Selasa bila depa tanya pasal pemberian RM 100 setahun kerajaan Pulau Pinang pada warga emas tu.

"Saya rasa malu bila terbaca Guan Eng beri RM100 setahun kepada warga emas. Kalau nak dikira tak sampai RM10 sebulan. Pemberian itu kononnya sebagai pernyataan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu.

"Saya nak tawarkan ucapan takziah kepada warga emas di Pulau Pinang kerana nilai mereka kepada kerajaan Pakatan Rakyat hanya kurang daripada RM10 sebulan. Itulah dia nilai warga emas di Pulau Pinang," begitulah bunyi cakap Kak Jat.

Nak buat macam mana Kak Jat…ini dunia punya hal.
.
Semasa majlis penyampaian program penghargaan warga emas tu pada 300 penerima pertama pada 21 Mac lalu Guan Eng kata sagu hati RM100 bukan rasuah seperti yang didakwa oleh BN.

Ikut cakapnya walaupun sumbangan itu kecil tetapi ia adalah sebagai hadiah kepada sumbangan dan pengorbanan warga emas selama ini.

"Satu penghargaan yang tinggi perlu diletakkan kepada golongan terpilih ini atas pengorbanan, kemahiran, kepakaran dan pengalaman yang mereka curahkan," katanya.

Hebat betoi dia punya angkat orang tua-tua tu semua.

Setakat ini 82,983 warga emas mendaftar dalam program itu yang meliputi 53% di bahagian pulau dan 47 peratus di Seberang Perai. Ada lagi 20,000 warga emas dijangka mendaftar lepas ini.

Wah, nampak gaya Guan Eng dah berangan lebih jauh bukan setakat orang Penang saja.

Ini bab politik.Nak salahkan dia pun tak boleh kalau dah nampak bagi RM 100 setahun pun ada impak besar.

Makanya tak heran lah Guan Eng sudah berani buka janji baru …nak bagi RM1,000 setahun pulak kepada warga emas di seluruh negara kalau pakatan pembangkang berjaya tawan Putrajaya masa pilihanraya umum ke 13.

Macam mana tu Kak Jat…kalau RM8.33 sebulan dah riuh…ini kan pula RM83.33

Nampak gaya pi mai pi mai korner kot mana pun DAP juga iktiraf duit umpan paling mujarab


sumber : agendadaily

Selepas sogokan RM 100 kini RM 1000 pulak dijanjikan Guan Eng

Monday, April 5, 2010

Blogger Penang sokong kempen Kami Prihatin



PULAU PINANG 4 April - Kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia turut mendapat sokongan seorang penulis blog yang memaparkan logo kempen itu pada blognya.

Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri berkata, beliau memaparkan logo itu pada blognya kerana mahu usaha murni Utusan Malaysia itu diperluaskan lagi di alam siber.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru bloggers lain untuk bersama-sama menjayakan kempen tersebut bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

''Sebagai permulaan, saya menjemput para bloggers dan pengguna facebook, tidak kira yang prokerajaan atau propembangkang untuk bersama-sama menjayakan kempen Kami Prihatin.

''Kita boleh membantu dengan meletakkan logo Kami Prihatin pada blog masing-masing sebagai tanda keprihatinan terhadap isu masyarakat di negara ini," katanya dalam entri blognya di alamat http://novandri.blogs pot.com.

Beliau berpendapat, selain isu politik, para bloggers dan pengguna Facebook juga mempunyai tanggungjawab penting untuk mengetengahkan isu-isu masyarakat seperti penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Dr. Novandri juga berharap, mesej Kami Prihatin dapat diperluaskan lagi supaya ia meliputi kesedaran agama kerana ada antara kes buang bayi dan penderaan berlaku disebabkan pegangan agama yang longgar.

''Saya menyasarkan lebih 600 bloggers dan pengguna Facebook akan turut serta dalam kempen peringkat siber ini,'' katanya.

CERAMAH INI KISAH SEBENAR DI KEPALA BATAS




Tarikh : 6 April 2010 ( SELASA )

Masa : 9.00 malam

Tempat : Kg Paya Keladi , Kepala Batas

Anjuran : Angkatan Belia Muda Kepala Batas


Panel Penceramah :


Ezam Mohd Noor ( Mantan Ketua AMK PKR )
Datuk Zahrain Mohd Hashim ( Mantan Pengerusi PKR PP )


SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI- RAMAI .......





Komen PB

Nampaknya PAS dan PKR semakin kepanasan apabila siri roadshow Ezam kini mula menembusi negeri yang dikuasai DAP ini . Selepas Bukit Mertajam digegarkan oleh Ezam , kini Kepala Batas yang menjadi kubu kuat BN lagi menjadi lokasi untuk pendedahan

SIAPA SEBENARNYA ANWAR SESUMPAH DAN GUAN ENG CHAUVINIS ???

Walaupun ada pencacai2 tegar merangkap balaci DAP telah membuat laporan polis berkenaan ceramah ini kononnya menggunakan gambar Anwar dan Guan Eng seperti dilaporkan dalam haprak daily tetapi sebenarnya mereka sudah kepanasan dan takut akan ceramah2 yang mendedahkan segala pembohongan , penyelewengan dan kesundalan pemimpin mereka yang sebenar .

Dalam pada itu , Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas ,Datuk Reezal Marican membidas laporan polis oleh PKR dan menyifatkan mereka sebagai penakut .

" Jika benar mereka mengamalkan demokrasi sepertimana dilaungkan , biarkan Zahrain dan Ezam meluahkan apa yang terbuku dalam hati mereka "

Reezal menyifarkan laporan polis oleh PKR adalah untuk menyekat 2 orang penceramah ini daripada meneruskan ceramah mereka mendedahkan kepincangan dalam Pakatan .

Friday, April 2, 2010

DAP kantoi silap dedah fakta untuk menaikkan kerajaan Guan Eng




Isu perlantikan YDP MPPP seorang wanita yang cuba DAP banggakan hingga menyatakan pertama kali di Malaysia akhirnya telah memalukan diri mereka sendiri. Guan Eng kalau pergi ke mana-mana ceramah sering mendabik dada menyatakan

" kita kerajaan Pakatan Rakyat merupakan negeri yang pertama di Malaysia melantik YDP MPPP ( PBT ) dari golongan wanita "

Malah di dalam risalah 2 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat , juga terdapat maklumat mengenai perlantikan YDP MPPP dari golongan wanita .




Semalam di Parlimen , sekutu Guan Eng iaitu Chong Eng ( MP Bukit Mertajam ) jelas malu besar kerana mendabik dada mendakwa Kerajaan Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia melantik wanita sebagai Yang Dipertua (YDP) pihak berkuasa tempatan (PBT) . klik di sini

Bagaimanapun , Chong Eng yang banyak bercakap di Parlimen
agak 'terkedu' apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin membetulkan fakta itu dengan menyatakan telah ada sebelum ini wanita yang dilantik mengetuai PBT.

Menurutnya, PBT berkenaan ialah Majlis Daerah Kota Marudu (Luvita Koisun), Majlis Perbandaran Sungai Petani (Rozaina Radzi), Majlis Daerah Kubang Pasu (Datuk Che Barni Mohd. Nor) dan Datuk Adeline Leong pernah dilantik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan selama empat tahun bermula 2000.

Apabila mendengar segala hujah oleh Datuk Lajim , untuk cover malu besar DAP dan kerajaan PP beliau mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun selepas memerintah lebih 50 tahun, hanya mampu melantik beberapa wanita sahaja berbanding Pulau Pinang walaupun baru dua tahun memerintah tetapi memberikan peluang kepada golongan itu.Ini bertujuan untuk menunjukkan kerajaan BN mengamalkan diskriminasi gender dan tidak mengiktiraf kebolehan wanita untuk menduduki jawatan penting .

Sekali lagi , Datuk Lajim memberi hujah berbentuk fakta kepada Chong Eng yang cuba menutup kesilapan kerajaan DAP PP itu dengan menyatakan sejumlah 404 atau 12.6 peratus daripada 3,215 ahli majlis PBT seluruh negara bagi 2007 terdiri daripada wanita. Malah terdapat empat PBT mempunyai setiausaha wanita iaitu di Majlis Perbandaran Bentong, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Daerah Lubuk Antu dan Majlis Daerah Simunjan .

Kepada Chong Eng , lain kali selidik dulu FAKTA sebenar sebelum bercakap . Jangan ikut seperti Khalifah Guan Eng kerana dia seorang khalifah yang dimuliakan oleh ulama2 PAS. Segala apa yang keluar dari mulutnya adalah betul dan benar belaka . Beliau cakap negeri Pulau Pinang merupakan negeri pertama melantik YDP PBT dari golongan wanita , pasti orang juak-juak kopiah PAS dan PKR tentu percaya sepenuhnya .

Kepada Melayu PP , lihat dan nilai sendiri perilaku Guan Eng dan kerajaan PP yang jelas telah bohong terang-terang bahawa kerajaan Pakatan Rakyat merupakan negeri pertama melantik YDP PBT dari golongan wanita .