Saturday, April 30, 2011

PENTAS PEMUDA "BONGKAR " DI PERMATANG PAUH MALAM INI !



 PENTAS PEMUDA " BONGKAR  " 

TARIKH : 30 /4/ 2011
JAM : 9.00 MALAM  
TEMPAT : TAMAN HAJI MOHD AMIN 



PENCERAMAH  

  

YB DATUK ARIF SHAH OMAR SHAH 
( ADUN BN SEBERANG JAYA )


SDR ZAIDI MOHD SAID 
( KETUA PEMUDA UMNO PRMTG PAUH ) 



USTAZ HJ KAMAL SAIDIN 
( PEGAWAI KHAS MB TERENGGANU )

Thursday, April 28, 2011

Pemuda UMNO Prmtg Pauh terus dahulukan rakyat , bantu golongan memerlukan

 
Pemuda UMNO Permatang Pauh meneruskan tradisi membela rakyat serta mendahulukan rakyat dalam setiap gerakan atau program yang dijalankan. Bantuan demi bantuan disalurkan demi melihat segala kesulitan masyarakat diatasi sekurang-kurangnya meringankan bebanan mereka.

Kali ini Pemuda sempat menziarah beberapa keluarga di Kampung Pelet dan Kampung Padang Temusu dalam menyampaikan sedikit sumbangan.

Apa yang menyedihkan saya ialah sewaktu melawat di Kampung Padang Temusu, saya dapat rasakan penderitaan seorang insan Jamil Bin Saad 72 dan isterinya Habsah Binti yahya 72, yang terpaksa menumpang hidup diusia yang senja dengan menumpang di belakang dapur rumah saudaranya selepas beliau bersama Isteri diusir dari rumah sewanya di Padang Ibu atas sebab-sebab perbezaan parti Politik lebih kurang setahun yang lalu. 
 
Beliau merupakan bekas bilal di masjid Padang Ibu dan sentiasa menyokong UMNO selama ini.
Dengan keadaan kesihatan beliau yang kurang memuaskan telah mendapat simpati dari Ketua emuda UMNO Prmtg Pauh ,  Saudara Mohd Zaidi Bin Md Said dengan memperuntukan RM200 selama 6 bulan untuk beliau.






sumber : blog Kami Sedia

Thursday, April 21, 2011

Pemuda UMNO Permatang Pauh bantu mangsa kebakaran di Kg Pelet




BUKIT MERTAJAM 20 April - Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib seorang warga emas, Mohd. Roadhi Ishak, 58, yang ditimpa dua kejadian malang dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Dua minggu lepas, isterinya, Che Mah Awang, 52, yang sebelum ini membantunya berniaga menjual pisang goreng, tiba-tiba jatuh sakit akibat serangan jantung.

Ketika sibuk berulang alik menjaga Che Mah di hospital, ketabahan Mohd. Roadhi sekali lagi diuji apabila rumahnya di Kampung Pelet di sini musnah dalam kebakaran Isnin lalu, mengakibatkan dia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

Menurut Mohd. Roadhi, Che Mah menghidap penyakit jantung dan darah tinggi sejak beberapa tahun lalu tetapi keadaan kesihatannya semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.

"Sementara isteri nak pulih, saya berhenti berniaga dulu untuk menjaganya. Entah bagaimana, rumah kami pula terbakar ketika kami sedang melawatnya di hospital.

"Saya terima segala ujian ini dengan hati yang ikhlas dan reda terhadap ketentuan Ilahi. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini," katanya ketika menerima kunjungan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said, di sini hari ini.

Mohd. Roadhi memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, rumah pusaka milik keluarganya yang sudah berusia lebih 50 tahun musnah sama sekali dipercayai akibat litar pintas.

Katanya, ketika ini, dia menyewa sebuah rumah di kampung yang sama bersama isteri dan tiga anaknya sementara menunggu permohonan mendapatkan bantuan kewangan bagi membina semula rumahnya.

Sementara itu, Mohd Zaidi  berkata, pihaknya akan menanggung kos rumah sewa keluarga malang itu sementara menunggu permohonan mendapatkan rumah baru.

"Saya difahamkan, perkara ini sudah diajukan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan kita harap bantuan sewajarnya dapat dihulurkan bagi membolehkan keluarga ini membina semula kehidupan mereka," katanya.