Monday, August 16, 2010

Kerajaan Selangor wajar tutup kilang arak bukan pindah lokasi baru



KUALA LUMPUR 15 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor seharusnya menutup terus kilang arak milik sebuah syarikat antarabangsa di Shah Alam dan bukannya mencadangkan lokasi baru yang lebih luas.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran Ketamadunan Islam Antarabangsa (Instac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, langkah menutup kilang itu bertepatan dengan cita-cita politik untuk menubuhkan negara Islam.

"Jika tindakan sebaliknya diambil kerajaan negeri, ia tidak selari dengan hasrat yang diperjuangkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencadangkan kawasan baru lebih luas di Pelabuhan Klang kepada kilang berkenaan ketika Yang Dipertua Pas Shah Alam itu mengadakan lawatan ke kilang tersebut pada 5 Ogos lalu.

Sementara itu, mengulas mengenai sebahagian pekerja kilang tersebut yang beragama Islam, Mahmood Zuhdi berkata, wajib kepada seorang Islam untuk mendapatkan kerja yang halal memandangkan banyak peluang pekerjaan lain.

"Selain itu, kerajaan negeri juga harus main peranan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang halal kepada pekerja kilang tersebut. Jika gagal, jelas ia tidak memenuhi hak asasi sebagai umat Islam," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, pendakwah bebas, Mohd. Daud Che Ngah berkata, operasi kilang minuman keras di mana-mana lokasi di negara ini harus dihentikan sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam.

"Memakmurkan negara dengan benda yang ditegah Islam adalah tidak relevan. Justeru, kilang tersebut harus ditutup.

"Kita boleh import arak untuk kegunaan bukan Islam dan bukan menghasilkannya di negara ini," katanya.

Berhubung pekerja Islam di kilang berkenaan, Mohd. Daud menasihatkan mereka supaya berhenti dan mencari kerja lain yang halal.

"Allah membuka pintu rezeki seluas-luasnya. Pekerja di kilang arak harus sedar rezeki yang diperoleh daripada sumber tidak halal boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada keluarga," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, Khalid harus mengambil peluang untuk mengecilkan operasi kilang arak itu dan bukannya mencadangkan ia dipindahkan ke tempat yang lebih luas.

"Jika mahu berdakwah, tutup terus dan fikirkan cara untuk menghalang penghasilan dan penjualan arak dari akar umbi.

"Sedarkah Khalid, dengan mencadangkan perpindahan itu hanya menguntungkan pihak syarikat arak tersebut," katanya.

Menurut beliau, sepatutnya dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, umat Islam didahulukan dan bukannya memberi peluang kepada syarikat milik bukan Islam menjana keuntungan dalam perniagaan yang tidak sewajarnya.

"Apa pun alasannya, Islam jelas mengatakan orang yang menyedia, membuat, menghidang malah turut mencadangkan untuk memperluaskan lagi tapak kilang arak juga tidak terkecuali daripada menanggung dosa," katanya.

Sementara itu, Dr. Ma'amor turut menasihatkan Kerajaan Selangor supaya memberikan peluang pekerjaan kepada pekerja kilang tersebut yang beragama Islam.

Pendapat yang sama dikongsi oleh Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar yang menyatakan sudah sampai masanya Pas melaksanakan janjinya dahulu untuk menutup kilang arak.

"Kini sudah tepat pada masanya untuk melaksanakan apa yang dilaungkan semasa manifesto dahulu," katanya.

Menurut Feriz, cadangan Khalid untuk memindahkan operasi kilang arak itu ke lokasi baru di Pelabuhan Klang adalah tidak wajar kerana prasarana di situ jauh lebih baik dan hanya menguntungkan pihak syarikat arak itu sahaja

Monday, August 9, 2010

Kerajaan Pakatan amal diskriminasi terhadap peniaga Melayu - Pemuda UMNO PP

PULAU PINANG 8 Ogos - Tindakan menghalang peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini berniaga sepanjang bulan puasa membuktikan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP memiliki sikap perkauman yang tebal.

Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO negeri, Aziaan Ariffin berkata, ia memperlihatkan kerajaan negeri mengamalkan budaya pilih kasih terhadap orang Melayu khususnya peniaga kecil.

Menurutnya, keputusan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Komtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik itu merupakan satu bentuk penganiayaan terhadap para peniaga Melayu.

"Ini jelas merupakan diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu. Setelah kerajaan negeri merobohkan gerai-gerai orang Melayu, kali ini mereka halang pula peniaga-peniaga Melayu untuk mencari rezeki.

"Ia memperlihatkan sikap pilih kasih pemimpin DAP dan menunjukkan sikap perkauman yang amat tebal," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut setiap kali Ramadan.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.

Aziaan memberitahu, Pemuda UMNO akan bertindak sewajarnya jika masalah para peniaga terbabit tidak diselesaikan.

"Pemuda UMNO Pulau Pinang akan bertindak lebih agresif jika masalah ini tidak diselesaikan segera," tegasnya.

Thursday, August 5, 2010

Guan Eng lidah biawak cuba ganggu PDRM pulak




KUALA LUMPUR 4 Ogos - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disifatkan sebagai seorang yang dangkal dan mempunyai fikiran cetek kerana mengusulkan cadangan agar Cawangan Khas polis ditutup.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Setiausaha Agung DAP itu juga tidak memahami dan menghayati perjuangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara keseluruhan.

Oleh yang demikian, katanya, Guan Eng sepatutnya berhenti daripada terus mengecam dan mengeluarkan pelbagai cadangan yang boleh merosakkan imej PDRM.

"Sebagai sayap perisikan PDRM, Cawangan Khas berperanan memantau unsur subversif dan ancaman militan dalam masyarakat. Ia bukan sesuatu yang kecil malah melibatkan keselamatan dan kestabilan negara.

"Jika peranan sebesar ini pun dianggap mainan dan tidak penting, Guan Eng jelas sekali gagal memahami dan menghayati perjuangan PDRM keseluruhannya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, akhbar berbahasa Inggeris, The Star memetik kenyataan Guan Eng yang mempersoalkan kepentingan Cawangan Khas di negara ini dan mahukan agar unit khas berkaitan trauma dan serangan yang menguruskan hal keganasan seksual ditubuhkan.

Ketua Menteri itu dilaporkan berkata, adalah lebih baik jika anggota Cawangan Khas ditukarkan kepada Unit Keganasan dan Jenayah Seksual kerana ia memberi nilai yang lebih kepada kewangan negara selain menganggapnya sebagai penggunaan sumber yang lebih baik.

Cadangan itu dibuat Guan Eng ketika berucap menutup Persidangan Mengarus Perdana Gender: Keadilan Untuk Semua di sebuah hotel di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Ahad lepas.

Reezal menambah, fokus dan perhatian Guan Eng selaku Ketua Menteri sepatutnya terarah kepada usaha melaksanakan pelbagai janji perubahan yang selalu diucapkannya di negeri itu.

"Malangnya, banyak masa beliau dihabiskan untuk mencari salah orang lain. Apakah ini kaedah menutup kelemahan dan kepincangan pentadbirannya sendiri?

"Selepas merosakkan hubungan dengan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), apakah ini strategi barunya untuk merosakkan hubungan dengan PDRM pula? Apa pun, saya percaya majoriti rakyat mempunyai rasa percaya dan berterima kasih dengan sumbangan Cawangan Khas dan PDRM," katanya.

Sementara itu, Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) turut bersetuju dengan kenyataan Reezal yang menyifatkan Guan Eng tidak memahami secara mendalam peranan polis apabila mencadangkan pembubaran Cawangan Khas.

Presidennya, Shafie Bakri ketika dihubungi berkata, apa yang dilontarkan Guan Eng itu adalah satu pemikiran kebudak-budakan.

Sunday, August 1, 2010

Jawapan balas cabaran Guan Eng terhadap UMNO dedah Melayu dihalau di PP

Kampung Pokok Assam

Didalam isu penduduk kampung melayu yang diusir oleh pemaju sewaktu didalam pemerintahan DAP, tak perlulah Lim Guan Eng putarbelitkan fakta dengan mencabar UMNO untuk mendedahkan individu melayu yang dihalau oleh kerajaan negeri.

ADUN PULAU BETONG, YB Hj. Muhamad Farid Hj. Saad juga tak perlu disalahkan kerana sifat prihatin beliau yang mengambil berat tentang permasalahan penduduk-penduduk kampung di P.Pinang.

Sudah terbukti malah jelas sekali penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Tengah dan juga Kampung Binjai yang rata-ratanya dihuni 98% penduduk melayu diusir keluar dari perkampungan mereka oleh pemaju yang menjalankan projek perumahan dibawah pentadbiran Lim Guan Eng.

Tiada siapa pun yang berkata bahawa kerajaan negeri yang menghalau penduduk di kampung-kampung tersebut, tetapi yang dinyatakan ialah pengusiran ini DILAKUKAN SEMASA DIBAWAH PEMERINTAHAN DAP & LIM GUAN ENG !

Jadi, jika mahu mencari individu melayu yang diusir secara terang-terangan oleh kerajaan negeri, memanglah sukar kerana kelicikan DAP dan Lim Guan Eng. Tetapi kalau mahu mencari bangsa melayu yang diusir dari perkampungan mereka sendiri SEWAKTU PEMERINTAHAN DAP & LIM GUAN ENG, beratus malahan boleh mencecah ribuan individu yang dapat ditunjukkan !

Apabila isu pengusiran penduduk kampung melayu ini ditimbulkan ke pengetahuan umum, Lim Guan Eng dan DAP negeri melompat mengatakan ianya bukan salah mereka dan juga menunding jari kepada kerajaan terdahulu serta menyalahkan penduduk kampung itu sendiri.



Lim Guan Eng dan juga DAP perlu ingat, apa gunanya mereka diangkat menjadi kerajaan negeri dan diberikan kuasa mentadbir jika Lim Guan Eng dan DAP tak mampu membela semua nasib serta kebajikan rakyat yang bermastautin didalam negeri tersebut?

Memang dulu ada terjadi pengambil alihan tanah kampung sewaktu kerajaan BN memerintah negeri P.Pinang, namun mengapa ia tidak heboh seperti yang berlaku di zaman pentadbiran DAP dan Lim Guan Eng?

Bukan ianya tak heboh sebab tidak dimainkan oleh media massa ketika itu, tetapi ini semua kerana pada masa itu P.Pinang diperintah oleh kerajaan yang cekap dan mengambil berat tentang hal kebajikan rakyat.


Setiap pengambil alihan tanah kampung yang mahu digunakan untuk pembangunan negeri, DIPASTIKAN masyarakat kampung tersebut mendapat pampasan serta kadar ganti yang adil dan berpatutan.

Setiap tanah kampung yang terlibat didalam projek pembangunan kerajaan negeri sewaktu pemerintahan BN di P.Pinang, akan menerima pampasan berupa wang DAN juga satu tapak ganti ataupun sebuah rumah.

Ini berbeza di zaman kerajaan negeri DAP dan juga Lim Guan Eng yang pemaju pembangunan hanya memberi pampasan WANG SAHAJA tanpa memikirkan kemana para penduduk kampung akan berteduh selepas itu !

Lim Guan Eng sepatutnya tak boleh menyalahkan UMNO ataupun media massa kerana membangkitkan isu pengusiran penduduk kampung melayu di P.Pinang. Lim Guan Eng dan juga DAP patutnya berasa malu kerana tak mampu menjaga kepentingan serta kebajikan setiap penduduk negeri tanpa memilih "bulu".

Lim Guan Eng dan DAP telah menunjukkan sikap angkuh dan langsung tiada perikemanusiaan apabila memilih untuk mencabar UMNO membuktikan kesilapan kerajaan negeri disaat Lim Guan Eng dan DAP lebih perlu mengutamakan bagaimana untuk menyelesaikan masalah rakyat khususnya penduduk kampung yang di usir oleh pemaju di P.Pinang !

Apakah semasa pemerintahan DAP dan Lim Guan Eng, pemaju pembangunan bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa boleh dikawal oleh kerajaan negeri ?

Jika begitulah caranya polisi pentadbiran Lim Guan Eng, terbukti bahawa kerajaan negeri yang ditadbir DAP di P.Pinang sekarang ini bukanlah sebuah kerajaan yang baik,cekap dan juga boleh rakyat bergantung harapan !

Segala janji Lim Guan Eng dan DAP untuk mengutamakan kepentingan rakyat semasa PRU12 lalu ternyata.