Showing posts with label N11. Show all posts
Showing posts with label N11. Show all posts

Tuesday, August 25, 2009

PK Permatang Pasir : The Last Battle Ground !

Dr Novandri Hasan Basri

Tempoh berkempen di Permatang Pasir akan tamat pada jam 12 tengah malam ini. Sungguh pun SPRM telah melarang kempen di pondok-pondok parti politik tetapi penulis pasti bahawa kempen akan berterusan sehingga esok petang.

Esok merupakan ‘the last battle ground’ di mana kedua-dua pihak akan bermula di awal pagi untuk menyediakan kenderaan untuk menghantar pengundi-pengundi ke pusat pengundi. Berkemungkinan besar akan berlaku masaalah kecil di antara kedua-dua parti kerana masing-masing akan berebut-rebut menghantar pengundi.

Dalam tempoh perjalanan itu, jentera pilihanraya parti-parti politik akan terus berkempen untuk kali terakhir. Penulis lihat tempoh perjalanan tersebut mampu untuk mengubah pendirian seseorang pengundi yang berada di atas pagar.

Kerana itulah penulis meramalkan bahawa Permatang Pasir akan mengalami kejutan sesakan di jalanraya esok. Kehadiran kenderaan dari luar yang bertujuan untuk menghantar pengundi-pengundi akan memeriahkan suasana Permatang Pasir. Ahli-ahli parti politik tegar pula biasanya sudah nekad dengan pilihan mereka sejak bangun esok pagi lagi.

Hari ini cuaca begitu muram dan esok diramalkan hujan. Cuaca, bulan Ramadhan dan hari bekerja diramalkan sebagai beberapa faktor yang menyebabkan pengurangan kehadiran pengundi-pengundi di Permatang Pasir kali ini. Ada juga yang mengatakan bahawa penduduk-penduduk Permatang Pasir sudah bosan dengan pilihanraya.

Persoalannya sekarang, parti politik manakah yang akan menang esok?

Parti PAS telah menang di pilihanraya lepas dengan majoriti lebih 5,000 undi. Jumlah tersebut sangat besar dan merupakan satu cabaran berat yang perlu ditanggung oleh parti BN.

Akan tetapi, atmosfera politik di Permatang Pasir kali ini amat berlainan jika dibandingkan dengan PRU-12. Isu-isu besar yang didagangkan oleh parti pembangkang ketika itu tidak lagi menghantui parti BN. Parti UMNO pula sebenarnya tetap kuat dan masih lagi mendapat sokongan daripada rakyat.

Kedua-dua calon dilabelkan mempunyai masaalah tetapi calon BN diaibkan berdasarkan hak peribadi beliau yang tidak sepatutnya dijadikan bahan penilaian penduduk Permatang Pasir.

Tektik menyeret isteri kedua Rohaizat Othman ke dalam kaedah memburuk-burukkan calon BN merupakan satu kaedah tidak bermoral yang tidak patut timbul serta bersifat peribadi dan bukan merupakan satu penilain kepada pengundi-pengundi Permatang Pasir. Rohaizat Othman mungkin tertekan apabila beliau menjawap soalan rambang mengenai isteri kedua beliau.

Jika kita merujuk kepada ajaran Islam, isteri kedua Rohaizat Otman tidak patut dijadikan isu Parti PAS padahal pemimpin-pemimpin PAS juga mempunyai lebih daripada satu isteri!

Kewujudan isteri kedua Rohaizat Othman pula sebenarnya telah mendedahkan kepada kita semua tentang modus operandi parti PAS yang sanggup mencari kelemahan pihak lawan hingga ke lubang cacing semata-mata untuk menang pilihanraya Permatang Pasir.

Persoalannya, apakah ini yang kita mahu untuk mengundi parti PAS yang setakat ini gagal untuk menerangkan gerak kerja mereka untuk keselesaan dan pembangunan rakyat Permatang Pasir?

Dan kegagalan calon PAS di dalam 4 pilihanraya umum dan ‘unwanted’ di tempat sendiri adalah faktor-faktor sahih yang relevan untuk dinilai oleh penduduk Permatang Pasir.

Kita perlu tahu bahawa kredibiliti dan kemampuan sesebuah parti politik juga patut dijadikan penilaian utama pengundi-pengundi Permatang Pasir.

Monday, August 24, 2009

Makhfuz Omar : DAP Seperti Tentera Islam di Perang Badar ?

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis menggeleng kepala dengan kenyataan murahan Makhfuz Omar, Pengerusi Pilihanraya PAS di Permatang Pasir.

Pas menyamakan kempen yang menyentuh peribadi calon lawan sebagai Badar al-Kubra pada zaman Rasulullah kerana peristiwa itu turut berlaku pada bulan Ramadan sama seperti Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Ramadan adalah bulan mulia dan berkat yang mana Rasulullah dahulu menjadikan bulan ini sebagai medan menjelaskan perkara yang hak dan batil seperti dalam Badar al-Kubra.
- Utusan Malaysia

Untuk pengetahuan semua, Perang Badar ialah pertempuran besar pertama antara umat Islam melawan musuh-musuhnya. Perang ini terjadi pada 17 Mac 624 Masehi atau 17 Ramadhan 2 Hijrah. Pasukan kecil kaum Muslim yang berjumlah 313, orang bertempur menghadapi pasukan Quraisy dari Mekkah yang berjumlah 1,000 orang.


Setelah bertempur habis-habisan, pasukan Muslim menghancurkan barisan pertahanan pasukan Quraisy, yang kemudian tewas dan mundur dengan penuh malu.

Nah, cuba kita bandingkan di antara 'peperangan' yang dihadapi oleh PAS di Permatang Pasir dengan peperangan Badar yang diketuai oleh Rasulullah saw.

Pertama, calon PAS hanyalah orang biasa yang jauh lebih rendah tarafnya jika dibandingkan dengan baginda. Dan jika calon PAS tersebut mengetuai satu bala tentera, tentera-tentera beliau pasti tidak yakin dengan beliau dan akan berlari tunggang-langgang apabila anak panah mula ditujukan kepada mereka disebabkan calon PAS tidak berwibawa dan kerap tewas di 'peperangan' (pilihanraya) besar di kawasan beliau sendiri di Tasek Gelugor!

Kedua, parti PAS 'berperang' di pilihanraya Permatang Pasir bersama sekutu karib mereka iaitu parti DAP yang terkenal dengan 'langkah mayatku dulu sebelum Islamkan negara ini'.

Makanya, 'tentera' parti PAS yang bersekongkol dengan parti DAP itu tidak boleh diberi perumpamaan seperti 313 orang mujahid yang bersama-sama Rasulullah s.a.w memburu syahid dan menentang kekuatan musuh Islam!

Ayat Al-Quran yang turun sempena perang Badar itu juga memberikan spesifikasi yang tepat dan tidak sama langsung dengan dogengan Makhfuz Omar tersebut.

“Dan barang siapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, sesungguhnya puak atau pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.”(Al-Maidah:56)

Persoalan, apakah maksud firman Allah swt di atas boleh dikiaskan dengan 'perjuangan politik' parti PAS di Permatang Pasir?

Jawapannya senang iaitu tidak!

Parti PAS 'berperang' bersama-sama sekutu kuat mereka iaitu parti DAP. Dan pemimpin-pemimpin parti begitu jelas pernah memperlekehkan ideologi parti PAS yang kononnya mahu menajdikan negara ini sebagai negara Islam walau pun sebenarnya negara ini sudah pun bertunjangkan agama Islam.

Ketiga, jika kita berasional dan berfikir secara logik, ternyata bahawa Makhfuz Omar telah memperalatkan perang Badar untuk menghalalkan aktiviti-aktiviti mengaibkan pihak lawan di bulan Ramadhan ini. Beliau hanya mengambil sebahagian kecil daripada pengajaran yang kita dapat daripada Perang Badar dan menolak yang selebihnya.

Penulis musykil, apakah parti PAS merupakan satu parti politik yang mengambil separuh atau sebahagian kecil dari pengajaran Islam dan tidak menggunapakai yang selebihnya kerana tidak menguntungkan parti tersebut?

Dan penulis tidak pasti bagaimana Makhfuz Omar begitu ringan mulut beliau untuk memperkatakan sesuatu yang tidak tepat dan salah kepada kita semua padahal beliau sepatutnya tahu tentang isi kandungan perang Badar itu.

Penulis berpendapat bahawa Makhfuz Omar membebel tentang Perang Badar kerana beranggapan kita semua dan penduduk Permatang Pasir begitu rendah ilmu pengetahuan kita dan mempercayai bulat-bulat dongengan beliau itu!

Apakah pemimpin dari parti PAS ini yang patut kita harapkan untuk menjadi keselesaan dan keharmonian kita terutamnya di Permatang Pasir.

Ya benar, jawapannya ialah tidak!

Seperkara lagi, Rasulullah saw telah bersabda:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”(Muhammad:7)

Apakah mungkin sabda Rasulullah tersebut boleh diaplikasikan kepada perjuangan PAS di Permatang Pasir jika parti tersebut 'tidur sekatil' dan masih mahu berpeluk cium dengan pemimpin-pemimpin DAP seperti 'langkah mayatku dulu' Karpal Singh dan Lim Kiat Siang?

PAS Memecahbelahkan Integriti Keluarga?

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis dan rakan-rakan bloggers telah menemuramah YB Faridah, Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia semalam. Ternyata bahawa beliau berasa amat kecewa kerana parti PAS telah menyalahgunakan integriti keluarga sebagai topik memburuk-burukkan calon BN.

Parti PAS hanya pandai menyerang hak peribadi calon tetapi setakat ini, parti tersebut tidak pernah menghidangkan sebarang cadangan yang praktikal untuk membantu penduduk Permatang Pasir!

Ikutilah:-


ADUN Lunas Dan Ketua Bahagian PKR Padang Serai Isytihar Keluar Parti

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Kedah, Mohd Radzhi Salleh, pada Ahad keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Beliau berkata keputusan keluar parti itu dibuat berikutan pembubaran PKR bahagian Padang Serai yang diumumkan Pemangku Ketua Bahagian itu Jamaludin Abu Hassan yang turut mengisytihar keluar parti.

"Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (anggota bahagian) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas.

Beliau berkata seramai 200 orang anggota biasa dan 14 anggota jawatankuasa PKR bahagian Padang Serai menyokong pembubaran itu.

"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," katanya dalam sidang akhbar di sini yang turut dihadiri Jamaluddin.

Mohd Radzhi berkata walaupun keluar dari PKR, beliau akan terus kekal berkhidmat menjadi wakil rakyat di kawasan itu sebagai Adun bebas di samping terus memberi sokongan kepada kerajaan pusat dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Exco Pelancongan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia Kedah berkata akan terus kekal dengan jawatan itu kerana soal pelantikan exco negeri adalah di bawah kuasa Sultan Kedah.

Menjawab persoalan sama ada beliau dibeli oleh parti politik tertentu, Mohd Radzhi menafikannya.

"Kalau kena beli, saya sudah tentu akan masuk parti yang membeli tetapi sekarang tidak ada mana-mana parti pun yang beli (saya) sebab tu saya bebas," katanya.

Dalam pilihan raya umum 2008, Mohd Radzhi mengalahkan calon BN S.Ananthan dengan majoriti 10,323 undi.

Sementara itu, Bekas Ketua PKR cawangan Padang Serai, Hamid Osman, 68, berkata beliau telah menduga cawangan itu hanya menanti masa untuk dibubarkan.

"Saya ucapkan tahniah kepada Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas, Mohd Radzi Salleh yang sedar parti itu tidak akan ke mana yang menghadapi terlalu banyak masalah," kata Hamid kepada Bernama semasa dihubungi.

Hamid yang mengetuai cawangan itu sejak 2004 dan mengisytiharkan keluar parti April lepas, berkata beliau dan lebih daripada 500 yanglain sedang menimbang untuk menyertai Umno.

Seorang lagi bekas pemimpin PKR Padang Serai, Sarji Singh, 45, pula tidak terperanjat dengan pengisytiharan Mohd Radzhi keluar parti itu kerana beliau dan lebih 1,000 orang anggota PKR telah keluar parti itu untuk menyertai MIC tahun lepas.

Menurut Sarjit, faktor utama ramai anggota meninggalkan PKR kerana sudah muak dengan sikap angkuh anggota Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan yang tidak mengambil tahu masalah rakyat yang diwakilinya selain tidak menghormati undang-undang negara.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO bahagian Padang Serai, Abdul Halim Hasan berkata UMNO sedia menerima bekas anggota PKR demi perpaduan orang Melayu dan pembangunan sejagat.

Pengerusi Gerakan Padang Serai, Tang Liang Hiang pula berkata parti itu sentiasa membuka pintunya kepada penyokong dan bekas anggota PKR.

by - TheUnspinner

PAS ikut arahan Anwar Ibrahim di Permatang Pasir


Cuba kita perihati dan amat-amati.

Permatang Pasir adalah sebahagian dari kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Brader Anwar Bin Ibrahim (B.A.B.I.). Penanti dan Permatang Pasir adlaah kawasan kuat PAS tapi Penanti diberikan kepada PKR. Situ saja PAS sudah dikencing B.A.B.I.

Lepas PRU 2008, Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang dimenangi oleh persepakatan Pakatan Rakyat. Ditempat lain seperti Perak, Kedah dan Selangor, ada pembahagian dan perkongsian jawatan dan tempat menurut parti.

PAS mendapat satu kerusi dan dipaksa berikan kerusi kepada PKR, tapi apa yang mereka dapat. Satu wakil PAS ini tidak langsung diberikan jawatan exco. Apa salahnya portfolio ugama diberikan kepada arwah Haji Hamdan.

Orang yang arahkan tak payah kasi PAS adalah Anwar Ibrahim. Kalau kita lihat keanggotaan Exco Pulau Pinang ianya didomiansi Cina DAP. Ini Anwar relakan berlaku. Bukankah dia tak tahu bahawa dalam Pulau Pinang, penduduk Melayu adalah 41% berbanding dengan Cina yang hanya 43%. Lebih hanya 2% saja. Berapa kerat saja Melayu PKR dapat tempat? PAS satu ni pun tak mahu dikasi jawatan exco.

Kita lihat sikap DAP pada PKR. Mereka sudah engkari perjanjian untuk meletakkan Yang Dipertua Majlis Tempatan pada PKR. Tak akan orang-orang PKR merusuh tak tentu pasal. Sudahlah tu.

Lim Guan Eng saja membiarkan Jeff Ooi untuk menunjuk angkuhnya. Mula2 dia bantai kata kena ikutkan amalan yang biasa. Apa pasal ikut amalan BN kalau mereka kata BN tak bagus? Jawabnya senang. Kalau Yang Dipertua adalah orang kerajaan negeri, senang Cina-CIna DAP atur dan suruh apa-apa kehendak mereka. Melayu PKR tak boleh.

Bila semua masih dok bising, Jeff Ooi pual menggunakan isu ugama dan tuduh orang PKR dari JIM mahukan negara Islam. Isu ini tak da kena mengena dengan isu tempatan. Ini menunjukkan kebencian orang DAP kepada Islam.

Jadi kenapa B.A.B.I. pilih Salleh Man jadi calun? Senang jawabnya. Pasal Salleh Man ada banyak masaalah dan mudah diakurkan. Dia pun bisu jadi tak akan mengganggu gugat dalam DUN mengenai Negara Islam dan urusan pentadbiran Islam. Orang CIna baik Gerakan mau pun DAP dah berpakat tak akan kasi can orang Melayu maju dengan enggan benarkan hartanah wakaf dimajukan.

B.A.B.I. lebih pentingkan perkongsian kuasa dengan DAP dari PAS. Agenda PKR lebih sesuai dengan PAS. Kalau Salleh man dipilih, suara PAS dan Islam akan terus sunyi di Pulau Pinang. Itu pasal Nik Aziz kena buat kenyataan bodoh pasal dia tahu UMNO saja lebih efektif untuk suara Islam di Pulau Pinang.

Nik Aziz bukan peduli pasal Islam. PAs tidak peduli pasal Islam. Mereka hanya gila kuasa dan sanggup berkompromi dengan perjuangan mereka sendiri. Itu namanya Munafik!!!

Kempen pun telah dijadikan sebagai kempen untuk Anwar. Dua malam lepas mereka bersyarah menuduh Muhyiddin pengkhianat bangsa. Ini adalah agenda Anwar yang diperjuangkan. Kalau Muhyiddin ada buat kesilapan masa lepas pun, dia masih pentingkan Melayu. Dia masih memperjuangkan Melayu.

Anwar sudah tidak mahu perjuangkan Melayu. Dia tak mahu perjuangkan hak Melayu yang tersebut dalam Perlembagaan. Dia hanya mahu undi bukan Melayu dan sedia lakukan apa saja. ANWAR SANGGUP HANCURKAN KUASA MELAYU. LIHAT APA DILAKUAKN TERHADAP PAS!!!!!

Demi Melayu, ketepikan PAS sementara. Undi UMNO!

by - TheUnspinner

Sunday, August 23, 2009

Yusri Isahak korner baring di selekoh akhir Permatang Pasir.

Yusri Isahak, rakan kongsi kepada calun Barisan Nasional di Permatang Pasir, Rohaizat Osman dalam firma Saif Ariff dan Rohaizat telah datang dari Pulau Pinang untuk memberi sidang akhbar di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang tadi.

Dalam kenyataan beliau, Yusri menyatakan penyesalan ke atas pelbagai tomahan telah dilontarkan yang menyimpang dari tujuan asal kenyataan akhbar dibuat.

Beliau meluahkan rasa sedih diatas serangan-serangan peribadi yang dilakukan terhadap Rohaizat. Disamping itu, beliau turut meluahkan penyesalan telah dibabitkan sama di dalam usaha memburukkan Rohaizat.

Baru Ogos 20hb hari Khamis lepas, beliau telah bercakap di atas pentas PKR kononnya membersihkan diri dari dikambinghitamkan berhubung dengan pembabitan bekas firma guamnya dengan Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.

Sidang akhbar hari ini agak anih dan pelik kerana Yusri seolah-olah menyesal menjadi sebab rakannya diburuk-burukkan. Beliau menyatakan pihak pembangkang bersalah melakukan serangan peribadi tetapi tidak menyatakan kesalahan pihak pembangkang.

Setelah disoal bertubi-tubi, terungkai beliau adalah peguam yang menguruskan segala urusan perundangan Koperasi. Mereka boleh dianggap sebagai klien peribadinya.

Buat kenyataan kerana marah?

Kenyataan ini agak pelik dan anih kerana Yusri seolah-olah mahu melakarkan dirinya sebagai seorang yang naif akan akibat dari membuat sidang akhbar di pejabat parti pembangkang.

Apabila ditanya kenapa beliau perlu membuat sidang akhbar di pejabat PKR, beliau berkata kerana beliau tidak ada platform. Hairannya hari ini beliau boleh dengan sendiri mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel jauh dari Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur.

Yusri menegaskan Rohaizat telah menyelesaikan masaalah dengan Koperasi dan pihak Koperasi telah menarikbalik tuntutan mereka. Perkara ini sepatutnya langsung tidak jadi isu. Apa yang terjadi sepatutnya, kata Yusri tidak jadi hukuman tetapi satu tauladan.

Beliau juga mengakui bahawa beliau telah tampil ke hadapan sebelum ini kerana marah dan kecewa.

Semasa difitnah oleh pembangkang pada hari pertama penamaan calun, Rohaizat telah menjelaskan beliau adalah mangsa keadaan dan akaun ini adalah akaun rakankongsi. Rakankongsi telah meninggalkannya dan membiarkan beliau menyelesaikan sendiri.

Mengaku Koperasi pelanggannya

Apabila diminta untuk mengesahkan beliau adalah peguam yang menandatangani perjanjian jual beli sebagai saksi, beliau memperakui. Beliau juga mengakui bahawa beliau peguam yang menguruskan hal ehwal undang-undang Koperasi. (Sila lihat perjanjian di bawah.)


Bila ditanya adakah Koperasi tersebut 'fail' beliau, Yusri cuba menafikan dengan menyatakan Koperasi adalah akaun firma.

Apabila dikatakan amalan firma-firma guaman adalah membagi-bagi fail antara peguam dan hanya beliau sahaja yang tahu dan berurusan dengan Koperasi, beliau tidak memberi jawapan yang jelas. Penafian beliau tidak cukup untuk menafikan kenyataan bahawa Koperasi adalah 'fail' dan akaun beliau.

Baru menyesal kawan diburukkan?

Yusri menyatakan beliau tidak ditawarkan ganjaran untuk tampil memberi kenyataan. Beliau memohon kesemua pihak bermuhasabah dan hentikan sengketa.

Rayuan dan penyesalan Yusri agak lambat kerana beliau telah memberi peluru dan digunakan oleh pihak PAS untuk mengadakan kempen peribadi terhadap Rohaizat. Kempen peribadi telah mencapai tahap membabitkan perkahwinan Rohaizat.

Agak lambat bagi Yusri untuk baru mengatakan Rohaizat seorang kawan, mengenali hati budinya dan anak jati Permatang Pasir yang boleh membawa perubahan yang baik kepada masyarakat setempat.

Nama Rohaizat telah diburuk-burukkan di dalam pilihanraya Permatang Pasir. Isu-isu telah lari dan kedua-dua belah pihak telah berbalas serangan peribadi dan melampau calun.

Adakah Yusri bertanggungjawab terhadap pembocoran perkara ini kepada pihak lain? Nampak sangat Majlis Peguam bersekongkol dengan Peguam Pro-Pakatan membantu menjadi perkara ini satu isu kempen.

Adakah Yusri ikhlas dengan penyesalan dan mata hampir mahu melinangkan air? Yusri masih seolah-olah masih mahu memutarbelit untuk tidak mengaku tanggungjawab dan kesalahan dirinya sendiri?

Mustahil Yusri tidak faham perkara peribadi dan tidak benar pun sanggup digunakan pembangkang untuk menjatuhkan lawan.


Sumber: AnotherBrickInTheWall



--- Dah ternyata Yusri telah diperalatkan oleh Pas dan Pakatan Ranap untuk memburukkan calon Umno/BN.

Strategi Anwar si pengkhianat Bangsa untuk memutarbelitkan isu telah musnah hari ini apabila menerima tamparan hebat berikutan pendedahan Yusri dan juga pengumuman wakil rakyat Lunas keluar dari PKR.

Ini semua membuktikan bahawa 'permainan politik kotor' Pakatan Ranap dan Pas telah memakan diri di Permatang Pasir.

Banyak lagi pendedahan akan timbul tentang betapa kotornya sikap pemimpin2 Pakatan Ranap didalam memenuhi agenda politik peribadi mereka.

Permatang Pasir menjadi permulaan langkah untuk menenggelamkan Bahtera Pakatan Ranap dari muka bumi Malaysia ini. Hancur Pakatan !!! Hancur Anwar aljuburi !!!

by - pusakaAyahnda

Permatang Pasir: Pas takut anak emas, bukannya takut Allah.


berdasarkan tinjauan sehingga 4 subuh tadi, banyak kejadian memotong banner anak emas dilakukan oleh si dajjal jentera pr
tidak cukup rohaizat di fitnah, gambarnya di potong dan dibuang

sikap kurang ajar orang pas dalam parti tidak islam

by - mySrimuara

Mahfus bercakap soal integriti ???

mahfuz selaku pengarah pilihanraya kecil permatang pasir begitu agresif menghentam peribadi calon bn mulai hari penamaan calon lagi. sidang media yang mula-mula sekali mahfuz memujuk rohaizat supaya menarik diri kerana isu moral.

bermula dengan fasa pertama semua penceramah pas menyerang rohaizat atas isu integriti peguam dan salahguna duit koperasi pekebun kecil getah. apabila mahfuz nampak isu ini tak termakan, maka mereka mengupah yusri kawan rohaizat membuat sidang media di yayasan penanti. kes peguam dah mula tidak panas .

nasrudin tantawi pula melancarkan perang isteri kedua ke atas rohaizat.mereka menyatakan rohaizat ada isteri kedua bernama rafizah.ada yang kata hafizah dan yang terbaru dari pasukan blogger pas menyebut namanya norfaezah bt mohd ali. pas membuat rakaman suara olok-olok kononnya berlaku perbualan antara ayah norfaezah dengan rohaizat. tentang kes pernikahan ini. tapi rakaman tersebut ternyata lawak bunyinya. orang pahang menggunakan loghat penang.

isu isteri kedua pun mula goyah. ada yang menyatakan tiada surat nikah hanya perjanjian bertulis dibuat antara ayah norfaezah dan rohaizat. norfaezah anak sedara tuan ibrahim tuan man. bapaknya tok guru. bapaknya yang menikahnnya sendiri. dalam hal ini, bapak faezah ternyata ingkar arahan undang-undang keluarga negeri pahang. tanpa melalui pejabat agama, bapa menikahkan anak. ( perkara ini dilaporkan dalam blogmaya tranungkite)

kedua-dua isu ini hampir kurang kepanasannya mulai ahad ini. rohaizat dianiaya oleh pas. yang merancangnya ialah mahfuz.justeru, blog mysrimuara bakal mendedahkan isu siapakah mahfuz dalam konteks berikut :

1. anak mahfuz di politeknik
2. anak mahfuz di penjara alor setar ( blog rbf)
3 . perangai mahfuz masa kerja di malaysia airport

kesimpulan awal, pembesaran mahfuz sebenarnya penuh dengan mazmumah. mahfuz gagal mendidik anak-anaknya. mahfuz bukan orang yang berpendidikan agama dan juga aliran biasa. mahfuz seorang yang hipokrit dan suka meminjam wang masa bekerja dahulu. sekarang dah bergelar datuk. itu yang mahfuz tunggu.gelaran dunia.

p/s : kempen lancar dedahkan perangai buruk mahfuz. pas terperangkap melantik naib presiden yang berkelakuan tidak senonoh.

by - mySrimuara

Pas semakin bercelaru : Dr Zamry



Dengar penjelasan yang mudah ini oleh Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

PAS tak mendengar nasihat tok guru mereka sendiri yang mencaci orang yang menyerang batang tubuh ketika berkempen

jadinya senjata makan tuan lah, kini jentera kempen PAS di Permatang Pasir di sumpah laknat oleh Tok Guru mereka sendiri.

PRK Permatang Pasir penanda bermulanya Zaman Kejatuhan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


Analisis Kumbang...

Melihat pada PRK Permatang Pasir yang sedang berlangsung ini. Kumbang melihat dan menganalisis beberapa perkara yang terlepas pandang oleh kita semua. Iaitu mengenai Tuk Guru 'kesayangan' kita Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Apa yang berlaku sekarang di Kem Pas Permatang Pasir adalah mereka engkar dengan jaminan atau yang kumbang kira sebagai arahan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk tidak menyerang peribadi calon tetapi hanya mengkritik dasar-dasar parti.
Klik sini untuk melihat jaminan Nik Aziz tersebut.

Tetapi apa yang berlaku pimpinan PAS,para blogger dan penyokong PAS sendiri engkar dengan arahan yang diutarakan Nik Aziz ini dengan mula menyerang peribadi Calon BN,Rohaizat.

Dimulakan dengan kontroversi Rohaizat digantung sijil amalan guamannya sejurus penamaan calon Ahad lalu dan semalam Ustaz Nasaruddin Tantawi mula mendakwa bahawa Rohaizat mempunyai isteri kedua di Pahang. Perkara ini jelas menunjukkan serangan peribadi dimainkan di Permatang Pasir dan jaminan serta arahan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat supaya serangan peribadi tidak dimainkan di Permatang Pasir 'dibakulsampahkan' pimpinan PAS,para blogger dan penyokong PAS.

Pada Kumbang di Permatang Pasir inilah bermulanya kejatuhan seorang pemimpin yang bernama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Perkara ini pernah terjadi kepada Tunku Abdul Rahman,Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Asri bekas pimpinan PAS sendiri yang pernah digelar wira dikalangan parti dan penyokong mereka tetapi akhirnya mereka mengalami zaman kejatuhan dengan pelbagai tuduhan, berasaskan apa yang mereka lakukan di penghujung karier politik mereka.

Apa yang Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat lakukan?

Kumbang tak mahu ceritakan apa yang Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat lakukan. Anda boleh lihat di link ini dan nilailah sendiri kenyataan-kenyataan ini dan di samping kenyataan flip-flop Nik Aziz mengenai kroni serta lompat parti yang diucapkan beliau awal tahun lalu. Yang mana natijahnya perkara ini akan menyebabkan arahan dan jaminan beliau kini hanya layak untuk 'dibakulsampahkan' oleh pimpinan PAS,para blogger dan penyokong PAS sendiri.

Menurut maklumat yang Kumbang terima arahan serangan peribadi ini telah dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim. Jika benar perkara ini, ini bermakna kata-kata dan arahan Anwar Ibrahim kini begitu bermakna di kalangan pimpinan PAS,para blogger dan penyokong PAS tetapi jaminan serta arahan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bagi mereka hanya layak untuk ' dibakulsampahkan'.

Adakah wujud gerakan 'underground' menafikan arahan dan pendirian Nik Aziz di dalam PAS?

Jika ini berlaku Nik Aziz kini perlu bersedia untuk berundur dan bermuhasabah.
Beliau perlu sedar,PAS kini sudah lebih liberal di bawah Mursyidul Am Baru, Anwar Ibrahim.

Persoalannya adakah pimpinan PAS,para blogger dan penyokong PAS peduli?

PRK Permatang Pasir : Agenda Peribadi Anwar Ibrahim


Analisis Kumbang..

Seperti dijanjikan semalam,Kumbang akan mendedahkan apakah strategi dan arahan-arahan Anwar Ibrahim di PRK Permatang Pasir. Yang mana boleh dirumuskan arahan-arahan beliau ini mempunyai maksud tertentu dan beliau sendiri mempunyai kepentingan kepada arahan-arahan ini.

Mari kita semak satu-persatu arahan-arahan Anwar Ibrahim di PRK Permatang Pasir.

Dato’ Seri ANWAR IBRAHIM telah mengeluarkan arahan pada mesyuarat tertutup Pakatan Pembangkang supaya para penceramah dan jentera kempen PR lebih memberi tumpuan kepada isu-isu berikut dalam usaha meraih sokongan pengundi mulai 23-25 OGOS 2009 iaitu bermula pada hari ini sehingga menjelangnya hari mengundi.

Kumbang berharap selepas pendedahan ini, jentera anti Anwar Ibrahim di sana bolehlah memikirkan cara bagaimana untuk menangani dan spin isu-isu di bawah.

Isu-isu tersebut ialah:-

Pertama ialah mengenai pelantikan Dato’ AHMAD ZAHID HAMIDI selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang dikatakan tidak mendapat persetujuan dari sebahagian besar pimpinan UMNO Negeri. Menurut mereka, jawatan tersebut sepatutnya diberikan kepada Dato’ AZHAR AHMAD, ADUN PENAGA merangkap Setiausaha UMNO Pulau Pinang.

Samada benar atau tidak,isu ini sengaja ingin dimainkan Anwar untuk memecah-belahkan UMNO Pulau Pinang di saat akhir menjelang hari mengundi 25 Ogos nanti. Hal ini dibuktikan dengan Demo di Bukit Mertajam jumaat lalu yang membantah tindakan Zahid Hamidi berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel,yang mana demo ini sengaja diadakan untuk mewujudkan kebencian ahli-ahli UMNO dan Pengundi Permatang Pasir kepada Zahid Hamidi.

Isu kedua ialah serangan habis-habisan terhadap peribadi calon BN,Rohaizat yang mana berkenaan penggantungan lesen firma guaman Rohaizat oleh Bar Council berhubung isu penyelewengan bayaran wang guaman,penyelewengan wang Koperasi RISDA sebanyak RM 240,000 yang dipegang oleh Rohaizat dan kononnya UMNO ketandusan calon sehingga sanggup memilih calon yang terlibat dalam pelbagai skandal penyelewengan wang rakyat.

Yang mana kesemua isu serangan peribadi ini adalah sengaja dimainkan Anwar untuk mengaburi segala kelemahan jentera Pakatan Pembangkang di Permatang Pasir.Klik sini untuk melihat laporan Kumbang mengenai perkara ini.

Arahan dan isu kedua ini dikatakan disahut oleh calon PAS Salleh Man dan penyokong PAS yang memihak kepada Anwar Ibrahim yang mana Salleh Man dikatakan akan mengedar sebanyak 15,000 keping risalah bertajuk “Apakah Pemimpin UMNO Buat Untuk Melayu Pulau Pinang” dan “Rohaizat Diminta Tarik Diri” serta beliau juga telah menjalankan kempen melalui internet dengan bantuan beberapa “bloggers” pro Anwar Ibrahim untuk memberi tekanan kepada UMNO. Hal ini dilakukan supaya UMNO tidak mengambil perhatian terhadap kempen membawa kemajuan kepada Permatang Pasir tetapi hanya memberi tumpuan membersihkan kredebliti calon mereka sahaja dan usaha ini dikatakan sebagai bertujuan memecah-belahkan penyokong dan ahli-ahli UMNO.

Apa yang sebenarnya di sebalik arahan-arahan Anwar Ibrahim ini?

Merenung kembali arahan-arahan Anwar ini yang membelakangkan amanat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat supaya tidak menyerang peribadi calon lawan. Kumbang cuba untuk mencari punca kenapa Anwar lebih bersungguh-sungguh berkempen di Permatang Pasir.

Pertama, menurut apa yang Kumbang dengar.Pimpinan PAS termasuk Presiden PAS,Haji Hadi sendiri amat tidak berpuas hati dengan Anwar Ibrahim kerana gagal meyakinkan Lim Guan Eng untuk memberi jawatan exco kepada Allahyarham Pak Hamdan, bekas adun Permatang Pasir selepas pilihanraya umum yang lalu.

Disebabkan itu pimpinan PAS dilaporkan tidak turun untuk membantu kerana melakukan protes terhadap Anwar disebabkan tiada apa-apa yang akan mereka dapat jika menang di Permatang Pasir melainkan Anwar yang akan dapat mengekalkan momentum sokongan beliau.Disebabkan hal ini juga ada pihak di kalangan PAS sendiri yang dikatakan memboikot dan mensabotaj calon PAS di Permatang Pasir.Klik sini untuk melihat laporan Kumbang mengenai perkara ini. Selain daripada itu juga kita dapat lihat hanya Salleh Man yang bersungguh-sungguh berkempen dengan rakan beliau Mahfuz Omar tanpa bantuan pimpinan PAS yang lain.

Kedua ialah Anwar Ibrahim melihat bahawa sokongan beliau di Permatang Pasir dan di negeri sekitar utara semenanjung semakin berkurangan,ini dibuktikan dengan Adun Lunas yang bertindak keluar PKR pada hari ini(23 Ogos 2008) dan di Permatang Pasir sendiri sokongan Muslimat Pas dikatakan tidak memihak kepada Anwar. Hal ini dibuktikan dengan keengganan Muslimat Pas Permatang Pasir untuk membantu Wanita PKR pada PRK Permatang Pauh yang lalu disebabkan mereka percaya Anwar terbabit dengan tuduhan liwat. Perkara ini turut menyebabkan Anwar kalah di 2 Peti Undi Kawasan Permatang Pasir pada PRK Permatang Pauh yang lalu.

Atas dasar sokongan melayu termasuk ahli-ahli yang semakin berkurangan kepada Anwar di Permatang Pasir inilah, Saleh Man dan jentera PAS yang masih memihak kepada Anwar Ibrahim akan memberi tumpuan sepenuhnya di kawasan majoriti pengundi Cina iaitu Kg. Cross Street, Sama Gagah dan Permatang Pauh dan bagi memastikan PAS mendapat sokongan pengundi cina.

Salleh Man juga dikatakan telah menonjolkan hubungan baik dengan LIM Guan Eng, Ketua Menteri Pulau PINANG dan Dato’ Seri Ir. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN, Bekas MB PERAK.Yang mana tindakan ini adalah atas arahan Anwar Ibrahim yang menyedari hanya undi daripada kaum Cina yang dapat menentukan kemenangan Pakatan Pembangkang di Permatang Pasir.

Khulasahnya, kemenangan PRK Permatang Pasir adalah hanya matlamat peribadi Anwar Ibrahim untuk membuktikan sokongan kepada beliau semakin kuat bukan bermatlamat untuk memenangkan calon PAS. Hanya Saleh Man,Mahfuz Omar dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sahaja yang membantu Anwar. Sedangkan kepimpinan PAS yang lain lebih senang melihat daripada jauh kerana tidak yakin dengan Anwar Ibrahim mampu membantu perjuangan PAS.

Pimpinan PAS yang lain ternyata jelek dengan Anwar Ibrahim yang hanya mendiamkan sahaja apa yang dilakukan oleh DAP di Selangor. Kumbang juga mendengar khabar angin PAS di Selangor hanya menunggu masa dan ketika sahaja untuk menyeberang ke Barisan Nasional.

Adakah selepas PRK Permatang Pasir selesai?
Kita sama-sama tunggu..

Persoalan di atas semua kecelaruan ini,
Sampai bila PAS akan menggadaikan prinsip dan menjadi alat untuk Anwar Ibrahim meraih kuasa?
Sampai bila ahli-ahli PAS akan tunduk kepada Anwar Ibrahim dan membelakangkan arahan dan amanat pemimpin mereka sendiri?

Kepada ahli-ahli PAS dan Para Pengundi Permatang Pasir fikir-fikirkanlah...

Permatang Pasir: Nilaikan-pilihan-terbaik-anda

"Muhammad itu Pesuruh Allah. Dan orang yang bersamanya mempunyai sifat keras dan tegas terhadap orang kafir, dan berkasih sayang antara mereka". Al-Fath:29
Rakyat DUN Ptg Pasir diberi peluang, renunglah tol Sg. Nyior lama-lama dan pusat gay yang berleluasa di Penang,
Orang-orang PAS menanam sifat kebencian sesama Islam dari PASTI hingga IPT, dari surau ke Masjid, dari usrah ke ceramah. Manakala menikus dan memberi lesen hina Islam kepada kafir harbi. Bersalahan dengan ayat di atas yang menyifatkan orang muslim harus berkasih-sayang sesama muslim dan bersifat keras dan tegas terhadap kafir.

Rakyat DUN Ptg Pasir harus membebaskan diri mereka dari mind set ini demi agama, bangsa dan negara. Memberi kemenangan kepada calon PAS hanya memberi kemenangan kepada DAP.

Calon PAS tidak akan ada suara di dalam pemerintahan DAP, lihat saja apa yang berlaku di Selangor. Suara Hassan Ali menentang penjualan arak di kawasan majoriti Muslim ditentang keras hingga menuntut beliau meletak jawatan, tambahan lagi MB Melayunya juga menyebelahi DAP, dan akhirnya kemenangan berpihak kepada DAP jua.

Kalau dahulunya Gerakan memerintah, Gerakan tetap patuh kepada dasar UMNO sebagai parti tonggak. Tapi kini DAP yang memerintah Pulau Pinang sebagai parti pembangkang mereka tidak lagi patuh pada dasar Melayu UMNO jauh sekali dasar PAS. Lihat saja di negeri-negeri yang diperintah PAKATAN kuasa sebenar ada pada DAP bukan PAS atau PKR.

Rakyat DUN Ptg Pasir diberi peluang, renunglah tol Sg. Nyior lama-lama dan pusat gay yang berleluasa di Penang, ambillah peluang ini untuk menyatakan bantahan kepada DAP yang mempersoalkan hak mutlak orang Melayu, hina Islam dan mungkir janji.

Hanya calon BN saja mampu menyuarakan ketidak puasan hati anda itu kerna calon PAS akan tunduk dan akur kepada DAP, mana boleh lawan tokey.

BN pembangkang efektif kepada DAP!

by - Junah

MENGENAI CALON BN : Apa Rakyat Permatang Pasir Perlu Tahu?


Bekenaan Calon BN, Rohaizad dan mengapa rakyat Permatang Pasir harus mengangkatnya menjadi ADUN N11 Permatang Pasir:

- Yang Jelas Rohaizat layak bertanding!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah di dakwa di mana-mana Mahkamah atas dakwaan mereka!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah di liwat!

- Yang Jelas Rohaizat tidak ada kes Meliwat!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah bergambar bogel semasa tidur dan berbaring!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah ditangkap basah dengan Norma di Kota Bharu!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah berperang dengan SPRM untuk menutup kesalahannya!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah mengikari arahan polis hingga di sembur dengan pemedih mata dan water canon!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah menyeru secara sesat mengajak orang ramai berkawan dengan setan dan iblis!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah berkata yang tuhan mencarut!

- Yang Jelas Rohaizat bukannya pelacur murahan politik yang sanggup menggadai agama demi serakah politik yang sempit!

- Yang Jelas Rohaizat bukannya Melayu yang lupa diri dan kurang ajar dengan merelakan ISA dan DEB dihapuskan!

- Yang Jelas Rohaizat bukannya penyeleweng kuasa dan duit rakyat yang mahu menggunakan duit zakat untuk pembangunan kuil, arak dan judi!

- Yang Jelas Rohaizat bukan pengkhianat Bangsa, Agama dan Negara!

- Yang Jelas dan Pasti Rohaizat ialah anak Melayu yang Faham, Sedar dan Insaf akan keperluan dan kehendak Bangsanya yang masih perlukan pembelaan, Yang sedar bahawa dengan tertegaknya kuasa Bangsanya di Watan tercinta ini maka akan tertegak lah Agama Islam yang Bangsa nya Anuti, Kesedaran ini lah yang diperlukan oleh Negara! Bagi Negara Rohaizat ialah PANGLIMA!!!

calon PAS?

>>>> ADUN PKR DUN LUNAS di Kedah umum keluar dari parti. Beliau juga merupakan seorang EXCO Pelancongan di negeri Pimpinan Ustaz Azizan itu. Selain itu, beberapa Bahagian PKR turut dibubarkan kerana sudah tidak percaya akan perjuangan Parti Keadilan Rakyat.

>>>> BUKTI RAKAN ROHAIZAD YANG BERURUSAN DGN KOPERASI GETAH,...siapa yang paksa rakan kongsi Rohaizad untuk menipu pada rakyat Permatang Pasir???

(http://www.theunspinners.blogspot.com/2009/08/unspin-dokumen-yusri-terlibat-dengan.html)

>>>> Berdasarkan sumber dalaman PAS,...MB Kedah telah menyumbangkan duit untuk kempen di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir,..jika betul, rakyat Kedah harus bangkit menentang 'pencabulan dana negeri' ini!!!

by - SuaraDemokrasi

Anak Mahfudz pernah ditangkap kerana DADAH!!??


Mahfudz Omar adalah Pengarah Pilihanraya PAS untuk PRK Permatang Pasir. Padahal kawasan ini adalah kawasan Mat Sabu. Oleh sebab beliau adalah Naib Presiden, beliau yang ditugaskan jawatan itu.

Peranan Mahfudz nampaknya lebih daripada peranan seorang Pengarah Pilihanraya. Calun PAS Salleh Man nampaknya adalah orang bisu. Tak boleh bercakap tanpa teks. Ini bermakna beliau tak akan jadi efektif apabila menjadi satu-satu suara bukan PKR dan DAP di DUN Pulau Pinang. Macam mana nak cakap pun tak pandai?

Orang PAS kononnya sangat cekap berhujah dan bersyarah. Rupanya masih ramai yang bisu. Hairannya adakah logik seorang bekas pendidik dan aktivis lama PAS boleh bisu? Macam mana dia secara seorangan akan pertahankan dan perjuangkan hak Islam bila berdepan dengan keling-keling PKR dan penjawat DAP seperti Jeff Ooi yang biadap dan angkuh? Apa yang berlaku di Selangor akan berlaku dengan lebih teruk di Pulau Pinang!

Sebab calun bisu dipilih, peranan Mahfudz Omar untuk menjadi burung yang berkukur. Kita tau Mahfudz seorang yang lantang dan tak takut bercakap. Bab cabar mencabar dan putar belit kata-kata kita kasi pada Mahfudz. Dengan Mat Sabu, dia kita bawah sikit saja. Cuma Mat Sabu tahap tinggi pasal dah main bini orang. Bandingkan dua-dua ini, sama-sama bodoh tak tau apa sebenarnya.

Mahfudz ni cakap saja lantang tetapi sebenarnya isi kandung tak ada apa. Dia bukan orang cerdik sangat pun. Naik Ketua Pemuda padanya Salahuddin Ayub boleh menang Naib dengan sekali cuba. Mahfudz tanding berkali-kali baru dapat. Nasib baik pasal Husam dan Mat Sabu tanding.

Kalau berbicara, kandungannya hanya maki hamun dan kata mengata. Fitnah orang itu ini pandai tapi bukti tak tau macam tuduh Najib suruh bersihkan nama dia. Belit cakap dan label melabel saja dia tau.

MP yang pertahan Nizar buat kerja macam monyet di parlimen terjerit-jerit memakai lilit kepala adalah Mahfudz. Kerja-kerja bodoh kasilah pada Mahfudz.

Pihak yang mendedahkan calun PAS kaki sakau duit telah beri butiran tetapi dia tidak berdaya untuk sangkal butiran yang diberi. Kepandaian Mahfudz hanya setakat cabar orang anak jantan untuk dapat headline akhbar. Dokumen ada dan pihak odit boleh jelaskan, tunjuklah! Atau akaun PAS tak ada tukang odit??? Macam mana cakap pasal ketelusan???

Orang kalau nak ngata atau tegur orang itu, sendiri mesti betul. Ketam tak boleh ajar anaknya berjalan lurus. Sekarang kita tanya Mahfudz yang pandai mengata orang, memaki, putarbelit dan fitnah orang lain, adakah dia manusia atau ketam????

Kalau diri begitu sempurna untuk kononnya bertanggungjawab menegur, BETULKAH ANAK MAHFUDZ PERNAH DITANGKAP DAN DITAHAN KERANA PENYALAHGUNAAN N.AJIS DADAH???????????????

Sila jawab kalau jantan! Tak payah cabar atau putarbelit. Buktikan anak itu tak pernah ditahan. Ada pihak ada bukti anak Mahfudz terlibat. Itulah kenyataan mengenai parti yang hanya dok pandai bertakbir. Sebenarnya mereka ini TAKE BEER!!!!


by - TheUnspinner

PANAS! Salleh Man gaduh dengan Mujahid malam tadi!!!

PANAS! Salleh Man gaduh dengan Mujahid malam tadi!!!



Blog Keris Putera menceritakan malam tadi ada peristiwa panas berlaku di belakang pentas peti undi Bukit Indera Mulia.

Panas! Panas!

Salleh Man, calun PAS di Permatang Pasir kelihatan bergaduh denegan Mujahid Yusof Rawa.

Ini pasti rasa tidak puashatinya terhadap Mujahid yang telah memboingkar rahsia duit. Isu duit kempen PRK Permatang Pauh dan sekolah pintar PAS hanya diketahui oleh Mujahid. Pasal benda ini bocor Salleh Man yakin Mujahid cuba sabotaj dia masa pilihanraya kecil ini.

Pergaduhan selama 5 minit ini berlaku selepas sahaja Salleh man memberi ceramah dan beliau terperasan MUjahaid berada di belakang pentas.

Salleh Man di tahap tertekan yang amat tinggi. Riak muka wajah Salleh Man pun nampak macam dah tak larat nak terus berkempen lagi. Takut dia kena sakit jantung sebelum hari pembuangan undi. Apa akan jadi jika berlaku? PRK lagi tetapi kali ini kira PRK dalam PRK ... heheheh.

Selamat berpuasa. Dalam puasa tak boleh berbohong. Hilang pahala.

PAS ikut arahan Anwar Ibrahim di Permatang Pasir


Cuba kita perihati dan amat-amati.

Permatang Pasir adalah sebahagian dari kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Brader Anwar Bin Ibrahim (B.A.B.I.). Penanti dan Permatang Pasir adlaah kawasan kuat PAS tapi Penanti diberikan kepada PKR. Situ saja PAS sudah dikencing B.A.B.I.

Lepas PRU 2008, Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang dimenangi oleh persepakatan Pakatan Rakyat. Ditempat lain seperti Perak, Kedah dan Selangor, ada pembahagian dan perkongsian jawatan dan tempat menurut parti.

PAS mendapat satu kerusi dan dipaksa berikan kerusi kepada PKR, tapi apa yang mereka dapat. Satu wakil PAS ini tidak langsung diberikan jawatan exco. Apa salahnya portfolio ugama diberikan kepada arwah Haji Hamdan.

Orang yang arahkan tak payah kasi PAS adalah Anwar Ibrahim. Kalau kita lihat keanggotaan Exco Pulau Pinang ianya didomiansi Cina DAP. Ini Anwar relakan berlaku. Bukankah dia tak tahu bahawa dalam Pulau Pinang, penduduk Melayu adalah 41% berbanding dengan Cina yang hanya 43%. Lebih hanya 2% saja. Berapa kerat saja Melayu PKR dapat tempat? PAS satu ni pun tak mahu dikasi jawatan exco.

Kita lihat sikap DAP pada PKR. Mereka sudah engkari perjanjian untuk meletakkan Yang Dipertua Majlis Tempatan pada PKR. Tak akan orang-orang PKR merusuh tak tentu pasal. Sudahlah tu.

Lim Guan Eng saja membiarkan Jeff Ooi untuk menunjuk angkuhnya. Mula2 dia bantai kata kena ikutkan amalan yang biasa. Apa pasal ikut amalan BN kalau mereka kata BN tak bagus? Jawabnya senang. Kalau Yang Dipertua adalah orang kerajaan negeri, senang Cina-CIna DAP atur dan suruh apa-apa kehendak mereka. Melayu PKR tak boleh.

Bila semua masih dok bising, Jeff Ooi pual menggunakan isu ugama dan tuduh orang PKR dari JIM mahukan negara Islam. Isu ini tak da kena mengena dengan isu tempatan. Ini menunjukkan kebencian orang DAP kepada Islam.

Jadi kenapa B.A.B.I. pilih Salleh Man jadi calun? Senang jawabnya. Pasal Salleh Man ada banyak masaalah dan mudah diakurkan. Dia pun bisu jadi tak akan mengganggu gugat dalam DUN mengenai Negara Islam dan urusan pentadbiran Islam. Orang CIna baik Gerakan mau pun DAP dah berpakat tak akan kasi can orang Melayu maju dengan enggan benarkan hartanah wakaf dimajukan.

B.A.B.I. lebih pentingkan perkongsian kuasa dengan DAP dari PAS. Agenda PKR lebih sesuai dengan PAS. Kalau Salleh man dipilih, suara PAS dan Islam akan terus sunyi di Pulau Pinang. Itu pasal Nik Aziz kena buat kenyataan bodoh pasal dia tahu UMNO saja lebih efektif untuk suara Islam di Pulau Pinang.

Nik Aziz bukan peduli pasal Islam. PAs tidak peduli pasal Islam. Mereka hanya gila kuasa dan sanggup berkompromi dengan perjuangan mereka sendiri. Itu namanya Munafik!!!

Kempen pun telah dijadikan sebagai kempen untuk Anwar. Dua malam lepas mereka bersyarah menuduh Muhyiddin pengkhianat bangsa. Ini adalah agenda Anwar yang diperjuangkan. Kalau Muhyiddin ada buat kesilapan masa lepas pun, dia masih pentingkan Melayu. Dia masih memperjuangkan Melayu.

Anwar sudah tidak mahu perjuangkan Melayu. Dia tak mahu perjuangkan hak Melayu yang tersebut dalam Perlembagaan. Dia hanya mahu undi bukan Melayu dan sedia lakukan apa saja. ANWAR SANGGUP HANCURKAN KUASA MELAYU. LIHAT APA DILAKUAKN TERHADAP PAS!!!!!

Demi Melayu, ketepikan PAS sementara. Undi UMNO!

by - TheUnspinner

Dua pengakuan tentang songlap Salleh Man di Permatang Pasir.









benda tak elok to susah nak sorok, tambah lagi bila awak sendiri asyik sebok nak singkap kain orang

padan muka kau Mat Salleh

by - KitaAnakMelayu

Pas semakin terdesak di Permatang Pasir.


Nampaknya, puak puak Pas yang mana makin lama makin terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir yang mana akan berubah milik kepada BN InsyaAllah pada PRK Permatang Pasir kali ini.
Biasalah, bila orang cakap tak serupa bikin buat pandai, jadi macamtu la. Pada permulaannya, Mursyidul Am Pas, Tok Garu Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menegaskan, bukan cara berlawan Pas menggunakan isu peribadi, tetapi sekarang apa dah jadi? Memang Pas, Nik Aziz, Mahfuz Omar dan juga Salleh Man sendiri cakap tak serupa bikin. Semua hak tuih!

Isu perkahwinan kedua Rohaizat telah menjadi modal memburuk - burukkan calon BN itu dan perasangka penulis, kejadian pada PRK Parlimen Permatang Pauh tahun lepas akan berlaku iaitu bapa mertua Rohaizat akan dibawa ke pentas Pas untuk berucap berkaitan isu ini.

Biasalah, buat macam anda tak kenal Pas, apa cara sekalipun sama ada baik ataupun buruk pasti mereka akan gunakan untuk memenangkan calon "tak ong" mereka, Salleh Man. Berikut adalah laporan Malaysiakini berkaitan isu Perkahwinan Kedua Rohaizat :

Ditanya mengapa baru sekarang mendedahkan perkara ini, Mohamad Ali berkata beliau sebagai bapa tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga anaknya.

Sebagai seorang suami, katanya, Rohaizat adalah orang yang bertanggungjawab mengurustadbir urusan keluarganya."Apabila ada pengaduan (masalah), saya hanya tolong memberi jalan (menyelesaikan masalah) untuk kebaikan mereka. Saya hanya boleh nasihatkan pasangan, itu sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Ali optimis bahawa masalah Rohaizat-Rafizah ini dapat diselesaikan tanpa mengundang kepada perceraian antara anak dan menantunya itu.

"Belum ke tahap perceraian (dalam usaha) untuk membina keluarga. Perceraian adalah jalan yang terakhir. Saya mahu mengelak daripada perpisahan. Saya tak mahu mereka bercerai berai.

"Perkara ini boleh diselesaikan melalui perbincangan keluarga dan tidak perlu pergi ke mahkamah," katanya.
Sebuah kenyataan yang bodoh dan tak masuk dek akal yang diberikan oleh bapa mertua Rohaizat. Kenapa pakcik masa ni baru nak kecoh pasal benda ni? Mentang - mentang Rohaizat jadi calon untuk PRK N11 Permatang Pasir, baru pakcik nak kecoh pasal isu peribadi ni?

Berapa banyak duit orang Pas berikan pada pakcik untuk buka mulut tentang isu ini, Hal peribadi, hal keluarga nak dedahkan pada orang ramai, tak malu ke? Lagipun, kalau tak mahu nak jelaskan pada orang ramai tentang ini, naik mahkamah sudahlah. Bikin malu saja.

Tak perlu nak main kotor lah wahai orang Pas durjana. Dasar mempergunakan agama untuk politik kotor. Takebeeeer..

by - pewarisMelayu

N11: Samseng telor setengah masak Pas.

Program Puteri Umno bersama warga emas.


Beramah mesra dengan warga emas


Samseng upahan Pas mula muncul.


Makin ramai 'ayam betina' Pas muncul


Puteri Umno dikepong samseng Pas.


Hanya berani menunjukkan 'telur' dihadapan wanita.


Kepala samseng Pas yang 'telur separuh masak'.


Ajaran tok gundu, tunjukkan kejantanan hanya pada wanita.


Puteri beredar untuk tidak mengeruhkan suasana.





Samseng-samseng Pas telah muncul di Permatang Pasir.

Malangnya samseng - samseng pencacai kelahiran Pas hanya menzahirkan 'telur' mereka dihadapan puteri - puteri Umno yang rata2nya terdiri dari kaum yang lemah.

Pencacai2 hasil asuhan ajaran samseng ini secara melulu tanpa rasa malu menunjukkan sifat ganas mereka terhadap sekumpulan puteri Umno yang didalam program bantuan kepada warga emas di Kampung Sama Gagah.

Cacian dan makian dihamburkan kepada Pergerakan Puteri Umno oleh samseng - samseng Pas ini tanpa mengira kesucian bulan Ramadan yang mulia ini. Agaknya para pencacai2 Pas ini tidak berpuasa ataupun 'bebal' dan 'benak' tak faham erti sebenar maksud berpuasa.

Lihatlah sendiri tingkah laku ajaran sebenar yang diajar pemimpin2 Pas kepada jemaah mereka. 'Telur' mereka hanya timbul apabila berhadapan dengan wanita tetapi kembali tenggelam masuk kedalam perut bila berhadapan dengan lelaki.

OLEH : PUSAKA AYAHNDA

Saturday, August 22, 2009