Saturday, January 9, 2010

PROGRAM PERTAMA KE ARAH MENAWAN KEMBALI PENANTI & PERMATANG PAUH


Guar Jering Satu perjumpaan telah diatur bersama YB Seberang Jaya Datuk Ariff Shah, YB angkat Penanti Hj Rahim dan YB angkat Permatang Pasir Saudara Mohd Zaidi bersama dengan pergerakan UMNO Cawangan Guar Jering bagi meraikan beberapa orang saudara baru dari ahli PAS yang telah menyertai UMNO. Tujuan mereka menyertai UMNO adalah kerana mereka telah hilang kepercayaan kepada PAS yang telah bersekongkol bersama PKR dan DAP hinggakan Hudud yang menjadi tunjang PAS selama ini telah dilenyapkan dalam Dasar Pakatan rakyat. Menurut ketua Cawangan Guar Jering Saudara Saiful Azhar beliau merasa terharu diatas kedatangan YB serta YB angkat dan juga beberapa exco pemuda bahagian yang telah menunjukkan keperihatinan terhadap setiap program yang diaturkan oleh Cawangan Guar Jering, ini sekaligus setiap ahli UMNO dapat merasakan yang mereka juga dihargai. YB Datuk Ariff ternyata mesra rakyat apabila bergegas datang selepas beritahu bahawa terdapat kematian dikampung tersebut.
Pemimpin Bahagian bergambar kenangan selepas selesainya majlis.


Kelihatan YB Angkat Penanti sedang berbincang serta memberi pendapat.


Turut Serta Ketua Pemuda bahagian. Saudara Mohd Zaidi.


YB Ariff Shah tidak ketinggalan memberi sedikit ucapan tentang pemasaalahan yang berlaku.
dan kelihatan Veteran UMNO Guar Jering turut bersama-sama memberi sokongan.


sumber : penanti bangkit

Monday, January 4, 2010

UMNO Permatang Pauh wujud wakil rakyat angkat





PERMATANG PAUH – UMNO mewujudkan wakil rakyat angkat mereka di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) khusus bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat di kawasan tersebut dengan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah berkata, keputusan tersebut dibuat Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri yang diadakan baru-baru ini.

Menurutnya, dua calon telah pun dipersetujui bagi mengisi dua jawatan di DUN Penanti dan DUN Permatang Pasir dalam Parlimen Permatang Pauh.

“Hasil mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri baru-baru ini telah pun memutuskan dan bersetuju untuk memilih Timbalan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rahim Man sebagai wakil rakyat angkat di DUN Penanti, manakala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Zaidi Said sebagai wakil rakyat angkat di DUN Permatang Pasir.

“Fungsi dan peranan mereka ini sama seperti wakil rakyat yang lain, cuma mereka tidak mempunyai hak untuk menandatangani sebarang dokumen dan ia perlu dirujuk kepada wakil rakyat sebenar.

“Rakyat yang mempunyai sebarang masalah boleh merujuk kepada wakil rakyat angkat ini dan mereka akan menjalankan peranan untuk membantu rakyat dengan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui pada Program Skim Bantuan Persekutuan Ceria ke Sekolah di Dewan Majlis Peraduan dan Kebajikan Rakyat Pulau Pinang (MKRPP), di sini, kelmarin.

Beliau berkata, wakil rakyat angkat tersebut juga akan membuka pusat khidmat di kawasan masing-masing dan rakyat yang ingin membuat sebarang aduan boleh berkunjung ke pusat khidmat mereka.

Dalam pada itu, beliau turut difahamkan wakil rakyat angkat berkenaan juga dibayar elaun bagi melaksanakan tugas tersebut dan pelantikan mereka berkuat kuasa 1 Januari 2010.

Justeru, katanya, diharap dengan adanya wakil rakyat angkat tersebut dapat membantu membela nasib rakyat dan tidak mahu hak mereka ditidakkan dalam apa situasi sekali pun.

Sunday, January 3, 2010

Pemuda UMNO PP bantah Isu Kalimah Allah











Suara umat Islam yang menentang penggunaan kalimah Allah oleh gereja Khatolik ini semakin hari semakin meningkat . Hari ini Pemuda UMNO Pulau Pinang juga membantah penggunaan kalimah Allah digunakan oleh gereja disertai KP UMNO Bahagian di negeri Pulau Pinang. Sidang media ini diketuai oleh Sdr Ir Shaik Hussein , Naib Ketua Pemuda UMNO PP .

Tun Mahathir juga menyuarakan kebimbangan mengenai perkara iaitu kemarahan umat Islam
jika penggunaan perkataan Allah oleh agama lain tidak dihalang. klik di sini

PB juga menyokong usaha JPM dan KDN sendiri segera memfailkan rayuan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat oleh Hakim bukan Islam yang tidak tahu mengenai Islam .Akhirnya suara rakyat yang beragama Islam didengar oleh kerajaan Najib dan bukannya seperti pemimpin PAS yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi nama Allah digunakan di gereja .


Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jamil Khir Baharom hari Sabtu dalam satu kenyataan berkata, JPM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung dengan keputusan Mahkamah Tinggi Khamis lalu demi memastikan kesucian Islam terpelihara.

Serentak itu beliau meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam agar bertenang dan memberi peluang agar perkara berkenaan diselesaikan melalui proses perundangan negara.

Saya akan mengambil langkah untuk mengadakan pertemuan dengan pihak NGO dalam masa terdekat bagi mendengar pandangan mereka dan membincangkan perkara ini selanjutnya, " katanya dalam kenyataan tersebut.

Link berkaitan isu ini

Kalimah Allah - Tun M dan Nasharuddin nyatakan kebimbangan

http://abangtuah.blogspot.com/2010/01/pejuang-melayu-hebat-menyanggah-khalid.html

http://azlishukri.blogspot.com/2010/01/isu-nama-allah-menjawab-kebobrokan.html


Wednesday, December 30, 2009

Adun Datuk Keramat malas turun padang jumpa rakyat



JALAN P RAMLEE – Isu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh yang dikatakan penduduk tidak turun padang masih :berterusan.

Terdahulu Sinar Harian menemui ADUN berkenaan bagi meminta penjelasan, namun penjelasan yang terpampang di akhbar masih belum memuaskan hati penduduk.

Kemungkinan geram dengan sikap Jagdeep yang masih tidak mahu turun padang, penduduk Jalan P Ramlee bersama Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah (Pekida) Daerah Timur Laut, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) bekerjasama mengadakan gotong-royong.

Pengerusinya, Sophian Mohd Zain berkata, gotong-royong yang melibatkan kira-kira lima hingga enam kilometer sepanjang kawasan P Ramlee itu sebagai langkah mengindahkan semula kawasan itu.

Menurutnya, penduduk bukan sengaja mahu mendesak Jagdeep namun mahu ADUN berkenaan sendiri mendalami masalah penduduk.

“Dalam laporan yang telah dibalas Jagdeep, semua penduduk yang memberikan penjelasan itu bukannya penduduk Jalan P Ramlee, dan sekali lagi kami tegaskan, ini adalah masalah Jalan P Ramlee dan bukannya Kebun Lama ataupun Kampung Masjid.

“Kami mahu ADUN ke sini, tetapi beliau hanya menuduh kami pula tidak turun padang bergotong-royong, tetapi kenapa apabila kami lakukan hari ini ramai yang turun tambahan lagi perbelanjaan yang digunakan adalah peruntukan dari kami sendiri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas mengadakan majlis gotong-royong itu.

Gotong-royong pertama kali yang dianjurkan penduduk Jalan P Ramlee itu disertai lebih 100 peserta dengan memfokuskan kawasan semak samun dan jalan persekitaran Sungai Pinang dan Jalan P Ramlee.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan penduduk Jalan P Ramlee mendesak supaya Jagdeep segera turun padang membantu masalah penduduk dan beliau didakwa tidak dikenali penduduk Jalan P Ramlee.

Namun seterusnya ADUN berkenaan membuat :lapo�ran kembali dalam akhbar ini bahawa beliau bersama Pas kawasan dan penduduk Datok Keramat menafikan dakwaan penduduk yang mengaitkan dirinya tidak pernah turun padang.

Malah beberapa ahli jawatankuasa lain juga turut menafikan dakwaan penduduk Jalan P Ramlee berkenaan.

Sementara itu, Mohd Ismail Hashim berkata, tugas Pekida tidak perlu dipertikaikan dalam menangani masalah penduduk.

Ini kerana Pekida meliputi seluruh kawasan Daerah Timur Laut termasuk Jalan P Ramlee.

“ADUN dan masyarakat setempat itu tidak perlu mempertikaikan kewibawaan saya dalam turut campur mengenai masalah di sini kerana saya adalah Pengerusi Pekida DTL,” katanya.

sumber : sinar harian

Tuesday, December 22, 2009

UMNO Juara Rakyat : Pemuda UMNO Nibong Tebal anjur Karnival Kerjaya dan Pendidikan 2009


Klik Pada Gambar Untuk Besarkan

Sinar Harian, 22 Disember 2009

Kehadiran tetamu dan pendaftaran kehadiran.


Ucapan dari KP, YB Dato' Mahmud dan majlis Perasmian oleh YBhg Dato' Zainal Abidin



Antara Hadirin pada majlis perasmian



Lawatan ke tapak-tapak pameran/promosi



Para pelajar yang berminat menyambungkan pelajaran



Antara Taklimat dari institusi pendidikan yang hadir



Pejabat Belia dan Sukan serta Mobile Team Rakan Muda yang hadir menganjurkan pertandingan catur serta mempromosikan pelbagai aktiviti dan promosi rakan muda.



Antara Pameran dari badan-badan kerajaan.



Kejohanan Futsal mendapat sambutan yang menggalakkan dan para peniaga
yang mengambil kesempatan berniaga.





Pertandingan Sukaneka Turut Dianjurkankan melibatkan semua peringkat umur.



KP ditemuramah oleh eduweb.tv, menerima cenderahati dari Perdatech, melayan wartawan
Berita Harian serta Booth PPUBNT dan Gerakan Belia 4B. Daftar memilih SPR turut diadakan.
Tempat : Sekolah Menengah Sungai Acheh, Nibong Tebal
Masa : 9.oo Pagi - 5.00 Petang
Tarikh : 19 Disember 2009
Kehadiran : Hampir 1000 orang

Tuesday, December 8, 2009

Tanah wakaf orang Islam di Pulau Pinang tergadai

oleh Jeneral Pisau

Pisau akan memerangi habis habisan lahanat DAP & menyedarkan penduduk melayu di Pulau Pinang,dan akan berterusan mendedahkan betapa gelojohnya chauvanist cina menyapu bersih tanah tanah wakaf bernilai tinggi di Pulau Pinang.

DAP Pulau Pinang mengaburi orang melayu dengan wang ringgit walaupun tanpa mengira halal dan haram demi untuk mendapatkan tanah seberapa banyak yang mungkin.Perihal dengan tanah wakaf anda sudah sedia maklum,jika tanah sudah diwakafkan maka aset itu tidak boleh dijual beli,dan hanya tertakluk dibawah kawal selia Majlis Agama Islam Pulau Pinang.Maka adalah haram disisi agama jika waris menuntut atau mengambil hasil dari aset yang sudah diwakafkan.

Yang terbaru terjadi di Pulau Pinang, Kerajaan Sosialis Pulau Pinang telah mengambil tanah wakaf kawasan tapak perkuburan Islam Sg Dua, dengan menawarkan RM1.5 juta, tanah wakaf sudah diambil alih dan selepas ini tapak tanah perkuburan Islam akan dikomersialkan.

Pada 7/12/2009 Kerajaan Negeri Pulau Pinang DAP telah mengarahkan membuat pembayaran keatas Nor Hidayah @ Hidayah Bt Md Zain ,no kad pengenalan 351008075088 di atas sekeping cek bernilai $1,581.457.26 berdasarkan tuntutan yang dibuat pada 1/12/2009

Tapak perkuburan yang diwakafkan,tiba tiba di ambil alih dan pampasan dikeluarkan,adakah tindakan ini dibuat tanpa pengetahuan Majlis Agama Islam PP?Bagaimana waris boleh mendapat pampasan keatas tanah yang sudah diwakafkan? Adakah dengan mengambil tapak perkuburan ini,tiba tiba dihalalkan untuk dijual beli?Jika benar sekali pun diambil alih mengapa tidak dibayar kepada Majlis Agama Islam PP.?

Satu lagi kebarangkalian,boleh jadi waris dipujuk oleh puak chauvanist DAP dan CMI(Chief Minister Inc.) agar mengizinkan tanah tersebut dijual tanpa menyedari ia adalah menjadi satu kesalahan menjual tanah wakaf,apabila gelap mata dengan tawaran yang cukup lumayan,maka berlakulah episod mengadai tanah tapak perkuburan Islam.

Tindakan ini dibuat atas hasil wahyu Khalifah Cina Melaka, ini adalah salah satu tindakan yang terbaru dibuat barangkali secara tergesa gesa untuk membuat bayaran,berdasarkan dari tarikh tuntutan dibuat dan tarikh bayaran dilunaskan mengambil masa hanya seminggu. Ini adalah salah satu penyundalan oleh DAP Pulau Pinang terhadap hak orang melayu banyak lagi yang masih belum didedahkan kepada pengetahuan umum.


Sedar:

Adakah anda sedar, perkara pertama yang dibuat Khalifah sosialis cina melaka ini ketika menjadi Ketua Menteri adalah memegang portfolio tanah. Perkara yang pertama disoal beliau ketika di Sidang DUN "berapa banyak tanah wakaf melayu di Pulau Pinang,dan masih adakah tanah melayu di sebelah pulau."

Kenapa Lim Guan Eng bertanya soal pemilikan tanah wakaf melayu di Pulau Pinang? apakah agenda beliau? apa yang menarik perhatian beliau dengan bertanyakan soal pemilikan tanah orang melayu sehingga memaksa UPU mengeluarkan maklumat walaupun secara terpaksa atas arahan! Kesemua fail fail di punggah dan diteliti .


Zaman BN tidak teruk sebegini rupa,DAP bagaikan gelojoh melahap selagi mampu dan Adun melayu pakatan haprak melopong mulut diplaster dan ditarik bagaikan lembu bajakan.Tindakan ini adalah sebahagian daripada perancangan sebelum PRU13, jika DAP kalah pun mereka akan tetap menang(siapa lagi kuat,tuan tanah atau kuasa politik?) ,jika DAP menang, mereka cukup untuk menamatkan penguasaan politik orang melayu Pulau Pinang.


Penang Republic Of Sosialis! : klik sini
sila rujuk artikel sebelum ini: klik sini , sini , sini, sini , sini, sini , sini , sini , sini
Pisau kata " ekonomi sudah lama dikuasi oleh mereka,sekarang politik pun mahu dikuasai,jadi apa yang tinggal untuk orang melayu?"

Monday, December 7, 2009

Penduduk Rumah Hijau tagih janji kerajaan negeri


MAK MANDIN - Kira-kira 70 baki penghuni di kawasan Rumah Hijau yang enggan menerima tawaran rumah di Ampang Jajar, protes di kawasan perumahan asal mereka bagi menuntut janji yang ditaburkan oleh Kerajaan Negeri sekarang.

Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Hijau Mak Mandin, A Tamil Salvan berkata, penduduk di kawasan itu bertegas untuk tidak berpindah dari kawasan petempatan asal dan hanya ingin Kerajaan Negeri menunaikan janji mereka untuk menempatkan mereka semula di kawasan itu.

Menurutnya, Kerajaan Negeri tidak sepatutnya melupakan janji mereka itu dan lepas tangan dalam isu ini kerana terdapat ramai penduduk yang kurang kemampuan di kawasan itu yang tidak mampu untuk berpindah ke rumah baru itu.

“Dalam perbualan telefon bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng, sebulan yang lalu mengenai perkara ini, Hock Seng memaklumkan sekiranya Kerajaan Negeri ingin membina perumahan kos rendah di kawasan asal, mereka perlu membayar RM6 juta.

“Ia merupakan alasan baru, kini untuk mengelak dari menunaikan janji mereka, sebagai Kerajaan Negeri, mereka tidak patut mengelak lagi dengan memberi pelbagai alasan baru sebaliknya menyelesaikan isu ini dengan segera,” katanya ketika ditemui di kawasan perumahan itu selepas membuat protes bersama kira-kira 50 penghuni bagi menuntut janji kerajaan negeri itu, di sini, semalam.

Tamil berkata, hasil makluman dari penduduk yang telah menerima tawaran rumah oleh Kerajaan Negeri itu, mereka perlu berpindah keluar dari kawasan petempatan asal menjelang 31 Disember depan.

“Penduduk yang telah menerima tawaran rumah telah diminta untuk berpindah keluar pada 31 Disember ini, bagaimana pula dengan nasib penghuni yang belum dan enggan menerima tawaran rumah itu.

“Adakah kami juga akan diusir keluar seperti penduduk Kampung Buah Pala? Penduduk yang menerima tawaran rumah itu juga menerima tawaran itu bukan secara rela tetapi selepas takut melihat keadaan penduduk Kampung Buah Pala yang diusir keluar dari petempatan asal mereka yang didiami sejak berpuluh tahun itu,” katanya.

Menurutnya, dengan tujuan menakutkan penduduk di kawasan itu, mereka telah menghantar surat tawaran untuk rumah atau pampasan pada hari yang sama Kampung Buah Pala dirobohkan.

Mereka menggunakan taktik psikologi, menakutkan rakyat dengan gambaran Kampung Buah Pala , bagi membolehkan penduduk di sini berpindah keluar secara aman.

“Sekiranya, kami ingin berpindah dari sini, sudah tentu dari dulu lagi kami tidak menyokong Pakatan Rakyat (PR) yang hanya menabur janji palsu mereka untuk menempatkan semula kami di kawasan ini ,” katanya.

Tamil berkata, sehingga sekarang, Kerajaan Negeri meminta mereka untuk datang berbincang tetapi apabila berbincang, tiada jalan penyelesaian yang memberi kebaikan kepada penduduk yang diputuskan sebaliknya keputusan yang berpihak kepada pemaju yang diputuskan.

Mereka hanya memberi pilihan kepada kami bukannya berbincang dengan kami untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak.

Beliau berkata, penduduk yang belum menerima tawaran itu tekad dengan keputusan untuk kekal di kawasan itu meskipun apa juga yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri dan pemaju.

Sementara itu, seorang penduduk di kawasan itu, V Rathnama , 43, berkata, beliau yang menanggung suami dan tiga orang anak yang dua daripadanya masih lagi bersekolah tidak mampu untuk berpindah ke kawasan perumahan baru itu.

“Saya sendiri menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sering berulang alik ke hospital untuk menerima rawatan .

“Kami sekeluarga hanya bergantung harap pada wang ehsan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM300 dan pendapatan yang tidak seberapa hasil pekerjaan saya seorang tidak mencukupi untuk kami berpindah ke rumah baru itu, biar kami kekal di sini sahaja,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Rathnama berkata, suaminya, A Pannir Selvam, 48, pula menghidap penyakit HIV dan Aids serta tidak mampu bekerja, bagaimana kami sekeluarga mampu berpindah ke rumah baru.

“Anak saya masing-masing berusia 18, 16 dan 15 tahun pula bersekolah di kawasan Mak Mandin dan sekiranya kami berpindah ke Ampang Jajar, mereka perlu ke sekolah dengan menaiki bas sekolah, saya tidak mampu untuk membayar tambang bas sekolah.

Saya berharap Kerajaan Negeri prihatin kepada nasib malang kami dan membina perumahan kos rendah di kawasan ini seperti yang dijanjikan,” katanya.

Dalam menyatakan sokongan kepada penduduk Rumah Hijau, Ketua Pemuda MCA Bahagian Bagan, David Chua berkata, pihaknya kini hanya meminta Kerajaan Negeri menunaikan janji kepada penduduk di kawasan itu.

“Sekiranya mereka tidak pernah menabur janji, sudah tentu penduduk tidak akan sampai sehingga ke tahap protes untuk menuntut janji mereka itu.

“Kerajaan Barisan Nasional pernah mengusahakan dahulu untuk tanah dengan tujuan membina perumahan kos rendah di kawasan asal ini bagi penduduk di kawasan, kenapa usaha itu tidak diteruskan oleh kerajaan sekarang,” katanya ketika ditemui di kawasan perumahan itu.

David berkata, sekiranya Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan persendirian dalam isu ini yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk menunaikan janji mereka kepada penduduk , mereka sepatutnya mengaku kepada khalayak umum.

Sekiranya, mereka tidak mampu untuk menunaikan janji, baik mereka mengaku , dan kita akan cuba untuk mengusahakan bantuan daripada Kerajaan Pusat demi penduduk di kawasan ini,” katanya.