Thursday, November 26, 2009

Majlis Qurban Perdana


UMNO Permatang Pauh akan mengadakan majlis Qurban Perdana pada

Tarikh : 29 November 2009
Tempat: Bangunan UMNO Permatang Pauh
Jam : 9.00 pagi

Semua warga Parlimen Permatang Pauh dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini .

SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN

Monday, November 23, 2009

Pembangkang DAP Dibidas Terus Jadi Agen Chin Peng

Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur -- Pembangkang hari ini dibidas kerana terus menjadi lidah dan agen untuk membawa pulang Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng ke negara ini.

Justeru Pengerusi Biro Pendidikan Politiknya, Ali Mazat Salleh berkata kerajaan tidak perlu melayani lagi segala tuntutan atau sebarang perkara yang berkaitan dengan isu tersebut demi keharmonian rakyat negara ini.

Tegas beliau isu berkenaan cukup sensitif kerana kekejaman Chin Peng amat sukar dilupakan khususnya bagi mangsa serta saudara mara yang terlibat termasuk seluruh rakyat Malaysia ketika era keganasan komunis satu ketika dahulu.

"Kita pun hairan dengan kesungguhan pembangkang ini khususnya DAP. Suara mereka tidak selantang membela nasib perajurit negara khususnya mereka yang telah terkorban di tangan pihak komunis.

"Malah kalau kita teliti apa yang dinyatakannya, Chin Peng tidakpun menyatakan dia melakukan sesuatu yang salah. Dia nyatakan bahawa perkara biasa dalam perang bila ada orang awam terbunuh, malah katanya di pihak komunis pun ada yang tidak bersalah dibunuh. Apakah ini kita patut layani lagi", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyatakan kerajaan dan rakyat negara ini sepatutnya menerima permohonan maaf Chin Peng yang tidak mengenakan sebarang pra-syarat dan membenarkannya pulang ke tanah air.

Kata Karpal, sempena ulang tahun ke-20 perjanjian damai di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipersetujui pada 2 Disember 1989, pihak kerajaan sepatutnya menerima permohonan Chin Peng dan membenarkannya pulang ke tanah air dengan segera.

Karpal mendakwa Chin Peng masih merupakan seorang rakyat Malaysia yang sah, walaupun ada yang berpendapat bahawa beliau tidak pernah memohon untuk kewarganegaraan selepas Malaya mendapat kemerdekaan.

Mahkamah Rayuan sebelum ini telah menolak permohonan Chin Peng untuk pulang ke Malaysia kerana kegagalannya mengemukakan sijil kelahirannya.

Ali yang juga Ketua Pemuda UMNO Kulai seterusnya berkata pemimpin DAP tidak seharusnya menjadikan isu berkenaan sebagai “mainan” politik mereka.

"Mungkin DAP sudah bangkrap isu. Kalau mereka nak memuja Chin Peng itu hak mereka tapi bagi kita isu ini tak perlu dilayan hanya untuk memuaskan hati pemimpin pembangkang terutama DAP.

"Semua tahu sejarah komunis ini macam mana. Justeru tidak perlulah dibangkitkan kembali. Malah sebelum ini pun rakyat dah menyatakan tidak bersetuju untuk Chin Peng kembali ke negara ini. Apa lagi yang nak dihebohkan", ujarnya.

Saturday, November 21, 2009

Polis nafi bersihkan nama kerajaan negeri PP dalam isu pemberian bantuan di tokong


PULAU PINANG: Polis Pulau Pinang hari Sabtu menafikan telah mengeluarkan kenyataan yang "membersihkan" nama kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung isu penyampaian bantuan kepada golongan fakir Islam di sebuah tokong Cina baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC II Wan Abdullah Tunku Said berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu kepada media semalam.

"Saya hanya menerangkan setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Negeri Phee Boon Poh berhubung isu penyebaran Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berkaitan penyampaian bantuan di tokong itu.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang membersihkan nama kerajaan negeri daripada melakukan kesalahan berhubung isu tersebut," katanya dalam kenyataan ringkas yang dihantar melalui SMS kepada media di sini.

Beliau mengulas untuk menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini kononnya polis telah "membersihkan" nama kerajaan negeri.

Sementara itu di BUTTERWORTH kerajaan Negeri perlu mengemukakan bukti atau memberi penjelasan kepada orang ramai jika tidak terlibat dengan urusan pemberian bantuan kepada fakir miskin di sebuah tokong Cina baru-baru ini.

Pengerusi Biro Tugas-Tugas Khas Pergerakan Pemuda Umno Tasek Gelugor, Wan Shakizar Wan Mohd Noor berkata, Kerajaan Negeri atau Exco Kebajikan, Phee Boon Poh perlu tampil dan tidak berselindung dengan kenyataan yang mengelirukan.

Beliau berkata bagaimana Kerajaan Negeri boleh menafikan tidak terlibat sedangkan pihaknya mendapati surat jemputan kepada penerima bantuan menggunakan kapala surat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Menurutnya, surat itu juga menyebut sesiapa yang mempunyai masalah boleh menghubungi Phee Booh Poh untuk mendapat maklumat lanjut.

"JKM adalah sebuah agensi kerajaan dan pegawainya hanya menjalankan tugas dengan arahan Kerajaan Negeri. Saya yakin mereka tidak akan bertindak mengikut sesuka hati.

"Atau mungkin Kerajaan Negeri menganggap JKM adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Janganlah cuba mengelirukan orang ramai di sebalik agenda tertentu," katanya kepada media di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Boon Poh yang menyebut Kerajaan Negeri tidak terlibat dengan urusan pemberian bantuan itu sebaliknya dikendalikan oleh Pertubuhan Penganut Dewa Ling Hean Kong Hwa Kong Tai Te.

Wan Shakizar berkata kejadian itu bukanlah kali pertama berlaku di daerah SPU tetapi beberapa kali termasuk di Jalan Raja Uda.

"Kami kesal kerana mereka tidak pernah mengambil kira sensitiviti umat Islam dengan mengadakan pemberian sumbangan di tokong.

"Pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu tidak pernah berbuat demikian. Jika ada penerima bantuan terdiri daripada orang bukan Islam, majlis akan diadakan di dewan orang ramai dan bukan di surau," katanya.

Menurutnya, ramai penerima bantuan yang terdiri daripada orang Melayu melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu dan menganggap mereka terpedaya kerana Kerajaan Negeri menggunakan kapela surat JKM SPU.

"Berdasarkan maklumat, penerima terpaksa menunggu dari jam 9 pagi hingga 1 petang sebelum dapat bantuan kerana menunggu ketibaan Boon Poh.

"Mereka rasa tertipu kerana setelah menunggu lebih empat jam tetapi hanya menerima wang tunai RM10 dan sekampit beras," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta penerima bantuan JKM atau pertubuhan lain agar merujuk dengan pemimpin tempatan terlebih dahulu untuk mendapat kepastian dan mengelak daripada tertipu. BERNAMA

Nizar tengok !! : Bukti bahawa Lim Guan Eng a.k.a Ketua Menteri penipu



Nampaknya kungfu Khalifah PAS telah gagal walaupun dibantu oleh haprak daily kerana bukti surat jemputan telah dijadikan bukti dan keratan ini diambil daripada harian metro bertarikh 19/11/2009 dan ini aduan telah dibuat kepada YB Adun Teluk Air Tawar , Datuk Jahara Hamid.

kata Guan Eng dalam haprak daily


" Ia satu fitnah dan pembohongan oleh musuh politik kita," kata Guan Eng kepada Harakahdaily.

PB persoalkan mengapa Guan Eng marah dengan penyebaran SMS ini dan mengatakan ini adalah hasutan . Apakah rasionalnya penyebaran sms mengatakan pemberian bantuan kepada fakir miskin ini sebagai hasutan ?? Kalau orang baca pun ,mereka akan faham tempat ini hari ini depa bagi bantuan ..

Salahkah menyebarkan tentang orang Melayu diperbodohkan dan dimalukan diberikan bantuan fakir miskin di tokong dikatakan hasutan ??? Teguran seperti ini dianggap sebagai hasutan ??? Bravo !!! Tahniah Guan Eng kerana telah perbodohkan Melayu Pulau Pinang !!

Mungkin lepas, kalau sapa bicara isu tentang Melayu akan dianggap hasutan pulak la ..dulu kalau cakap tentang Melayu dianggap racis dan tambah disokong pulak Melayu PAS dan PKR.

Guan Eng telah banyak kali menipu dan temberang orang Melayu PP !!!

Jangan biarkan lagi diri kita diperbodohkan lagi oleh orang kafir seperti ini ...

Link

http://parpukari.blogspot.com/2009/11/lim-guan-eng-kantoi-menipu-nizar-mati.html

Friday, November 20, 2009

Guan Eng berang dengan SDO, kami pun berang dengan hang !!


GEORGETOWN - Lim Guan Eng berang dengan sikap Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Pulau Pinang yang cuba memberi tekanan kepada Kerajaan Negeri agar segera menyelesaikan pelbagai isu yang timbul untuk membolehkan projek pembangunan Persekutuan dilaksanakan.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, walaupun cuba memendamkan perasaan marahnya itu tetapi kini terpaksa diluahkan kerana tidak tahan dengan sikapnya yang boleh menjejaskan penyaluran projek Persekutuan ke negeri ini, terutama membabitkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Beliau berkata, dalam keadaan yang agak kritikal sekarang ini, Kerajaan Negeri tidak boleh mengambil risiko yang boleh menyebabkan projek pembangunan RMK-10 yang bernilai puluhan bilion ringgit untuk Pulau Pinang terjejas atau dibatalkan.

Menurutnya, kes terbaru adalah surat yang dihantar kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang agar menyelesaikan isu berbangkit untuk pembinaan projek pembangunan di Kebun Bunga.

“Surat itu seolah-olah mengugut Kerajaan Negeri kerana jika tidak dapat menyelesaikan semua masalah dalam tempoh yang ditetapkan, mereka akan membatalkan pelaksanaan projek itu dan peruntukannya ditarik balik,” katanya. klik di sini selanjutnya


Ulasan

Guan Eng , lu ingat lu besar sangat ka .. jangan cuba pusing cerita wahai khalifah umar abd aziz PAS , siapa yang tangguh projek kerajaan persekutuan ?? TS Nor Mohd Yaacob pernah berkata projek -projek kerajaan persekutuan di PP banyak tertangguh kerana berlaku halangan oleh kerajaan negeri contohnya dari segi pengambilan tanah . Berkenaan dengan SDO , ini bukan ugutan ,tetapi kita bekerja ikut prosedur,KPI dan sesuatu projek ada time period nya yang telah ditetapkan oleh kementerian. Jangan cuba tutup kesalahan sendiri dan salahkan SDO dalam hal ini .

hahaha ..Baru kena sikit surat dari JPS , khalifah umar abd aziz PAS sudah berang , hang ingat orang tak berang ka kat hang bila kena surat dari pejabat tanah dan daerah seperti keluarga Najib yang rumahnya akan dirobohkan ??

Perniagaan penjaja dan chalet di Batu Feringgi kini berdepan dirobohkan ??klik di sini

Rakyat PP terutama Melayu PP pun sudah berang dengan lakonan dan sikap sombong hang ...

Tuesday, November 17, 2009

TKM 1 Mansor Othman tidak berani jawab isu tanah Lot 408






GEORGETOWN - Meskipun didesak oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) agar menyampaikan fakta sebenar berhubung isu status sebidang tanah milik kerajaan di Lot 408, Georgetown yang dikatakan sudah diserahkan kepada pihak tertentu pada Jun lalu, Kerajaan Negeri mengambil langkah untuk terus berdiam diri daripada menjawab segala dakwaan yang dikemukakan.

Terbaru, Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman ketika dihubungi Sinar Harian, turut enggan memberikan sebarang komen dan mengulas lanjut mengenai isu itu, sebaliknya menyatakan alasan tidak mengetahui butiran sebenar mengenai perkara itu secara lebih mendalam.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) turut meminta pihak media agar menunggu kepulangan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dari lawatan kerja ke luar negara baru-baru ini untuk mendapatkan penjelasan terus beliau berhubung isu ini.

“Saya tidak mahu komen apa-apa berhubung isu ini sebab saya tidak ada butiran konkrit mengenainya. “Kita tunggulah kepulangan Ketua Menteri (Guan Eng) untuk mendapatkan penjelasan sebenar,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian.

Sebelum ini, beberapa media tempatan melaporkan Ketua Menteri digesa memberi penjelasan berhubung status pemilikan tanah Lot 408 bersebelahan Hotel Eastern & Oriental di Georgetown yang didakwa telah ditukar oleh Kerajaan Negeri.

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, sebagai orang nombor satu di Pulau Pinang, Guan Eng perlu tampil bercakap benar dan jujur selaras dengan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang kerap dilaungkan.

Menurutnya, semua wakil rakyat UMNO dan parti komponen BN negeri ingin mengetahui kedudukan sebenar isu tersebut.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada 1 November lalu melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mendakwa Guan Eng menipu apabila menyatakan tiada pertukaran syarat guna tanah berlaku antara April tahun lalu hingga Jun tahun ini.

Bagaimanapun, difahamkan, pentadbiran beliau telah meluluskan permohonan PDC Heritage Hotel Sdn Bhd untuk menukar jenis pegangan tanah di Lot 408, Georgetown daripada pegangan pajakan kepada pegangan kekal pada 3 Jun lalu.

Akhbar itu pada Khamis lalu juga melaporkan syarikat tersebut dengan kerjasama YTL Corporation Bhd akan membina kondominium mewah dan restoran makanan laut di atas tanah tersebut.

Komen PB

Ini lah sikap pemimpin Melayu PR seperti lembu dicucuk hidung yang tidak boleh cakap langsung sesuatu isu dan hanya Khalifah Cina Melaka ini saja boleh cakap. Seperti seorang Diktator saja pemimpin kerajaan sosialis PP ini dan hanya dia seorang saja boleh bercakap . Kalau beginilah sikap TKM 1 PP , bagaimana dia hendak bela orang Melayu PP yang memang sudah dihimpit dan ditindas oleh kerajaan negeri.