Thursday, October 29, 2009

Kenali Dato' Zainal Abidin Bin Osman, Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Ahli MT UMNO Malaysia


LIPUTAN 2 MUKA SURAT DI BERITA HARIAN BERTARIKH 27 OKTOBER 2009
DI DALAM KOLUM TURUN PADANG

sila klik pada gambar untuk besarkan





Tuesday, October 27, 2009

Rumah Abdul Najib akan diroboh kerajaan negeri PP



sumber : sinar harian 27/10/2009

Kira -kira 20 orang ahli Persatuan Silat Minangkabau Pak Darus akan membantah tindakan kerajaan negeri PP yang menghalau sebuah keluarga iaitu keluarga Abdul Najib Darus daripada terus menetap di tanah milik kerajaan negeri di Kebun Bunga. Keluarga ini dan persatuan silat ini nekad akan pertahankan rumah ini dan akam membuat kubu manusia bagi melindungi rumah ini daripada dirobohkan .

Sepatutnya kerajaan negeri berbincang dengan keluarga ini dan mencari jalan penyelesaian terbaik bukan menghalau mereka dan menawarkan rumah sewa kepada keluarga mereka ini yang kais pagi makan kais petang makan petang. Harap pemimpin Melayu dalam kerajaan negeri seperti Dr Mansor dapat ambil perhatian isu ini . Ini nasib keluarga Melayu yang susah dan perlu perhatian bukannya menghalau mereka keluar sahaja sehelai sepinggang .

Menurut sumber dari rakan keluarga ini, lebih memilukan lagi kerajaan negeri mengarahkan Abdul Najib yang tiada pengangkutan ini pergi mengadap Exco Kerajaan negeri untuk mendapat jawapan tetapi akhirnya beliau hanya bertemu Pembantu Khas kepada Exco itu . Sepatutnya Exco ini turun padang menyelesaikan masalah ini bukan anggap mereka ini seperti sampah .

Ini kah kerajaan negeri yang sering melaungkan Cekap ,Akauntabiliti dan telus (CAT) ???

Monday, October 26, 2009

Klinik Komuniti 1 Malaysia dibina di Pulau Pinang



PULAU PINANG 24 Okt. - Semua agensi terlibat diminta mula menggerakkan usaha mengenal pasti tanah atau bangunan sesuai untuk menempatkan klinik kesihatan komuniti 1Malaysia yang akan diperkenalkan tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, langkah tersebut perlu dilakukan segera memandangkan klinik seumpama itu mampu memberikan banyak faedah kepada rakyat.

''Malah, jika kita lihat idea mewujudkan klinik 1Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini merupakan satu titik mula di mana masyarakat berbilang kaum bakal menikmati manfaatnya.

''Jadi, mereka yang terlibat diminta mula cari tanah atau bangunan sesuai di negeri ini dan memaklumkannya kepada Kementerian Kesihatan supaya klinik ini dapat diwujudkan dengan cepat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di Bangunan Persekutuan Jalan Anson di sini hari ini.

Pada pembentangan Bajet 2010 semalam, Najib mengumumkan klinik kesihatan komuniti 1Malaysia akan diperkenalkan di kawasan perumahan di bandar pada tahun depan.

Sebagai permulaan, sebanyak 50 buah klinik dengan peruntukan RM10 juta akan diwujudkan dan dikendalikan oleh pembantu pegawai perubatan untuk rawatan setiap hari seperti demam, batuk dan selesema.

Dalam pada itu, Nor Mohamed berkata, mesyuarat itu juga membincangkan beberapa faktor yang boleh memacu ekonomi berpendapatan tinggi di negeri ini terutama golongan bumiputera.

''Antara faktor yang boleh digerakkan ke arah itu adalah dengan memantapkan pencapaian pendidikan, menggilap kemahiran individu supaya menepati keperluan industri dan meningkatkan keupayaan usahawan bumiputera.

''Faktor-faktor itu mampu memainkan peranan penting dalam usaha kerajaan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan sekali gus mampu memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi," ujarnya.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat milik kerajaan (GLC) bagi menggerakkan program Pintar yang mula diperkenalkan di Pulau Pinang untuk diperluaskan ke seluruh negara.

Tambahnya, melalui program itu, GLC boleh memilih mana-mana sekolah untuk dijadikan anak angkat dan menyumbang apa yang diperlukan seperti komputer bagi meningkatkan tahap akademik pelajar.



Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) diminta agresif

TASEK GELUGOR 24 Okt. - Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mahu Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di sini bertindak lebih agresif dalam meneliti serta menyelesaikan masalah yang dihadapi petani.

Menurut beliau, semua agensi yang menganggotai MPPP perlu berperanan lebih aktif dalam mengenal pasti dan menyelesaikan masalah di peringkat pelaksanaan projek pertanian, perikanan serta ternakan secara lebih cepat dan berkesan.

Katanya, dalam beberapa keadaan, masalah yang dihadapi para petani hanya melibatkan isu kecil tetapi oleh kerana ia tidak diketahui oleh agensi atau pihak berkenaan, masalah itu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

''Dalam keadaan tertentu, ia (masalah) mungkin boleh diselesaikan dengan hanya satu panggilan telefon atau sepucuk surat, tetapi oleh kerana kita tidak tahu, maka masalah itu tidak dapat diselesaikan.

''Sebab itu, perlu setiap agensi yang terlibat memainkan peranan untuk turun padang lebih kerap bagi melihat sendiri permasalahan yang mungkin dihadapi petani kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa MPPP Tasek Gelugor di pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pokok Sena, di sini hari ini.

Nor Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi tumpuan khusus kepada bidang pertanian kerana percaya ia mampu menyumbang kepada peningkatan pendapatan petani.

Malah katanya, jika diurus secara sistematik, bidang pertanian mampu mewujudkan golongan petani berpendapatan tinggi sekali gus membantu kerajaan mengubah orientasi pendapatan rakyat ke tahap yang lebih tinggi.

''Usaha berterusan perlu dilakukan bagi memantapkan lagi strategi pertanian negara dan ini sedang dilakukan oleh kerajaan," tambahnya.

Beliau memberitahu, kira-kira 70 peratus penduduk di sini bergantung kepada sektor pertanian sebagai pendapatan utama melalui penanaman pelbagai jenis tanaman seperti padi, getah dan buah-buahan.

Sunday, October 25, 2009

Pemuda UMNO hulur bantuan kepada warga emas


sila klik pada keratan akhbar untuk besarkan

Menziarahi dan membantu meringankan beban pasangan warga tua yang kurang upaya di Kampung Kepala Gajah, Sungai

Friday, October 23, 2009

Nik Aziz buat hal lagi !! adakan EGM Pas


TIDAK dapat disangkal lagi Nik Aziz cuba 'menghapuskan' atau paling tidak 'mengcleankan' puak-puak dalam PAS yang berjiwa UMNO. Isu ini bertambah ribut apabila Sinar Harian Edisi Kelantan bertarikh 22 Oktober 2009 dan 'blogtokguru' memberitahu perkara yang sama. Bak kata, bangkai gajah ditutup dengan nyiru (daun kelapa) atau melindungi kurap di badan dengan memakai bedak, mesti akan terbongkar akhirnya.

Yang pasti, PAS kini dilanda masalah dan kini cuba menyelesaikan masalah ATAU Nik Aziz yang menimbulkan masalah pada PAS!

Menurut Nik Aziz (seperti yang ditulis oleh penulis upahan dalam blogtokguru),

1. ...sudah tiba masanya PAS membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan EXCO Selangor, Datuk hassan Mohamad Ali atau menyingkirnya terus.

2. ...ini tidak mudah kerana Hassan mewakili golongan yang pro UMNO dalam PAS termasuk juga Datuk Seri Haji Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.

3, Menggantikan Presiden PAS, Haji Hadi dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak. Lagipun Presiden PAS, Fadhil Noor berasal dari Kedah.

Jika diteliti maksud Nik Aziz, apa yang ditakutinya ialah, menyingkirkan Hassan Ali akan menyebabkan kemarahan oleh Presiden PAS dan Timbalan Presiden. Namun begitu, Nik Aziz mahu mencari kata sepakat dan mendapat pandangan daripada ahli serta penyokong PAS dengan mengadakan Muktamar Khas Luar Biasa atau dipanggil EGM.

Nik Aziz percaya, dengan cara inilah pemimpin PAS yang pro UMNO akan didisiplin atau disingkirkan. Lagipun parti MCA berjaya menyelesaikan masalah dengan cara mengadakan pungutan suara secara rahsia melalui EGM yang akan dilakukan oleh PAS untuk memilih pemimpin yang dikehendaki oleh ahli dan penyokong.

Kata Nik Aziz, Presiden PAS kini membawa imej seakan-akan Pak Lah- seorang pemimpin yang lemah, tidak menunaikan janji, tidak dihormati kawan dan tidak berkemampuan untuk membawa PAS ke arah kegemilangan.

Manakala Nasaruddin menyokong penuh tindakan Hassan Ali yang telah menimbulkan kemarahan orang Cina mengenai pengharaman penjualan arak dan pelbagai isu di Selangor; dan penyokong PAS juga berpaling tadah sehingga tidak memberi undi kepada calon PAS di Bagan Pinang baru-baru ini.

Buktinya, hanya 32 peratus pengundi (Bagan Pinang dan pilihan raya kecil yang lain) telah menunjukkan sokongan kepada Pakatan dan jika 'trend' ini berterusan dengan mengekalkan Presiden ini (merujuk pada Haji Hadi), Pakatan akan kehilangan undi untuk pilihan raya ke 13 akan datang.

Nik Aziz juga memuji Menteri Besar Kedah kerana menepis kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu, Azman Shapawi mengenai isu penjualan arak. Bagi PAS, arak boleh dijual di kawasan umat Islam asalkan mereka tidak meminumnya, sama seperti yang diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir, PAS mengharamkan memakan daging babi. Namun PAS tidak mengharamkan penjualan daging babi, memasak daging babi dan melakukan urusan jual beli daging babi.

PKR juga akan mengadakan EGM melalui Kongres Khas pada bulan hadapan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti sebagaimana dilakukan oleh MCA. PAS juga akan mengikut jejak yang sama, yang berbeza, PAS akan menukar Presiden jika diminta berbuat demikian oleh perwakilan.

Namun, begitu, jika mereka masih memberi sokongan kepada Presiden dan Hassan Ali serta Mustafa Ali yang mahu PAS bekerjasama dengan UMNO ke arah Kerajaan Perpaduan, akan menimbulkan persoalan (kepada pemimpin dan penyokong PAS dan Pakatan).

"Orang akan marah, apa ni?", kata Nik Aziz dalam blogtokguru.

(Maksudnya, penyokong Pakatan terutama dari DAP dan PKR akan tertanya-tanya, kenapa PAS menyokong UMNO sedangkan pemimpin Pakatan berjuang untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional)

Apa yang bermain di dalam kotak fikiran abe MIE, EGM PAS yang akan diadakan nanti bermatlamat;

1. Menjatuhkan Presiden PAS dan kuncu-kuncu yang pro UMNO.

2. Untuk AJAR Presiden, Hassan Ali dan Mustapa Ali supaya mengikut telunjuk Nik Aziz yang sanggup 'membalacikan' diri menjadi pengikut kepada Anwar Ibrahim, Hussam Musa, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng.

3. Kenapa Ibrahim Ali tidak menyokong PAS sedangkan semasa pilihan raya bukan main Ibrahim menjadi 'bodyguard' Nik Aziz. Kita jangan lupa kejadian di mana 'journalist' dari Utusan Malaysia dihalau dan' microfon' yang diguna oleh 'reporter' TV3 dibuang oleh Ibrahim Ali ketika diajukan soalan mengapa PAS menerima calon yang mengkianati UMNO.

Sebagai mengakhiri penulisan ini, abe MIE memetik 'luahan hati' Nik Aziz, "Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan".

Cuba kita berfikir sebagai orang berakal, adakah PAS berniat hendak melaksanakan hukum hudud dan DAP akan menyokong PAS melaksanakan hukum hudud? Namun, begitu, Nik Aziz memberitahu, Parlimen akan mengawal kerajaan sebagaimana dianjurkan oleh Dermokrasi.

Adakah Nik Aziz mengetahui yang Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan?

Cara pemikiran Nik Aziz menggambarkan Malaysia perlu berlandaskan Sistem Demokrasi Berpresiden yang mana Presiden, Perdana Menteri atau Canselor dilantik terus oleh rakyat tanpa perlu mendapat kelulusan dan perkenan dari Sultan, 'Gueen' (Britain), Raja atau di Malaysia dikenali sebagai Yang diPertua Agung (YDPA).

Nampaknya Nik Aziz sudah terpengaruh dengan pemikiran Anwar Ibrahim bukannya mengikut sistem politik Islam yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

Nik Aziz bimbang sekiranya PAS akan mengikut jejak Allahyarham Dato' Haji Mohamad Asri yang membawa PAS ke dalam BN. Menurut kenalan abe MIE yang merupakan salah seorang ahli dalam Dewan Ulama PAS, sekiranya PAS dan UMNO bersatu, keburukannya ialah PAS akan leka dengan kesenangan sehingga mengabaikan perjuangan untuk membela Islam.
abe MIE- Cuba fikir, kenapa Haji Hadi, Nasharuddin, Hassan Ali dan Mustapa Ali mahu bergabung dengan UMNO BUKANNYA dengan PKR dan DAP?


1. Petikan asal dari kenyataan Nik Aziz.
2. Sinar Harian mempunyai pendapat yang sama.

sumber : blog abe mie

Pemuda UMNO Pulau Pinang Rancang Transformasi Program Perkukuhkan Kerjasama Pemuda BN



Oleh Haris Razali

Bayan Baru -- Pemuda UMNO Pulau Pinang telah merangka beberapa pelan strategik bagi mengukuhkan pergerakan itu bagi menjayakan transfomasi di dalam UMNO terutama dalam usaha merampas kembali negeri berkenaan daripada pembangkang.


Ketuanya, Norman Zahalan berkata selain kempen penambahan ahli serta menjejaki pengundi muda serta pertambahan ahli, pergerakan itu juga akan terus mengadakan program bersama rakan komponen bagi mengukuhkan lagi hubungan selaras dengan konsep 1Malaysia.

"Kita akan terus mengeratkan lagi hubungan antara pemuda parti komponen kerana itu adalah asas yang cukup penting bagi mengukuhkan BN agar ianya mendapat sokongan padu semua lapisan masyarakat.

"Älhamdulillah sehingga hari ini kita telah mula bergerak dan rakan-rakan pemuda komponen juga telah memberikan maklumbalas yang positif untuk sama-sama merancang serta bergerak dalam satu barisan untuk mengukuhkan parti", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Norman yang juga Ketua Pemuda Bayan baru seterusnya berkata pelaksananaan program yang diatur itu akan mengambilkira peranan komponen BN lain bagi memastikan ianya mencapai sasaran dan memberikan impak berkesan kepada rakyat.

Katanya pelan berkenaan merupakan titik permulaan ke arah memperakasakan Pemuda UMNO dan Pemuda BN negeri.

"Perkembangan positif yang ditunjukkan oleh Pemuda parti komponen di semua peringkat amat mengkagumkan.

"Dengan semangat yang ditunjukkan itu, kita berharap program yang akan dilaksanakan nanti berjalan lancar sekaligus memperkasakan Pemuda dan menguatkan parti", ujarnya.