Sunday, February 7, 2010

Penduduk Pulau Pinang kaji sokongan terhadap PR



SIK - UMNO Pulau Pinang mencadangkan penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji kepincangan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri itu yang diterajui DAP.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhannya bersesuaian dengan parti itu yang sering mendesak ditubuhkan suruhanjaya siasatan bagi menyiasat kelemahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pembangkang (DAP) mudah melempar tuduhan terhadap kerajaan, meminta suruhanjaya siasatan ditubuhkan dan dikeluarkan kertas putih.

“Sekarang kita minta satu kertas putih dikeluarkan atau suruhanjaya diraja mengkaji kelemahan mereka,” katanya kepada pemberita mengulas kemelut antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang sekarang.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO ditemui selepas membuat lawatan kerja di Kem Rimba Taqwa, Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, apabila PKR menyingkap sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng ia sudah jelas menggambarkan masalah dalaman parti itu tetapi Guan Eng sedaya upaya enggan mengaku.

“BN tidak akan campur tangan tetapi membiarkan rakyat membuat perubahan. Selama dua tahun DAP perintah, tiada satu pun kemajuan dicapai, tiada pelaburan baru masuk malah hak sesuatu kaum diketepikan walaupun ia tidak dibuat atas nama kaum tetapi tindakan mereka memperlihatkan sikap prejudis DAP.

“Walaupun melaungkan Malaysian Malaysia tetapi amalan DAP tidak pernah mempraktikkan slogan mereka,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, penduduk Pulau Pinang perlu mengkaji semula pendirian mereka mulai sekarang untuk menyokong PR atau kembali menyokong BN.

Jika mahukan perubahan, pembangunan dan peruntukan semua kaum dipenuhi, eloklah tukar selera mulai sekarang kerana pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. Malahan BN tidak seperti PR yang menindas sesuatu kaum,” katanya. - Bernama

Friday, February 5, 2010

10,000 bakal sertai Perhimpunan Sedaq hari ini

PULAU PINANG 4 Feb. - Lebih 10,000 orang dijangka menyertai Perhimpunan Sedaq esok, yang diadakan bagi menyedarkan orang Melayu bahayanya 'penjajahan' parti pembangkang khususnya DAP.

Perhimpunan itu juga bertujuan memberi ingatan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kerajaan negeri supaya tidak terus menindas orang Melayu.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, sebanyak 50,000 risalah mengenai perhimpunan berkenaan diedarkan secara serentak di seluruh negeri sejak semalam oleh kira-kira 100 ahli GPMS.

Menurutnya, pihak penganjur juga menyediakan kira-kira 50 buah bas bagi kegunaan orang ramai dari beberapa negeri yang ingin menyertai perhimpunan tersebut.

''Kita buat demonstrasi ini secara aman, berdisiplin untuk memberitahu pentadbiran Guan Eng bahawa orang Melayu telah sedar.

''Kalau dia masih menidakkan suara orang Melayu, kita akan lancarkan demonstrasi kedua, Perhimpunan Bangkit dan janganlah memaksa kita sampai perlu mengadakan demonstrasi ketiga Perhimpunan Amuk dan jika ini terjadi, ia sudah terlambat.

''Kita cuba berunding dan berjumpa dengannya (Guan Eng) untuk menyatakan suara orang Melayu, namun, semuanya ditolak dan dia terus dengan agendanya sendiri tanpa mempedulikan nasib orang Melayu yang tertindas, tersepit dan melarat,'' katanya selaku jurucakap utama perhimpunan itu.


Perhimpunan anjuran 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuk dari Perak, Perlis dan Kedah itu akan diadakan di hadapan Masjid Simpang Enam dan tempat letak kereta berhadapan Komtar bermula pukul 12 tengah hari.

Menurut Jais, pelbagai acara diatur antaranya pidato, khutbah dan solat Jumaat sebelum berarak secara aman ke Komtar dan diakhiri dengan penyerahan memorandum bantahan kepada Guan Eng.

Thursday, February 4, 2010

Uniknya Pulau Pinang



Gambar di sebelah kiri ini adalah kempen yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat sekian lama. Kempen itu, hari ini terus menjadi tali nilon yang menjerut leher mereka hingga genting kepala setiap seekor ayam-ayam laga mereka terutamanya ayam laga import yang kini mengetuai ayam-ayam laga di Pulau Pinang.

Maka tahniah kepada Utusan Malaysia apabila terus bertahan untuk memberitahu puak lagisatu bahawa mempertahankan sesuatu yang dirampas bukanlah sebagai pencetus kekacauan. Si perampas lah yang mencetus kekacauan dan dengan izin Tuhan, kini telah terserlah sikap perkaumannya.

Kini sudah bertepek-tepek air liur Guan Eng jatuh ke mukanya sendiri, dan juka ke muka-muka penyokong DAP di seluruh negara. Aspirasi bawaan DAP tidak relevan, bersifat dendam dan tidak ubah seperti perjuangan komunis yang penuh dendam.

Mujurlah UMNO yang mengepalai Barisan Nasional selama ini tidak bersifat pendendam, malah memberi pengampunan kepada penjahat-penjahat komunis satu ketika dulu dan dibenarkan untuk terus hidup dikalangan masyarakat.

Hari ini, mungkinkah pembanterasan ideologi dendam ala komunis ini perlu digerakkan semula? Malulah kepada penyokong DAP yang sentiasa menuduh pihak lain sebagai perkauman kerana ianya ibarat sehelai kain yang tak mampu menutup segunung najis yang mereka teran.


Satu demi satu premis di Tanjung Tokong sedang atau dalam rancangan untuk diruntuhkan. Gerai-gerai tersebut terletak di atas tanah, tanpa gangguan lalulintas dan lebih menyedihkan, ianya terhambat menceruk di celah-celah pembangunan Tanjung Tokong yang dibangunkan dengan projek-projek hartanah bernilai tinggi. Mungkin sebab itulah mereka mahu dihalau dari situ.

Tak mengapa, jika keadaan daif gerai tersebut mengganggu lanskap Pulau Pinang, (adakah jeti-jeti "clan" di sisi pulau sebelah sana itu indah sangat?) , bantulah mereka dengan menyediakan kemudahan menaiktaraf tempat mereka berniaga.

Nampaknya Kerajaan Guan Eng mengamalkan konsep hapus rata binasa dan pindahkan ke tempat lain mengikut sedap hati. Mungkin mendiang Francis Light itu moyang bapanya. Jika Kerajaan Guan Eng tergamak meruntuhkan premis yang mungkin cabuk tetapi bukan terletak atas jalan, bagaimana pula gerai-gerai yang menjaja segala mak nenek makanan halal haram yang berleluasa atas jalan.


Tak ada gazet untuk jalan tersebut ditukar kepada kawasan melonggok bangku meja gerai segala pun? Ataupun MUNGKINKAH premis yang diruntuhkan itu adalah premis tak seberapa yang TAK MAMPU untuk MENYUAP pegawai-pegawai Majlis? Bukankah suap menyuap itu amalan yang kukuh dipelihara oleh puak-puak tertentu di negara ini? "Pun intended"

Atau mungkinkah Guan Eng sendiri tidak tahu apa yang dilakukan oleh angkatan robohnya? Mungkinkah angkatan robohnya itu mendapat restu dari Guan Eng? Nama pun Kerajaan Guan Eng ! Lalu Guan Eng pun berpakat meroboh. Jadilah Pakatan Roboh yang kini memerintah di Pulau Pinang.

Kata sesetengah orang, jika daerah Dinding boleh dipulangkan British kepada negeri Perak, kalau beginilah AMALAN PERKAUMAN yang diamalkan Kerajaan Guan Eng di Pulau Pinang, adalah harapan untuk Pulau Pinang dipulangkan ke negeri Kedah.

Manakan tidak, apabila kini, wujud pula "geng atap buruk bermata sepet" yang berlonggok di jeti menghadap Selat Selatan sedang gembira apabila "geng atap buruk berkulit gelap" selonggok yang menghadap Selat Utara, semakin terhapus dek campurtangan pemerintah kuku besi yang memihak kepada mereka.

Alasan kekal sebagai alasan. Kerana jika mahu disebut sebagai sebab, jeti-jeti keluarga Cina yang memenuhi selatan jeti feri itulah yang patut dipindah ke Pulau Jerejak bagi membolehkan kawasan tersbut ditebusguna dan dibangunkan dengan sebuah taman riadah yang indah, menarik pelancong dan memulihara pinggir pantai di situ.
Kan indah jika kawasan tersebut berdiri sebuah kawasan waterfront yang tidak mencemarkan perairan?

Jangan sembrono mencontohi Singapura dengan langkah yang semua orang tahu, adalah HIPOKRIT, dengan meruntuh kampung-kampung Melayu tepi laut kerana di Singapura, kampung-kampung Cina yang buruk seperti di jeti itu pun sudah dihapuskan. Kalau mahu bertegas, JANGAN HANYA BERANI KEPADA KAUM MINORITI YANG MISKIN. Jika mahu runtuhkan, runtuhkan semua pemandangan yang menyakitkan mata termasuk quay-quay buruk yang kotor, tempat sampah hanyut berlonggok.

Jadi mengapa menafikan yang Kerajaan Guan Eng yang memerintah Pulau Pinang itu adalah kerajaan negeri yang bersifat perkauman, yang pertama sekali wujud di Malaysia.

Lebih memalukan, ia dipimpin dan disokong oleh mangkuk-mangkuk yang menuduh UMNO sebagai parti perkauman.

Guan Eng layan PKR standard seperti anjing

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang diminta berhenti mengkritik Lim Guan Eng, hari ini mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang itu melayan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti anjing.

Menurutnya, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP hanya berkelakuan sopan dan menunjukkan sikap bertanggungjawab apabila berhadapan dengan media.

"Sebenarnya beliau tidak endahkan wakil rakyat PKR langsung dan terlalu berlagak dengan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Tee Beng, ramai wakil rakyat PKR dan Ketua Bahagian PKR di Pulau Pinang yang semakin kecewa dengan pentadbiran Guan Eng.

"Sehubungan itu, saya meminta rakyat Pulau Pinang bersikap lebih terbuka dengan memilih calon yang benar-benar sesuai pada pilihan raya akan datang bagi menggantikan Ketua Menteri itu.

"Sudah tiba masanya untuk Guan Eng melepaskan jawatan Ketua Menteri kerana kepimpinannya tidak lagi diperlukan rakyat Pulau Pinang," katanya.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu diminta Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Hussein Ali supaya berhenti mengkritik Guan Eng kerana ia hanya menjejaskan imej parti.

Bagaimanapun semalam Utusan Malaysia melaporkan, Tee Beng tidak akan berhenti daripada terus mendedahkan kepincangan kepimpinan Guan Eng sekalipun berdepan risiko dipecat.

Tee Beng yang merupakan bekas Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang berkata, beliau bersedia membongkar semua rahsia dan cara pentadbiran Guan Eng pada bila-bila masa sahaja.

Tambah beliau, hampir semua wakil rakyat di negeri itu sudah muak dan bosan dengan janji-janji Guan Eng yang kononnya akan memperjuangkan nasib rakyat.

"Bayangkan setiap kali mesyuarat dalam negeri atau perjumpaan biro diadakan, Guan Eng tidak pernah mengambil tindakan susulan daripada perkara berbangkit sebaliknya hanya cakap kosong.

"Sehubungan itu, saya sebagai wakil akar umbi bertindak menegur beberapa perkara berbangkit kepada Guan Eng namun beliau menuduh saya telah mengkritik kepimpinannya," katanya.

Tee Beng turut mencabar Guan Eng menafikan dakwaannya itu jika ia salah.

"Saya tahu beliau tidak akan berani berbuat demikian kerana selama ini jika ada isu-isu berbangkit, beliau akan meminta pihak-pihak tertentu menjawab bagi pihaknya," jelas beliau.

Ditanya sama ada beliau berhasrat menyertai parti lain, jelasnya, setakat ini Jawatankuasa Disiplin parti belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

"Pada masa ini tiada orang yang mempelawa saya menyertai mana-mana parti, biasanya kalau mereka nak pecat, saya akan dikenakan tindakan tatatertib dahulu," ujarnya

Wednesday, February 3, 2010

Rakyat PP sudah bengang dengan kerajaan diktator Guan Eng



PULAU PINANG 2 Feb. – Setelah dua tahun mentadbir, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa gagal melaksanakan ‘misinya’ terutama dalam membangunkan ekonomi, menghapuskan kemiskinan tegar dan membela nasib orang Melayu.

Orang ramai yang ditemui berpendapat sudah tiba masanya mereka melakukan sesuatu kerana janji-janji yang ditabur dulu tidak pernah ditunaikan malah nasib mereka menjadi lebih buruk akibat pentadbiran kerajaan negeri yang berat sebelah.

Suri rumah, Halimah Mat Jelani, 55, berkata, tempoh masa hampir dua tahun sudah cukup untuk kerajaan negeri membuktikan kewibawaan mentadbir termasuk memberi hak sama rata kepada semua kaum.

Namun, katanya, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila orang Melayu terus ditindas serta semakin tersepit dan ada antaranya terpaksa menganggur kerana hilang sumber pendapatan akibat gerai dan kedai mereka diroboh.

“Kerajaan negeri kata mahu bangunkan ekonomi Melayu, beri hak yang sama tapi mana buktinya.

“Gerai dan kedai orang Melayu semuanya dirobohkan satu persatu tapi gerai kaum lain saya tengok macam cendawan tumbuh lepas hujan.

Saya harap rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu sedar dan sama-sama bertindak sebelum terlambat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kakitangan kerajaan, Donalfian Yaacob, 50, memberitahu, kerajaan negeri seakan-akan lupa janji sendiri untuk menghapuskan miskin tegar di negeri ini sebaliknya berlumba-lumba ‘menambahkan’ lagi jumlah golongan berkenaan.

Saya tidak nampak kerajaan negeri di bawah pentadbiran Guan Eng menjalankan banyak projek untuk membantu orang Melayu.

“Adakah dia mahu orang Melayu merempat?” tanya beliau.

Sementara itu, pekerja swasta, Wong Ah Chai, 34, berkata, pelbagai isu yang melanda Pulau Pinang sekarang ini menunjukkan rakyat sudah tidak percaya kepada kepimpinan kerajaan negeri.

Jelasnya, ia bukan sahaja menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan rakyat bahkan wakil-wakil rakyat.

“Kita mahu orang melabur, kita mahu tarik pelancong. Tetapi jika keadaan rakyat dan negeri sendiri diperlihatkan menerusi imej buruk, macam mana mereka mahu datang.

“Yang paling utama adalah mewujudkan keharmonian dan keamanan yang dimulai dengan kejayaan menyatupadukan rakyat, bukannya meresahkan mereka,” katanya.

Tuesday, February 2, 2010

Penang Bangkit : Ramai pemimpin dan penyokong DAP bakal keluar parti sertai PCM


BUTTERWORTH 1 Feb. - Parti Cinta Malaysia (PCM) mendakwa lebih ramai pemimpin dan ahli DAP di Pulau Pinang menyatakan minat menyertai parti itu ekoran kekecewaan terhadap sikap dan cara kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan berkata, rasa tidak puas hati pemimpin serta penyokong DAP terhadap kepimpinan Guan Eng semakin ketara apabila terdapat pemimpin kanannya yang bertindak keluar parti.

Menurutnya, tidak kurang 1,000 penyokong DAP di Pulau Pinang sudah menyatakan minat menyertai PCM tetapi sebagai parti yang baru ditubuhkan enam bulan lalu, PCM memerlukan masa untuk memproses keahlian baru.

''Rata-rata mereka mendakwa sudah mengenali 'wajah sebenar' Guan Eng dan jelas mereka sangat kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri yang dilihat sebagai kerajaan monopoli.

''Lihat sahaja bagaimana pemimpin lama DAP seperti Ketua Pasukan Bertindak DAP Negeri, Tham Weng Fatt yang berjuang selama 22 tahun untuk DAP tetapi akhirnya bertindak keluar parti. Ini mesej yang jelas kepada Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, kritikan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap kepimpinan Guan Eng menggambarkan sikap Setiausaha Agung DAP itu yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan pandangan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

Selain itu, kepimpinan akar umbi DAP di Pulau Pinang tidak menyenangi kepimpinan Guan Eng yang bersifat monopoli sedangkan beliau hanya 'orang luar' yang membina kerjaya politik di Pulau Pinang.

''Sehingga ada penyokong DAP sendiri yang tidak senang dengan Guan Eng yang seolah-olah datang ke Pulau Pinang untuk 'cari makan' tanpa menghiraukan pandangan ahli akar umbi yang berjuang untuk DAP sejak begitu lama.

''Mungkin sudah tiba masanya DAP meminda perlembagaan mereka sendiri untuk membolehkan hanya anak jati negeri sahaja yang boleh memegang jawatan sebagai Ketua Menteri," katanya.

Zahrain yang juga bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang baru-baru ini secara terbuka mengkritik Guan Eng dengan melabelkannya sebagai cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya.

Ekoran tindakannya itu, Jawatankuasa Disiplin PKR semalam menetapkan tempoh sebulan untuk meneliti tindakan ke atas Zahrain.

Monday, February 1, 2010

PKR adalah boneka DAP


PULAU PINANG 31 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) diselar kerana sanggup membiarkan parti itu menjadi boneka dan 'pak turut' kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sepanjang lebih dua tahun mentadbir, tindak tanduk Setiausaha Agung DAP itu jelas menunjukkan beliau mahu memimpin negeri mengikut caranya sendiri.

Malah, katanya, Guan Eng juga sanggup menyingkirkan siapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya seperti berlaku kepada bekas Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin yang 'terpaksa' melepaskan jawatan.

''Perkara sama juga menimpa Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang selama ini lantang mengkritik Guan Eng dan akhirnya 'terpaksa' melepaskan jawatan Pengerusi PKR negeri.

''Jika perkara ini berterusan tidak mustahil rakyat akan melabelkan PKR sebagai boneka dan 'pak turut' kepada Guan Eng," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perkara seumpama itu juga tidak pernah terjadi sepanjang lebih 34 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah Pulau Pinang kerana parti itu mengamalkan konsep permuafakatan.

Tambahnya, dalam tempoh itu juga, semua parti komponen BN di negeri ini iaitu UMNO, Gerakan, MCA, MIC dan PPP tidak pernah membuat keputusan yang mementingkan sebahagian pihak sahaja.

''Semasa BN perintah, apa jua keputusan akan dibuat secara permuafakatan dan ia dilakukan demi kepentingan rakyat negeri ini dan tidak seperti kerajaan sekarang yang hanya mementingkan kelompok tertentu," ujarnya.