Thursday, January 28, 2010

Nasib peniaga Melayu di PP di bawah kerajaan sosialis DAP semakin ditindas



Isu penindasan dan kezaliman kerajaan negeri sosialis DAP terhadap peniaga berbangsa Melayu di Pulau Pinang bukan lagi perkara baru . Peniaga bukan Melayu pulak terutama bangsa Cina dibiarkan berniaga di tepi-tepi jalan dengan senang hati tanpa perlu rasa bimbang .

Sejak DAP memerintah negeri PP , sudah banyak isu , rungutan dan bantahan terhadap tindakan kerajaan negeri yang memberi notis melalui PBT agar merobohkan gerai-gerai di tepi jalan terutama bangsa Melayu kononnya gerai mereka menganggu jalan, trafik dan mengotorkan kawasan . Tetapi gerai peniaga Cina pulak dibiarkan berniaga terutama di Jalan Burmah , Jalan Perak , Jalan Raja Uda dan tiada tindakan diambil terhadap mereka . Malah setiap malam jika melalui jalan di situ akan mengalami kesesakan kerana banyak peniaga berniaga di tepi2 jalan .

Pada 29/1/2009 , berita bertajuk “ Simpati la nasib kami “ dalam Utusan Malaysia menceritakan nasib satu pasangan pengantin yang mahu melangsungkan perkahwinan di Kedai Doremi milik sepupunya di tepi Pantai Tanjung Bungah .

Semalam adalah hari terakhir kedai yang selama 8 tahun didirikan akan menyembah bumi gara-gara kezaliman dan penindasan oleh Guan Eng. Tetapi , oleh kerana bantahan kuat oleh keluarga pemilik kedai itu dan drama hamper 2 jam ini akhirnya MPPP yang menjadi balaci Guan Eng terpaksa menangguhkan sementara kerja2 perobohan hingga hujung bulan ini . Hanya empat struktur kedai atas pokok itu sudah dirobohkan.dan yang masih tinggal hanyalah sebuah kedai tiga tingkat atas pokok sementara struktur lain termasuk tandas dan surau telah dirobohkan. Malah pelancong asing yang berada di tepi pantai itu juga datang melihat dan mereka menyatakan sokongan kepada kedai Doremi agari tidak dirobohkan .


" Salah ke orang Melayu yang susah macam saya ini nak tumpang sikit kekayaan ekonomi yang dinikmati kaum lain di negeri ini?"

Inilah kezaliman kerajaan negeri sosialis apabila memerintah dan di PP mereka mengamalkan pemerintahan berteraskan slogan Cina Didahulukan , Melayu dipinggirkan . Walaupun YDP DPMM PP, Rizal Faris Mohaideen yang pernah memberi peringatan kepada kerajaan negeri PP agar lebih prihatin kepada nasib golongan ini ,tetapi tidak diendahkan .

"Kejadian ini jika dilihat dalam konteks Melayu terpinggir seolah-olah satu penindasan terutama dalam keadaan hanya dua peratus orang Melayu berniaga di bandar ini.

"Pengusaha kafe Do Re Mi telah menjalankan perniagaan di Tanjung Bungah lebih lapan tahun dan tiba-tiba lebih 50 orang pegawai penguat kuasa datang meroboh dan membakar tempatnya berniaga, adakah itu tindakan bertanggungjawab?"

Menurutnya , DPMM PP hampir setiap hari menerima aduan kes seperti oleh peniaga kecil mengenai nasib perniagaan mereka yang telah menerima notis untuk dirobohkan . Sehingga kini 207 laporan aduan sudah dibuat oleh peniaga yang bakal berdepan tindakan kerajaan zalim ini dan difahamkan peratusan jumlanya mengikut komposisi kaum adalah 60 % Melayu , 30 % Cina dan 8 % adalah India.

Selain itu, Rizal Faris turut melancarkan Tabung Do Re Mi bagi mengutip dana untuk membantu Johar membangunkan semula perniagaannya dengan DPMM PP menyumbang sebanyak RM5,000.

Selain Kedai Doremi , nasib peniaga gerai ikan bakar iaitu Hammer Bay Ikan Bakar Special di tepi laut jalan Sg Nibong juga bakal menerima yang sama iaitu bakal dirobohkan oleh gestapo kerajaan negeri iaitu MPPP. Pemiliknya , iaitu Sdr Norhisyam yang sudah lebih 10 tahun berniaga di situ bersama 3 gerai lain pernah memohon lesen menduduki sementara ( TOL ) daripada Pejabat Tanah dan Daerah semasa kerajaan BN memerintah tetapi semuanya ditolak .

Walaupun tidak mempunyai kebenaran untuk berniaga di kawasan itu , premisnya dan juga 3 gerai lain tidak pernah diganggu oleh kerajaan negeri BN tetapi kini senarionya sudah berubah di bawah pentadbiran kerajaan sosialis DAP dan Guan Eng . Selain itu , pendapatan lebih 70 nelayan Melayu di sekitar pantai tersebut juga akan terjejas kerana ikan-ikan segar ini dibekalkan oleh mereka kepada gerai-gerai ini .

Menurut sumber dari DPMM PP , ramai peniaga Melayu di PP sudah menerima notis mengosongkan premis masing-masing sejak 31 Disember lalu daripada MPPP . Walaupun mereka ini ditawarkan tempat berniaga baru tetapi sebenarnya tempat itu tidak strategik dan boleh diibaratkan " mati " kerana tidak ramai orang melalui kawasan itu.

Ini lah sebenarnya strategi Guan Eng mahu menghalau orang Melayu dari pulau dengan cara halus dengan membunuh perniagaan mereka . Mereka hanya target bangsa Melayu sahaja menjadi sasaran untuk diambil tindakan dan bangsa Cina terutamanya dibiarkan berniaga senang lenang.

YB Melayu 2,3 kerat dalam kerajaan negeri seperti Dr Mansor , Malik Kasim , Salleh Man ini memang hanya boneka dan membisu sahaja isu ini . Mana perginya Mujahid Yusof Rawa kononnya dikatakan pejuang Melayu PAS di PP malah baru saja selepas berdebat dengan Reezal Merican dalan isu Melayu PP di kompleks penyayang baru baru ini ??

Sy juga menyambut baik ketegasan DPMM PP bersama 23 NGO Melayu dalan isu ini dengan menutup terus rundingan antara mereka dengan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah Melayu ditindas dan dizalimi . Tidak guna kita berlembut dan menggunakan diplomasi dengan kerajaan zalim seperti ini kerana mereka tidak akan dengar suara kita. Malah sy menyokong DPMM PP mengambil tindakan sendiri bagi menunjukkan kemarahan dan suara mereka kepada kerajaan negeri yang zalim dan menindas rakyat .














Lim Guan Eng zalim robohkan perniagaan orang Melayu


Penguat kuasa MPPP menjalankan operasi meroboh Kafe Do Re Mi atau lebih dikenali sebagai rumah pokok yang dibina secara haram di atas tanah kerajaan di pesisir pantai Tanjong Bungah Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 27 Jan. - Sepatutnya Sabtu ini adalah detik paling manis kepada Nurul Suraya Aziz, 22, dan pasangannya, Yusman Zakree Osman, 24.

Majlis perkahwinan mereka bukan sahaja akan berlangsung pada hari berkenaan malah pemilihan lokasi majlis tersebut juga adalah cukup unik yang mampu mengukir kenangan terindah kepada pasangan itu.

Ini kerana mereka mungkin pasangan pertama di negara ini yang melangsungkan majlis perkahwinan di atas pokok iaitu di Kedai Do Re Mi yang terletak di atas pokok di kawasan pantai Tanjung Bunga di sini.

Hasrat mereka itu hampir-hampir tidak tercapai sekiranya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tetap meneruskan operasi merobohkan kedai milik sepupunya itu hari ini.

Seperti mana babak dalam filem Laksamana Do Re Mi, operasi MPPP yang bermula sejak pukul 9 pagi itu ditangguhkan separuh jalan kepada hujung bulan ini setelah menerima bantahan hebat anggota keluarga pemilik kedai makan itu.

Malah ibu saudara pemilik kedai itu, Normah Mohd Noor, 50, bersama beberapa orang anaknya termasuk Nurul turut dilihat menangis sambil merayu kepada pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut, polis dan penguat kuasa MPPP supaya tidak meroboh gerai tersebut.

Ini berikutan segala persiapan untuk majlis berkenaan telah siap diatur.

''Kasihanilah kami tuan, mana kami sekeluarga mahu meletak muka jika majlis perkahwinan yang dirancang ini tidak dapat dibuat. Sebagai manusia, kami mohon timbang rasa dan fahamilah kesukaran yang kami alami.

''Semua kenalan dan saudara mara sudah dijemput. Ada yang datang dari Perak, Kuala Lumpur dan Kedah. Semuanya kira-kira 700 orang. Khemah dan lauk pauk juga sudah ditempah.

''Esok semuanya akan mula 'berkampung' di kawasan pantai ini. Saya buntu dan tak tahu apa yang perlu dilakukan melihatkan apa yang berlaku hari ini," katanya sambil mententeramkan Nurul di kawasan kedai itu di sini hari ini.

Menurut Normah, beliau telah menghabiskan RM16,000 semata-mata untuk memastikan persiapan majlis perkahwinan anaknya itu berjalan lancar.

Sementara itu, pemilik kedai makan itu, Johar Ismail, 34, berkata, operasi untuk merobohkan kedainya itu ditangguhkan sehingga Sabtu ini untuk membolehkan majlis tersebut berlangsung.

Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) cawangan Pulau Pinang yang diketuai Naib Yang Dipertuanya, Syed Hassan Syed Ali setelah mereka berjumpa Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman di Komtar.

''Saya tidak tahu apa nak kata lagi. Sudah banyak saya bersuara tapi semuanya tidak dipedulikan. Saya bukan orang kaya, banyak hutang yang perlu saya bayar. Mungkin inilah hadiah hari jadi yang paling 'manis' untuk saya. Peruk nasi kami sekeluarga ditabur pasir oleh mereka.

''Saya akur dengan arahan ini. Saya sedia walaupun sedih melihat usaha saya selama lapan tahun membangunkan kawasan ini terkubur setakat ini," katanya yang menyambut hari jadi ke-34, 20 Januari lalu.

Sebelum itu, suasana kecoh hampir tercetus di kedai makan atas pokok itu apabila sekumpulan anggota penguat kuasa MPPP menjalankan operasi merobohkan kedai tersebut yang telah dibina sejak lapan tahun dulu itu.

Kekecohan tercetus sebaik operasi bermula sebelum beberapa ahli keluarga pemilik kedai melontarkan kata-kata kesat sambil melabel anggota MPPP sebagai orang suruhan kerana tidak mengendahkan rayuan mereka agar operasi itu ditangguhkan.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila beberapa wanita daripada kumpulan berkenaan bertindak nekad sambil merayu supaya kerja-kerja merobohkan premis tersebut dihentikan.

Mereka dilihat menjerit-jerit sambil menangis dan ada antaranya masih berada di dalam kedai itu walaupun beberapa anggota MPPP telah siap sedia untuk memotong tiang yang menyokong struktur kedai berkenaan.

Seorang penyokong kepada pemilik kedai makan itu yang menaiki sebuah bot juga dilihat menjerit-jerit dari arah laut sambil melontarkan kata-kata kesat kepada anggota MPPP.

'Drama' hampir dua jam itu turut menarik minat kira-kira 20 pelancong asing yang sedang mandi dan berehat di kawasan berkenaan.

Mereka dilihat menghampiri kawasan tersebut sambil melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan yang dibuat kerajaan negeri itu.

'Kami menyokong kamu," kata beberapa orang pelancong yang dilihat mesra dan mengenali keluarga terlibat

Berikutan keadaan yang semakin tidak terkawal, operasi tersebut terpaksa dihentikan dan ditangguhkan hampir sejam bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Ketika itu hanya empat struktur kedai atas pokok itu sudah dirobohkan.

Pada masa ini, yang masih tinggal hanyalah sebuah kedai tiga tingkat atas pokok sementara struktur lain termasuk tandas dan surau telah dirobohkan.

Wednesday, January 27, 2010

Program kemasyarakatan belia bersama rakyat


Penyelaras Dun Prmtg Pasir Sdr Zaidi dan YB Datuk Arif Shah

Daftar utk derma darah
mendapat sambutan orang ramai



Pameran Anti Dadah

Adun Sbg jaya merasmikan program
wakil GB4B kaw. Pmtg Pauh bersama Pengerusi GB4B Tmn. Baru

AJK GB4B juga menderma darah

Menjamu selera

Sdr Zaidi Mohd Said memberi hadiah pemenang cabutan bertuah


Sdr Amir Pengerusi GB4B Prmtg Pauh bersama Penyelaras
Dun Penanti Hj Rahim Man dan Sdr Zaidi

Pemenang Rumah Bertuah

Makanan tghari disediakan

Kaunseling kesihatan

Sukaneka

Permata Hijrah

Kuanter daftar ahli GB4B

Tempat derma darah

Pameran JKJR

Daftar SPR

Pameran Cate@Teen(LPPKN)

Ahad lepas , GB4B Kg. Taman Baru menganjurkan Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan di Kg. Taman Baru pada 24 Januari 2010 yang lalu.Program kemasyarakatan ini mendapat sambutan menggalakkan seluruh komuniti kampung dan pemimpin2 kawasan setempat. Pelbagai agensi kerajaan dan swastan terlibat dalam program ini dan membuat pameran2 . Program ini dirasmikan oleh Adun BN Seberang Jaya Yb Datuk Arif Shah dan turut bersama ialah Sdr Zaidi Mohd Said ,Ketua Pemuda UMNO Prmtg Pauh merangkap Penyelaras Dun Prmtg Pasir , dan Hj Rahim Man ,Naib Ketua UMNO Bahagian merangkap Penyelaras Dun Penanti .


Saturday, January 23, 2010

Siapa yang untung jika Mansor dilantik Pengerusi PUZ


Bakal Pengerus PUZ PP . Siapa yang untung dalam perlantikan baru ini ?


Khabar angin mula bertiup kencang di PP iaitu TKM 1 Dr Mansor Othman disebut-sebut bakal menjadi Pengerusi Zakat Negeri PP ( PUZ PP) iaitu jawatan yang secara tradisinya dipegang oleh YDP MAIPP. Jika di Selangor , MB Selangor Khalid Ibrahim mahu tuntut jawatan Pengerusi YBK tetapi di sini pula penyakit gila kuasa terus merebak dengan pantas .

Menurut sumber , hanya nama Dr Mansor dan Malik Itik sahaja yang disenaraikan untuk mengisi jawatan itu dan tiada pun nama YDP Maipp iaitu Ustaz Elias Zakaria . Mengikut sejarah penubuhan PUZ sejak 1994 , anak syarikat milik penuh MAIPP ini dipengerusikan sendiri oleh YDP Maipp . Mengapa Ustaz Elias takut untuk bersuara haknya sebagai YDP ?? Beliau sudah 15 tahun dalam MAIPP dan harus pertahankan PUZ dari terlepas ke tangan kerajaan negeri sosialis ini .


Persoalannya ialah sudah ada suara dari PUZ sendiri mempersoal mengapa PUZ perlukan pengerusi yang lain sedangkan sudah ada YDP Maipp yang lebih layak memikul tanggungjawab dan amanah ini dalam pentadbiran sebuah agensi yang mentadbir dan menjaga kebajikan umat Islam . Mengapa perlu ada campurtangan oleh kerajaan negeri PP dalam urusan pentadbiran MAIPP ini ?? Setelah Salleh Man gagal mendapat tempat YDP Maipp , diwujudkan pulak Timbalan YDP untuk beliau oleh mereka bagi letak juga dia sebagai janji kemenangan di Permatang Pasir .

Desas -desus dari sumber PUZ sendiri memaklumkan sejak Pakatan mengambilalih negeri PP , mereka telah target untuk menguasai PUZ ini kerana kutipan zakatnya serta perniagaan yang dijalankan telah menjangkau RM 40 juta setahun !! ketika itu sy masih ingat lagi TKM 1 YB Fairuz Khairuddin telah melancarkan serangan berunsur fitnah kepada mantan YDP Maipp YB Shahbudin Yahya kononnya berlaku penyelewengan dalam PUZ . Tetapi sehingga sekarang tiada pun mereka tampil ke untuk menunjukkan bukti bahawa berlaku penyelewengan semua itu .

Apa yang dibimbangkan oleh PB jika puak2 ini mengambilalih Pengerusi PUZ , maka akan berlaku penyelewengan duit zakat dan disalahgunakan . Kita tidak mahu duit zakat ini digunakan oleh kerajaan negeri untuk menjalankan urusan pentadbiran mereka seperti dulu pernah dicadangkan oleh MB Selangor yang mahu menggunakan duit Baitulmal . Malah yang lebih mudah mereka boleh buat ialah Adun2 Kafir DAP dan PKR ini guna duit zakat orang Islam untuk diberi bantuan kepada orang ramai .

Sy sebagai anak muda di PP bimbang dengan situasi ini tidak tahu bagaimana masa depan akan datang nasib umat Islam di negeri ini . Selepas tanah wakaf umat Islam dikawal sepenuhnya oleh kerajaan negeri malah tidak dibenarkan membuat pembangunan , kini Pusat Urus Zakat pulak hendak dikuasai mereka . Bagi ahli2 PAS dan PKR di PP , mungkin bagi mereka hanya perubahan biasa tetapi kesan dan natijahnya mereka tidak nampak. Mereka semua telah dibutakan mata bersama YB2 Melayu dalam kerajaan negeri yang hanya sebagai Yes man saja .

Tambahan pulak , pernah rakan saya dalam PAS beritahu yang Mansor ini ketika semasa kempen PRK Penanti iaitu semasa beliau menjadi calon , beliau pernah ditanya soalan mengenai nasib tanah wakaf di PP oleh seorang penyokong PAS . Beliau tidak dapat menjawab soalan itu hingga mukanya merah padam dan adakah pemimpin seperti ini boleh menjadi diamanahkan sedangkan nasib tanah wakaf di PP pun dia tidak tahu ??


sumber : pejuang bangsa

Tuesday, January 19, 2010

Penindasan Guan Eng berterusan di PP , kini di Kg Muhibbah dalam Parlimen Bagan !!

Spy yakin semua tentu masih lagi ingat janji-janji manis manifesto Pakatan Rakyat waktu kempen Pilihanraya Umum dulu. Masa tu, bulan dan bintang pun sanggup diberikan hanya semata-mata mahukan undi dari rakyat.

Pada masa tu, ramai juga yang spy nampak termakan dengan pujuk rayu pemimpin-pemimpin pakatan yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim. Meleleh-leleh air liur makcik-makcik serta pakcik-pakcik kawasan luar bandar apabila mendengar janji-janji manis Anwar and the geng di ceramah.

Dan akhirnya, dengan bantuan mantan PM Tun Lah yang menaikkan harga minyak ketahap tak masuk akal, 5 negeri yang dikuasai Umno/BN tumbang ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU12. Maka bermulalah episod duka berlagu lara dikalangan masyarakat setempat di negeri-negeri tersebut.

Spy suka bawa cerita mengenai masalah Pulau Pinang dan juga Selangor kerana dua negeri ini dikuasai oleh bangsa cina kapitalis serta cauvinis DAP. Bagi spy, puak-puak ni lah yang mewarisi kesinambungan perjuangan komunis Bintang Tiga dulu. Tengok muka puak-puak ni pun dah boleh baca hati perut mereka.

Semua dah tau cerita Kampung Buah Pala. Semua juga sudah maklum mengenai bagaimana masyarakat kampung tersebut diusir keluar dari rumah mereka oleh kerajaan DAP akibat kerana terlalu mempercayai janji-janji palsu Anwar.

Lepas ni akan muncul pula kejadian yang hampir serupa dengan sinetron di Kampung Buah Pala. Lokasi yang dimaksudkan lepas ini ialah di Kampung Muhibbah ataupun dikenali juga sebagai kawasan rumah hijau Mak Mandin.

Apa yang menariknya, Kampung Muhibbah ini terletak didalam kawasan Parlimen Bagan iaitu kawasan kubu kuat Khalifah Lim Guan Eng. Puak-puak DAP ini lah juga yang menjanjikan jaminan penempatan semula 70 keluarga penduduk dikawasan tersebut. Malangnya, seperti biasa, ia hanyalah janji pilihanraya sahaja.

Selepas berjaya menawan Pulau Pinang dari Barisan Nasional, kerajaan negeri pimpinan Lim GE mengarahkan semua penduduk Kampung Muhibbah berpindah ke lokasi penempatan baru di tepi sungai Ampang Jajar.

Flat yang dibina untuk menampung penduduk Kampung Muhibbah tersebut amatlah meragukan status keselamatannya kerana ia didirikan diatas tapak kawasan paya bakau sungai. Maka, penduduk kampung menolak tawaran mendiami Flat tersebut diatas alasan keselamatan.

Lagipun, daripada penelitian spy, kawasan flat yang ditawarkan oleh kerajaan DAP kepada penduduk Kampung Muhibbah adalah berjauhan daripada kemudahan-kemudahan awam seperti sekolah dan juga tempat beribadat. Berbeza sekali dengan kemudahan-kemudahan yang ada di Kampung Muhibbah sekarang.

Apabila penolakan tawaran ini diajukan kepada Lim GE, dengan kurang ajar si cina kiasu Melaka ini menyalahkan kerajaan Umno/BN Pulau Pinang. Cukup senang kafir ni nak lepaskan diri dari segala janji yang telah dia buat dulu.

Apakah cina kiasu Melaka ini tak menyedari bahawa kerajaan BN dahulu telah mengusahakan untuk membina rumah kos rendah ditapak Kampung Muhibbah bagi penduduk asal kawasan tersebut? Kenapa kini kerajaan DAP tidak meneruskan usaha tersebut?

Adun kawasan Bagan Jermal, Lim Hock Seng dari DAP pula berkata bahawa kerajaan negeri terpaksa menanggung kos sebanyak RM 6 juta jika mahu membina perumahan kos rendah dikawasan itu. Inilah masalah yang sebenarnya kerana kerajaan Lim GE langsung tak mahu mengeluarkan perbelanjaan bagi membantu penduduk miskin kawasan tersebut.

Nampak sangat Lim GE dan DAP nak lari daripada melunaskan janji-janji mereka sewaktu menagih undi sebelum pilihanraya dahulu. Kerajaan DAP kini telah terbukti meminggirkan dan menindas penduduk miskin Pulau Pinang.

Rakyat miskin telah diusir keluar dari kawasan-kawasan pusat pentadbiran dan juga bandar. Manakala kampung-kampung asal di Pulau Pinang "dirampas" dengan rakus oleh puak-puak ultra kiasu berfahaman cauvinist DAP ini bagi mendirikan penempatan mewah bagi golongan elit.

Sebenarnya, kawasan Kampung Muhibbah ini bakal dibarisi perumahan mewah bernilai RM 250K keatas. Dengar khabarnya, kawasan ini akan digabungkan dengan penempatan di kawasan Raja Uda yang terletak bersebelahan untuk dijadikan China Town.

Jadi apakah logik jika penduduk hanya ditawarkan pampasan berupa seunit rumah murah berserta wang sebanyak RM 1K sahaja sedangkan kerajaan negeri DAP bakal mengaut keuntungan berjumlah jutaan ringgit dan juga dapat memenuhi nafsu kebendaan golongan mewah tauke-tauke di Pulau Pinang.

Untuk memenangi pilihanraya dan juga meraih undi rakyat, puak-puak cina ultra kiasu dan cauvinist ini menaburkan pelbagai janji. Tetapi apabila berjaya mendapat apa yang mereka inginkan, kerajaan BN juga yang disalahkan.

Ibarat mengambil alih sesebuah syarikat, segala kerugian ataupun perbelanjaan haruslah ditanggung sepenuhnya oleh pemilik baru. Bukannya semua dibebankan keatas pemilik lama. Kalau semuanya hendak ditunding jari kepada pihak lain, alamat hancurlah segalanya.

Kerajaan DAP dibawah kepimpinan "terpuji" khalifah Lim GE yang menjadi pujaan hati penganut ajaran Pas dan PKR telah berjaya memperdaya hidup-hidup penduduk kampung di Pulau Pinang.

Selepas ini, mungkin akan ada lagi kampung-kampung yang bakal di "HARIA" oleh Lim GE dan konco-konconya.

Apabila penguasaan total berjaya dilaksanakan di Pulau Pinang, negeri Selangor pula bakal menjadi target seterusnya. Negeri yang paling kaya di negara itu bakal dijadikan HUB baru puak-puak cauvinist ini beroperasi.

Sekarang ini kita gelakan dulu penduduk Pulau Pinang kerana terlalu mempercayai cina cauvinist DAP ini.

Dan lepas PRU 13 nanti, kita pakat-pakatlah menangis pula beramai-ramai kerana negeri kita sendiri telah ditakluk oleh puak-puak komunis ni akibat dari kita terlampau leka dok gelakkan nasib orang tanpa berusaha menjaga nasib kawasan sendiri.

Lu pikirlah sendiriii...

oleh : spy leman mykmu

Sunday, January 17, 2010

Klinik 1Malaysia buktikan kerajaan penuhi kehendak rakyat





TELOK AIR TAWAR - Usaha berterusan kerajaan menyediakan perkhidmatan terbaik yang merangkumi berbagai aspek termasuk dari segi kesihatan bertujuan memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat.

Melalui gagasan Rakyat Didahulukan Pencapaian :Diutamakan, semua perkara yang melibatkan kepentingan rakyat tidak sama sekali akan dipinggirkan bahkan ia akan menjadi agenda utama pemimpin negara sekarang ini.

Ketua Pemuda UMNO Tasek Gelugor, Hasbul Hazani Daud berkata, langkah kerajaan memperkenalkan perkhidmatan Klinik 1Malaysia berupaya memberikan kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat berpendapatan rendah di bandar ini.

“Langkah ini amat bertepatan terutamanya untuk penduduk di kawasan bandar yang akan mendapatkan rawatan segera kerana Klinik 1Malaysia ini berfungsi seperti klinik desa di luar bandar.

“Tambahan lagi melalui operasinya yang menjangkau hingga ke jam 10 malam setiap hari akan memberikan banyak manfaat kepada penduduk yang sibuk bekerja pada sebelah siangnya,” katanya ketika mengetuai barisan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Tasek Gelugor mengunjungi Klinik 1Malaysia yang terletak di Telok Air Tawar di sini, semalam

Hasbul berkata, kehadiran klinik itu yang terletak di kawasan perumahan tentunya menggembirakan rakyat kerana kedudukannya yang dekat dengan kediaman mereka akan menjimatkan kos rawatan kesihatan dan masa mereka.

Klinik 1Malaysia Telok Air Tawar di sini diurus oleh lima kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara yang terdiri daripada seorang Penolong Pegawai Perubatan, seorang Jururawat Terlatih dan tiga Pembantu Perawatan Kesihatan.

Klinik itu dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari dan menyediakan perkhidmatan rawatan penyakit ringan, proses rawatan ringan dan khidmat nasihat serta promosi kesihatan kepada penduduk sekitar kawasan ini.

Menurutnya, klinik itu boleh dianggap sebagai pusat rawatan pesakit luar yang utama di setiap kawasan berikutan rawatan awal yang diberikan

“Konsep menyediakan klinik di kawasan perumahan atau taman sekitar daerah ini amat bersesuaian kerana penduduk tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan atas penyakit ringan yang dihidapi.

“Malah, pesakit juga boleh dibawa ke sini untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk oleh kakitangan terbabit ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan jika penyakit mereka serius atau dalam keadaan yang agak kritikal,” katanya.

Menurutnya, pembukaan klinik itu memenuhi kehendak rakyat yang mahu kerajaan membantu meringankan beban masyarakat terutama mereka yang berpendapatan rendah.

‘’Masyarakat tidak perlu pergi ke bandar untuk mendapatkan rawatan biasa di hospital malah terpaksa menunggu lama untuk mendapatkannya. Sistem yang digunakan begitu sistematik dan kemudahan seperti tempat duduk yang selesa juga menjadikan klinik 1Malaysia sebagai pilihan utama rakyat mendapatkan rawatan,” katanya.

Thursday, January 14, 2010

Tanah wakaf pun Lim GE nak songlap !

Hari tu spy ada maklumkan sedikit mengenai penghulu-penghulu kampung di P.Pinang yang dipantau oleh wakil dari kerajaan Lim Guan Eng dan DAP. Kali ni kita akan mengetahui lebih lanjut tentang kegiatan tak bermoral kerajaan negeri DAP didalam menyonglap tanah wakaf dan juga kes "cctv hidup" dalam kampung di Pulau Pinang.

Orang melayu di Pulau Pinang yang selama ini hidup rukun didalam kampung-kampung, cuba direndahkan martabatnya oleh kerajaan negeri DAP pimpinan Lim Guan Eng ini. Kerajaan negeri DAP ketika ini sedang mengusahakan untuk mewujudkan jawatan baru didalam kampung iaitu jawatan Penolong Pegawai Penerangan.

Tugas Penolong Pegawai Penerangan ini adalah mirip kepada tugas seorang ketua kampung disamping memantau setiap aktiviti dan juga pergerakan ketua-ketua kampung yang sedia ada. Kerajaan negeri DAP menyifatkan semua ketua kampung yang sedia ada terlalu menjaga kepentingan orang-orang melayu dan juga pro kepada kerajaan BN pusat. Penolong Pegawai Penerangan ini pula khabarnya akan ditempatkan disemua pejabat-pejabat daerah.

Apakah rasional tindakan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng ini? Sebenarnya Lim Guan Eng mahu masyarakat melayu di Pulau Pinang huru hara didalam penempatannya sendiri. Dengan adanya Penolong Pegawai Penerangan disetiap pejabat daerah, tugas ketua kampung dan penolong pegawai ini akan belaku pertindihan.

Ini pastinya akan menyukarkan ketua kampung menguruskan hal ehwal pentadbiran kampung dan juga keseimbangan pentadbiran daerah akan terganggu dan wujud masalah. Inilah yang kerajaan negeri DAP mahukan.

Berkenaan tanah wakaf di Pulau Pinang, kerajaan negeri DAP telah membuat beberapa sekatan didalam pemilikan tanah wakaf yang selama ini diurus tadbir oleh majlis agama islam negeri (MAIPP). Dasar ini tentunya dibuat oleh Lim Guan Eng yang merupakan exco menguruskan hal ehwal pentadbiran tanah di P.Pinang.

Jika dibawah kerajaan BN dahulu, MAIPP memperolehi tanah wakaf melalui serah milik oleh pihak yang berniat untuk mewakafkan tanah dan juga beri milik tanah oleh kerajaan negeri setelah pembelian tanah untuk diwakafkan dibuat oleh MAIPP.

Tanah-tanah wakaf yang diperolehi biasanya akan dinamakan dibawah agensi-agensi MAIPP dan digunakan untuk tujuan-tujuan wakaf seperti mendirikan sekolah-sekolah agama dan juga pembinaan masjid.

Tetapi di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, beri milik tanah oleh kerajaan negeri sudah tidak wujud lagi. Prosedur yang selama ini digunapakai didalam perolehan tanah wakaf juga diubah dan disekat supaya menyukarkan pengurusan tanah wakaf oleh MAIPP.

Tanah wakaf yang sepatutnya dinamakan diatas MAIPP dahulunya, kini tidak lagi dibenarkan untuk berbuat demikian. Setiap tanah wakaf baru dibawah kerajaan negeri Lim Guan Eng pula diwajibkan daftar dibawah SSI ( State Secretary Incorporated). SSI ialah sebuah syarikat GLC yang ditubuhkan oleh Lim Guan Eng bertujuan untuk menghapuskan sedikit demi sedikit hak milik tanah wakaf melayu secara sistematik di Pulau Pinang.

Sepatutnya tanah wakaf di "transfer" keatas nama MAIPP terlebih dahulu dan seterusnya ia akan dikelaskan dibawah tanah wakaf. Tetapi kini semua tanah wakaf ingin diuruskan oleh kerajaan negeri DAP. Nampak tak agenda Lim Guan Eng untuk menyonglap semua tanah wakaf orang melayu?

Ada satu kes di Kampung Aman, Pokok Sena Pulau Pinang yang membabitkan tanah seluas lebih kurang 2 ekar. Semua pengambilan dan pembayaran telah dibuat oleh MAIPP untuk menjadikan tanah tersebut sebagai tanah wakaf. Apabila tiba masa untuk proses penukaran nama tanah kepada MAIPP, kerajaan negeri DAP tidak membenarkan. Tanah tersebut telah didaftarkan dibawah kerajaan negeri dan juga didalam daftar senarai SSI.

Jika keadaan ini berterusan, mungkin selepas ini tanah wakaf tidak akan wujud lagi di Pulau Pinang. Tanah wakaf adalah merupakan sebagai satu "security" kepada masyarakat melayu/islam di masa hadapan. Jika ini pun hendak dirampas oleh kerajaan negeri DAP, maka akan telanjang bulatlah melayu Pulau Pinang suatu hari nanti.

Bagi spy, fenomena ini amat merugikan masyarakat melayu/islam di Pulau Pinang. Dimanakah 4 orang exco melayu PKR yang ditugaskan untuk menjaga kepentingan orang melayu/islam di negeri ini? Inilah yang sepatutnya mereka perjuangkan ! Apakah 4 orang exco melayu/islam PKR ini telah dicucuk hidung oleh Lim Guan Eng dan juga dipicit telornya?

Jika selama ini Anwar dan PKR berkokok di Pulau Pinang bahawa mereka tidak mengetepikan soal hak melayu dan juga Islam, apakah tindakan mendiamkan diri 4 orang exco PKR ini melambangkan perjuangan mereka didalam mewakili melayu/islam Pulau Pinang?

Bagi yang selalu mempersoalkan apa yang jasa Umno Pulau Pinang kepada masyarakat melayu Pulau Pinang, sebahagian jawapannya ialah didalam pengurusan tanah wakaf oleh MAIPP inilah.

Semua sekolah-sekolah agama dan juga masjid serta pusat-pusat kebajikan khas untuk melayu/islam Pulau Pinang, diurus selia secara tak langsung oleh Umno negeri dengan berkerjasama erat bersama MAIPP. Ramai yang tak sedar hakikat ini !

Itu kisah sebelum kerajaan negeri DAP mengambil alih negeri Pulau Pinang. Kini semua benefit ini bakal terhapus. Apa yang masyarakat melayu/islam pernah dapat dibawah pentadbiran kerajaan BN/Umno, tak mungkin lagi akan dikecapi dibawah pentadbiran Lim Guan Eng.

Inilah nasib tanah wakaf melayu di Pulau Pinang. Kini lebih kurang 1'600 hektar tanah wakaf di Pulau Pinang berdepan dengan ancaman bahaya di bawah kerajaan negeri DAP dan Lim Guan Eng. Renung-renungkan lah.




Sekian laporan spy leman dari serambi Sekolah Agama Rakyat ar-Ridwaniyah, Padang Lalang, Bukit Mertajam.