Sunday, January 10, 2010

Sekitar Program Gotong Royong Bersama anjuran UMNO Bahagian Permatang Pauh



Lokasi Program



Beberapa peserta sedang bergotong royong


Bubur asura diagihkan kepada setiap tetamu yang datang


Pengetua PIBG SK Guar Perahu bersama dengan
Guru Besar SK guar Perahu turut sama bergotong royong

Kelihatan Datuk Abd Jalil Ketua UMNO Bahagian dan
YB Angkat Penanti Tuan Hj Rahim sedang menikmati jamuan
selepas penat bergotong royong.


Antara pegawai-pegawai dari Jabatan kebajikan Masyarakat
turut sama bergotong royong


Ustaz Man antara yang hadir


Persembahan dari kanak-kanak Pusat Aktiviti guar Perahu


TAMAN GUAR PERAHU 10/01/10 Satu Program Gotong Royong Bersama telahpun belangsung dengan jayanya, bertempat di Pusat Aktiviti Taman Bimbingan kanak-kanak Taman Guar Perahu yang dianjurkan oleh Penyelaras Kadun Penanti bahagian permatang Pauh dengan kerjasama Jabatan kebajikan Masyarakat, Persatuan Penduduk, JKKKP Penanti, ketua-ketua Cawangan dan NGO. Turut sama yang menyertai ialah Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Bin Abdul Majid dan YB Angkat Penanti Tuan Haji Abdul Rahim.
Tuan Haji Abdul rahim yang merupakan tunjang utama Program ini berkata beliau berasa terharu diatas sambutan yang diberikan oleh semua pihak dan beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada Saudara Sabri Safar serta ajk yang telibat, Jabatan kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan penyelamat, pihat polis Diraja Malaysia serta semua yang telibat dalam Program kali ini.

sumber : penanti bangkit

Kontraktor Bumiputra dianaktirikan dikenakan caj kemuka bantahan

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri menyifatkan dakwaan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Pulau Pinang yang mendakwa caj 0.1 peratus yang dikenakan bagi membantah keputusan tender membebankan kontraktor bumiputera adalah tidak berasas dan bertentangan dengan prinsip terbuka yang diamalkan.

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus berkata, caj 0.1 peratus bagi mengemukakan bantahan atau minima RM50 mengikut mana lebih tinggi diperkenalkan Kerajaan Negeri di mana keputusan Lembaga Perolehan akan dipamerkan selama dua minggu bagi tujuan bantahan setelah ia dikeluarkan.

Menurutnya, tujuan caj itu dikenakan bagi menjamin kontraktor yang mempunyai alasan bantahan konkrit sahaja umengemukakan bantahan dan caj itu akan dikembalikan jika didapati asas bantahan yang diterima adalah relevan dan benar.

“Ingin dijelaskan, tujuan caj bantahan diperkenalkan dan keputusan Lembaga Perolehan dipamerkan selama dua minggu adalah bertujuan memberi peluang kepada kontraktor yang tidak berpuas hati untuk membuat bantahan selaras dengan dasar Kerajaan Negeri mengamalkan pentadbiran Cekap, Telus Akauntabiliti (CAT).

“Ini berbeza dengan keputusan Lembag:a Perolehan Negeri sebelum ini yang tidak memberi peluang kepada mereka yang tidak berpuas hati untuk mengemukakan bantahan dan sehingga tarikh 31 Disember 2009, Kerajaan Negeri mengesahkan hanya menerima satu bantahan sahaja terhadap keputusan Lembaga Perolehan,”katanya menerusi satu kenyataan media kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

:Farizan berkata, Kerajaan Negeri turut menyedari terdapat kontraktor yang tidak mempunyai sebarang kerja bagi tahun 2009 kerana jumlah kontraktor yang terdapat di Pulau Pinang adalah lebih banyak berbanding jumlah projek yang dapat ditawarkan Kerajaan Negeri.

“Ketidaksamaan antara jumlah kontraktor yang jauh lebih ramai berbanding jumlah tawaran kerja oleh Kerajaan Negeri menyebabkan sememangnya terdapat kontraktor yang tidak mempunyai kerja,”katanya.

Pada masa yang sama, Farizan memberi jaminan kepada PKMM Pulau Pinang bahawa Kerajaan Negeri akan meneliti semula kewajaran pengurangan kadar bayaran pendaftaran sebanyak RM200 setahun yang dikenakan bagi kesemua kontraktor yang ingin mendaftar syarikat mereka untuk membida projek Kerajaan Negeri.

Menurutnya, bayaran RM200 bagaimanapun sangat kecil iaitu bersamaan dengan RM16.60 sebulan di mana ianya sepatutnya tidak mendatangkan masalah kepada mana-mana kontraktor termasuk kontraktor kelas F.

“Bayaran ini sepatutnya dianggap sebagai kos operasi perniagaan di sebuah syarikat kerana ianya mempunyai kebaikan tersendiri.

“Kontraktor yang sanggup mendaftar bagi e-Perolehan dengan membayar RM200 a menunjukkan bukti kontraktor yang berdaftar komited terhadap kerja-kerja yang akan dilaksanakan, tambahan pula sememangnya diketahui bilangan kontraktor di negeri ini lebih ramai daripada tawaran projek,”katanya.

Sehubungan itu, Farizan meminta PKMM Pulau Pinang merujuk secara terus kepada Kerajaan Negeri jika timbul sebarang keraguan berkaitan isu perolehan tender memandangkan Kerajaan Negeri sentiasa bersikap terbuka untuk mendapatkan cadangan dan maklum balas demi mengatasi isu-isu berbangkit dengan kontraktor di negeri ini terutama golongan bumiputera.

Sebelum ini, Sinar Harian 17 Disember 2009 menyiarkan kenyataan PKMM Pulau Pinang yang menggesa Kerajaan Negeri menghapuskan caj kemuka bantahan penawaran sesuatu tender sebanyak 0.1 peratus daripada nilai projek yang ditender oleh Kerajaan Negeri dan menyifatkannya sebagai ‘mencekik darah’ kontraktor di negeri ini.

Menurutnya, sebelum ini, tiada caj yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri terdahulu terhadap sebarang bantahan yang dikemukakan oleh kontraktor dan beliau mendesak Kerajaan Negeri amengekalkan keadaan yang sama demi keadilan semua kontraktor di negeri ini.

Saturday, January 9, 2010

Gereja didahulukan , tabika Kemas dilingkupkan



nasib anak bangsa melayu digadaikan oleh PAS


Nampaknya di negeri Khalifah Umar PAS tidak habis2 lagi isu menutup Tabika KEMAS . Kali ini berlaku di Tabika Kemas di Surau Bandar Bayan Baru apabila tindakan Jawatankuasa Surau Bandar Bayan Baru yang baru telah mengarahkan tabika tersebut di kawasan itu ditutup secara serta –merta.klik di sini


Sekali usaha menjahanamkan masa depan anak Melayu dilakukan sendiri oleh Melayu dalam PKR dan PAS selepas mereka menguasai surau tersebut setelah YDP MAIPP bertukar yang baru dan Salleh Man dari PAS menduduki Timbalan YDP MAIPP. Arahan menutup Tabika Kemas Bandar Bayan Baru menyebabkan 10 kanak-kanak yang sepatutnya memulakan sesi persekolahan mereka semalam terpaksa dipindahkan.


Tindakan zalim oleh Jawatankuasa surau yang baru ini menutup tabika Kemas yang sudah beroperasi sejak 1983 lagi adalah bagi membolehkan orang mereka menubuhkan tabika swasta iaitu PASTI di bangunan tabika ini .


Amboi cukup senang la depa , KEMAS telah belanja sebanyak RM 50,000 untuk untuk membaik pulih tabika itu, tetapi selepas pelantikan ahli jawatankuasa baru surau yang terdiri dari puak PAS yang gila kuasa dan wang , mereka ini minta sewa bulanan pulak sedangkan 20 tahun dulu tabika ini tidak dikenakan bayaran pun .


Kebanyakan ibubapa di kawasan itu cukup kecewa dengan tindakan Jawatankuasa surau ini yang menutup tabika ini kerana ia berdekatan dengan kawasan perumahan mereka . Jika tabika itu ditutup , mereka ini yang majoritinya berpendapatan rendah ini tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke tabika swasta atau tabika yang jauh dari kawasan perumahan .


Ini sikap sebenar PAS , bila bab isu penggunaan Kalimah Allah oleh orang Kristian, mereka ini menjadi penakut dan kecut teloq !! tetapi kalau bab nak tutup tabika KEMAS ini dan pelingkup orang Melayu sendiri , itu mereka cukup cepat sekali melakukan tindakan .


PAS memang pelingkup Melayu !! selepas jadi penyokong sejati gereja , mereka kini dalam proses perjahanamkan anak orang Melayu pulak . Bukankah mereka ini tidak suka sebut perkataan “ Melayu, “ .. hanya islam sahaja yang mereka kata.


Itu lah memang betul cakap Datuk Azhar Ibrahim , Melayu 2-3 kerat dalam kerajaan negeri ini tak buat apa untuk orang Melayu .

PROGRAM PERTAMA KE ARAH MENAWAN KEMBALI PENANTI & PERMATANG PAUH


Guar Jering Satu perjumpaan telah diatur bersama YB Seberang Jaya Datuk Ariff Shah, YB angkat Penanti Hj Rahim dan YB angkat Permatang Pasir Saudara Mohd Zaidi bersama dengan pergerakan UMNO Cawangan Guar Jering bagi meraikan beberapa orang saudara baru dari ahli PAS yang telah menyertai UMNO. Tujuan mereka menyertai UMNO adalah kerana mereka telah hilang kepercayaan kepada PAS yang telah bersekongkol bersama PKR dan DAP hinggakan Hudud yang menjadi tunjang PAS selama ini telah dilenyapkan dalam Dasar Pakatan rakyat. Menurut ketua Cawangan Guar Jering Saudara Saiful Azhar beliau merasa terharu diatas kedatangan YB serta YB angkat dan juga beberapa exco pemuda bahagian yang telah menunjukkan keperihatinan terhadap setiap program yang diaturkan oleh Cawangan Guar Jering, ini sekaligus setiap ahli UMNO dapat merasakan yang mereka juga dihargai. YB Datuk Ariff ternyata mesra rakyat apabila bergegas datang selepas beritahu bahawa terdapat kematian dikampung tersebut.
Pemimpin Bahagian bergambar kenangan selepas selesainya majlis.


Kelihatan YB Angkat Penanti sedang berbincang serta memberi pendapat.


Turut Serta Ketua Pemuda bahagian. Saudara Mohd Zaidi.


YB Ariff Shah tidak ketinggalan memberi sedikit ucapan tentang pemasaalahan yang berlaku.
dan kelihatan Veteran UMNO Guar Jering turut bersama-sama memberi sokongan.


sumber : penanti bangkit

Monday, January 4, 2010

UMNO Permatang Pauh wujud wakil rakyat angkat





PERMATANG PAUH – UMNO mewujudkan wakil rakyat angkat mereka di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) khusus bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat di kawasan tersebut dengan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah berkata, keputusan tersebut dibuat Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri yang diadakan baru-baru ini.

Menurutnya, dua calon telah pun dipersetujui bagi mengisi dua jawatan di DUN Penanti dan DUN Permatang Pasir dalam Parlimen Permatang Pauh.

“Hasil mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri baru-baru ini telah pun memutuskan dan bersetuju untuk memilih Timbalan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rahim Man sebagai wakil rakyat angkat di DUN Penanti, manakala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Zaidi Said sebagai wakil rakyat angkat di DUN Permatang Pasir.

“Fungsi dan peranan mereka ini sama seperti wakil rakyat yang lain, cuma mereka tidak mempunyai hak untuk menandatangani sebarang dokumen dan ia perlu dirujuk kepada wakil rakyat sebenar.

“Rakyat yang mempunyai sebarang masalah boleh merujuk kepada wakil rakyat angkat ini dan mereka akan menjalankan peranan untuk membantu rakyat dengan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui pada Program Skim Bantuan Persekutuan Ceria ke Sekolah di Dewan Majlis Peraduan dan Kebajikan Rakyat Pulau Pinang (MKRPP), di sini, kelmarin.

Beliau berkata, wakil rakyat angkat tersebut juga akan membuka pusat khidmat di kawasan masing-masing dan rakyat yang ingin membuat sebarang aduan boleh berkunjung ke pusat khidmat mereka.

Dalam pada itu, beliau turut difahamkan wakil rakyat angkat berkenaan juga dibayar elaun bagi melaksanakan tugas tersebut dan pelantikan mereka berkuat kuasa 1 Januari 2010.

Justeru, katanya, diharap dengan adanya wakil rakyat angkat tersebut dapat membantu membela nasib rakyat dan tidak mahu hak mereka ditidakkan dalam apa situasi sekali pun.

Sunday, January 3, 2010

Pemuda UMNO PP bantah Isu Kalimah Allah











Suara umat Islam yang menentang penggunaan kalimah Allah oleh gereja Khatolik ini semakin hari semakin meningkat . Hari ini Pemuda UMNO Pulau Pinang juga membantah penggunaan kalimah Allah digunakan oleh gereja disertai KP UMNO Bahagian di negeri Pulau Pinang. Sidang media ini diketuai oleh Sdr Ir Shaik Hussein , Naib Ketua Pemuda UMNO PP .

Tun Mahathir juga menyuarakan kebimbangan mengenai perkara iaitu kemarahan umat Islam
jika penggunaan perkataan Allah oleh agama lain tidak dihalang. klik di sini

PB juga menyokong usaha JPM dan KDN sendiri segera memfailkan rayuan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat oleh Hakim bukan Islam yang tidak tahu mengenai Islam .Akhirnya suara rakyat yang beragama Islam didengar oleh kerajaan Najib dan bukannya seperti pemimpin PAS yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi nama Allah digunakan di gereja .


Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jamil Khir Baharom hari Sabtu dalam satu kenyataan berkata, JPM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung dengan keputusan Mahkamah Tinggi Khamis lalu demi memastikan kesucian Islam terpelihara.

Serentak itu beliau meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam agar bertenang dan memberi peluang agar perkara berkenaan diselesaikan melalui proses perundangan negara.

Saya akan mengambil langkah untuk mengadakan pertemuan dengan pihak NGO dalam masa terdekat bagi mendengar pandangan mereka dan membincangkan perkara ini selanjutnya, " katanya dalam kenyataan tersebut.

Link berkaitan isu ini

Kalimah Allah - Tun M dan Nasharuddin nyatakan kebimbangan

http://abangtuah.blogspot.com/2010/01/pejuang-melayu-hebat-menyanggah-khalid.html

http://azlishukri.blogspot.com/2010/01/isu-nama-allah-menjawab-kebobrokan.html